Showing posts with label Video Menarik. Show all posts
Showing posts with label Video Menarik. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

(Video) Perompak dicampak keluar dari tingkap


GAGAL merompak satu hal, digagalkan pula dengan cara yang amat memalukan satu hal lain.

Inilah yang berlaku di Brazil terhadap seorang penyamun malang.

Dalam kejadian yang direkodkan ini, penyamun pertama memasuki sebuah kiosk untuk mencuri sementara penyamun kedua menunggu di luar di atas motosikal.

Mengikut perancangan mereka, sebaik sahaja rompakan berjaya maka penyamun pertama akan bergegas keluar lalu beredar secepat mungkin dengan rakannya itu.

Tapi apa yang berlaku, penyamun pertama ‘dikeluarkan’ dari kiosk tersebut dengan cara dilempar melalui tingkap dan ini mengejutkan rakan yang sedang menunggu di luar hingga dia terus memecut laju motosikalnya.

Kalau lepas itu masih tak insaf dan tetap gigih hendak menyamun, tak tahulah nak cakap apa. - mynewshub

Sunday, February 20, 2011

Video 3D kemalangan rally Robert Kubica

Pada entry yang lepas, aku ada bercerita tentang kemalangan ngeri yang membabitkan pelumba sensasi Formula 1 iaitu Robert Kubica pada perlumbaan rally di Itali. Susulan kemalangan tersebut, Kubica perlu mengambil masa lebih setahun untuk pulih.

Berikut adalah video 3D simulasi bagaimana kemalangan membabitkan Robert Kubica berlaku. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana ianya berlaku. Credits to youtube diatas perkongsian video 3D ni.



Berita, video dan gambar kemalangan Robert Kubica


Sunday, February 13, 2011

[Video] Wanita gagal dalam parking kereta

Memang tidak dinafikan golongan wanita memang ramai yang memandu kereta terutamanya pelajar perempuan di sesebuah universiti khususnya. Tapi tidak hairan juga kebanyakan wanita ni juga gagal dalam parking kereta.

Aku tak mahu cakap panjang tentang hal ni. Kat negara kita ni mungkin jarang dilihat wanita yang gagal dalam parking. Tapi mungkin ianya berlaku di negara lain. Apa-apa pun jom layan video dibawah ni. Semoga anda terhibur.

Apa pendapat anda?


Adakah mereka ini gementar untuk parking kereta?


Anda mesti tergelak jika tengok video ni


Nota Dahi: Semua video diatas adalah untuk hiburan semata-mata. Credits to youtube.

Wednesday, February 9, 2011

Video final Piala Suzuki Malaysia lawan Indonesia

Walaupun sudah lebih sebulan ianya berlalu tapi ia menjadi kenangan yang paling manis buat skuad bolasepak Malaysia kerana berjaya menamatkan penantian untuk menjuarai Piala AFF Suzuki baru-baru ini dengan kemenangan aggregat 4-2 menewaskan Indonesia.

Skuad negara bimbingan K Rajagopal bermula garang apabila berjaya menundukkan Indonesia 3-0 pada final pertama di Stadium Bukit Jalil. Walaupun Indonesia berjaya bangkit dengan kemengan 2-1 di halaman sendiri pada perlawanan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno namun ianya sudah terlambat untuk menghalang skuad negara untuk mencipta kejayaan paling bermakna itu.

Bagi anda yang tidak berpeluang menonton secara live dua perlawanan final sebelum ini, wowberita.com akan menyajikan video penuh perlawanan tersebut. Video final Piala AFF Suzuki ini diambil daripada youtube. Jom sama-sama kita saksikan kembali kejayaan manis skuad bolasepak negara secara online terus dari wowberita.com. Jika anda mempunyai IDM, anda boleh terus download video perlawanan bolasepak Final Piala AFF Suzuki ni.

Download Internet Download Manager dari mediafire..

Final Piala Suzuki 1st Leg - Stadium Bukit Jalil








Final Piala Suzuki 2nd Leg - Stadium Gelora Bung Karno






Nota Dahi: Selepas berjaya mencipta kejayaan sebagai juara baru Asia Tenggara, skuad bolasepak Malaysia kembali meneruskan rentak kemenangan dengan kemenangan ke atas Hong Kong pada pelawanan persahabatan yang berlangsung pada 9/2/2011.

Monday, February 7, 2011

[Video] Remaja berdua-duaan dalam tandas

Masa pertama kali aku layan video ni memang excited sebab nak tau la kan apa yang budak dua orang ni buat dalam dalam tandas. Jangan pikir yang bukan-bukan ye! Tapi apa yang aku dapat hanyalah...mmm..korang tengok la sendiri ok.

Sila tengok sampai habis video ni. Kalau tak memang korang tak akan faham. Selamat mengenjoy...



Nota Dahi: Amacam? Best tak? Layan beb...

[Video] Wanita mengandung dipukul dan ditendang

Sedih betul aku tengok video kat bawah ni. Memang tak ada perikemanusiaan betul lelaki tu sampai ditendangnya wanita yang mengandung! Nak tahu cerita sebenar sila baca dibawah ni ye.

Cerita disebalik video ngeri ni:

In yet another weird news, a Chinese man from China was caught on CCTV attacking the female store manager of a fast food restaurant in WenZhou, China.

The Chinese media reported that the incident was triggered when the man’s girlfriend called the restaurant from a nearby internet cafe, requesting for delivery of an ice-cream cone. As the ice-cream is not an item in the restaurant’s delivery list, the request was rejected, despite another call by the boyfriend. The furious man than decided to march over to the fast food restaurant to confront the pregnant store manager.

What followed is quite horrifying as he began to attack the manager. The sad thing is that the group of restaurant workers and customers who witnessed the scenes did not try hard to stop the attacker, presumably because he was extremely aggressive. The China netizens however where not so kind. Other than condemning the acts of the man, they also chided those who were present watching the scene unfold but did little to interfere. These netizens bemoaned the general lack of compassion among the Chinese citizens.



Sumber: Forum Kaskus

Nota Dahi: Hanya dengan perkara kecik macam tu pun sapai nak pukul dan tendang pengurus kedai tu. Dah gila ke apa?

Friday, February 4, 2011

Cara senang nak dapatkan makanan percuma

Korang suka tak McDonald's ataupun KFC ataupun Burger King? Mesti perut korang dah menyanyi kan bila terbayangkan Big Mac sebijik? Hakhakhak...Ok hari ni aku nak tunjuk kat korang macamana nak dapatkan makanan percuma dari McDonald's dan seumpamanya.

Korang tahu kan Drive Thru? Ala yang pandu lalu tu la. Tak perlu nak keluar dari kereta pun kalau nak beli. Bleh tak aku kata sebagai window shopping? Hehe...Ok berbalik pada tajuk asal.

Sebenarnya bukan aku nak ajar pun korang wat menda tak elok ni. Tapi Remi Gaillard yang nak ajar. Jom layan video kat bawah ni macamana prankster yang terkenal dalam Youtube ni dapat makan free dari McDonald's.



Nota Dahi: Amacam? Susah tak? Korang jangan plak pegi gatal perut cuba macam yang Remi ni buat tau! Sekadar hiburan dimasa lapang je ni.

Friday, January 21, 2011

[Video] The Wang and Only makin glemer dalam Youtube

Korang pernah tengok tak video budak dua yang tak ada gigi ni dalam youtube? Siapa sangka budak dari Filipina ni semakin hari semakin glemer dalam Youtube. Untuk maklumat korang, diorang menggelarkan diri mereka sebagai 'The Wang and Only'. Korang boleh search kat youtube ataupun google.

Aku tak nak cerita panjang pasal budak 2 orang ni. Korang boleh search sendiri ok. Apa yang aku nak share hari ni ialah video yang diorang buat sendiri. Macam-macam lagu dah diorang ni buat video klip. Memang gelak besar la aku tengok diorang nyanyi. Ye la dengan tak ada giginya pastu bukak mulut luas-luas sambil nyanyi. Korang boleh layan video klip diorang ni kat bawah.

Untuk makluman korang, fanpages The Wang and Only kat facebook dah mencapai 114,947. Banyak tu beb...berikut ada beberapa gambar yang aku cedok dari fanpage diorang. Korang boleh tengok kat sini.




Walapun tak ada gigi namun itu bukan penghalang bagi The Wang and Only menyanyi dengan betul. Hakhakhak...Jom layan video kat bawah plak.








Tags: The Wang and Only, The Wang and Only youtube, download video The Wang and Only youtube, justin bibir, video budak menyanyi mulut luas, video budak filipina menyanyi lawak, video klip kelakar, budak tak ada gigi menyanyi, lawak video budak nyanyi, download lagu budak filipina, siapa The Wang and Only, video youtube The Wang and Only, The Wang and Only makin glemer kat youtube, facebook fan page The Wang and Only, layan video The Wang and Only, budak bibir luas lagu video klip, budak mulut besar menyanyi, tengok video klip lawak

Gambar Belangkas