Showing posts with label BOMOH SEDUNIA. Show all posts
Showing posts with label BOMOH SEDUNIA. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

BOMOH 1MALAYSIA DAKWA KEMALANGAN DI KAWASAN GUA TEMPURUNG AKIBAT LINTASAN MAHLUK HALUS..


Raja Bomoh Sedunia atau Bomoh 1Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.


Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Kawasan Gua Tempurung yang menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh awal pagi tadi merupakan antara kawasan panas yang sering berlakunya kemalangan maut.

Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga pernah mengalami tanah runtuh pada Oktober 2004.

Berikut merupakan antara beberapa tragedi kemalangan ngeri yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

10 Ogos 1998: Empat pekerja penyelenggara lebuh raya terbunuh dan tiga lagi rakan mereka cedera termasuk dua parah, setelah dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 300.

27 April 2007: Tiga beranak maut apabila kereta yang mereka dinaiki terlibat dalam kemalangan semasa hujan lebat di kilometer 309.

07 Oktober 2009: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lapan penumpang cedera termasuk seorang parah apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler di kilometer 305.

22 Julai 2010: Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di kilometer 301.

25 Disember 2013: Dua pemandu lori maut dalam kemalangan di kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan.

17 Mac 2014: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah Bas Ekspres Konsortium yang jatuh terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter di kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu mengikut halaju yang telah ditetapkan selain sentiasa berhati-hati di kawasan.





Monday, March 10, 2014

Gambar Belangkas