Tips & Petua Saat Ibu Hamil
Assalamua'laikum dan Salam 1 Malaysia. Saat mengetahui keputusan ujian kehamilan adalah antara saat yang begitu mendebarkan dan mengujakan bagi setiap pasangan terutamanya pasangan yang baru menimang cahaya mata. Keputusan positif hamil pastinya memberikan satu berita gembira yang teramat besar ertinya buat seorang isteri yang bakal bergelar ibu dalam jangka masa 9 bulan 10 hari dan juga kepada seorang suami yang bakal menjadi seorang bapa kelak. Persediaan rapi selalunya bakal dipersiapkan untuk isteri yang hamil. Pelbagai tips dan petua ibu hamil pastinya menjadi santapan seharian seorang isteri.Tips & Petua Ibu Hamil Kekal Sihat
Tips dan petua untuk ibu hamil yang ingin dikongsikan kali ini ialah 5 senaman waktu hamil tanpa berpeluh yang berlebihan. Kita sedia maklum, seorang isteri yang hamil amat perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan demi menjaga kesihatan kandungan. Lebih-lebih lagi di awal kandungan dan jika si isteri pernah mengalami dugaan keguguran waktu kehamilan lalu. Ayuh kita ikuti senaman mudah untuk ibu hamil;
- Senaman Ibu Hamil - Berjalan perlahan-lahan. Aktiviti berjalan mampu membantu memperbaiki aliran darah dan mengurangkan risiko urat timbul (varicose vein).
- Senaman Ibu Hamil - Yoga. Senaman ini bagus untuk melatih kita bernafas dengan teknik yang betul. Ianya amat penting terutamanya bila saat kelahiran tiba.
- Senaman Ibu Hamil - Berenang. Aktiviti berenang juga amat baik untuk seorang ibu hamil. Pastikan saat ibu hamil berenang ditemani oleh suami ataupun saudara terdekat.
- Senaman Ibu Hamil - Pilates. Sangat berfaedah untuk bahagian perut dan pelvik yang semakin longgar ketika hamil.
- Senaman Ibu Hamil - Menari. Bergerak secara perlahan mengikut rentak lagu kegemaran anda pastinya memberi dan mengekalkan ibu hamil dalam keadaan tenang. Ia juga mampu meregangkan otot-otot tubuh seorang ibu hamil.