Showing posts with label adik luqman. Show all posts
Showing posts with label adik luqman. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Berat mata yang memandang... bantulah adik Luqman Hakim

kisah luqman pernah dipaparkan dlm majalah mingguan wanita
Adik Luqman Hakim yang aku kenal sewaktu si kembar ( rara) 45 hari dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman paru-paru. Hampir seminggu rara ditahan di wad kanak-kanak  di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Luqman atau mesra di panggil 'Abang' tidak seperti kanak-kanak lain yang bebas bermain, dan tidak dapat ke sekolah. Masa beliau banyak dihabiskan di hospital, hanya beberapa hari dirumah. Luqman tidak dapat ke sekolah semenjak jatuh sakit pada tahun 2011 lagi.

Untuk pengetahun, adik luqman mengidap penyakit paru-paru kronik, sebahagian paru-parunya (bahagian kiri) telah dibuang akibat rosak teruk. Selama aku berada di wad itu jugalah aku dapati adik luqman walaupun dalam keadaan kesakitan beliau amat ceria, hinggakan mencuit hati doktor dan jururawat :). Beliau pandai bergurau dan kadang kuat merajuk. Ibunya Siti Aisyah cukup sabar, amat tabah melayani si anak. adik luqman memerlukan mesin oksigen kuasa bateri bagi memudahkan pergerakan terutama ke sekolah dan kosnya adalah RM21,000. Sebelum ini adik luqman menggunakan mesin oksigen kuasa eletrik dirumah tetapi tidak sesuai untuk aktiviti luar.



keadaan luqman sebelum di pindahkan ke nicu
Sehingga kini kos untuk membeli mesin oksigen buat adik luqman masih tidak mencukupi dan besarlah harapan sekiranya para sahabat sekelian dapat menghulurkan bantuan walau sedikit bagi membantu meringankan beban adik luqman. Atau sekurang-kurangnya dapat memanjangkan kisah adik lokman di blog mahupun di wall facebook anda semua. Sumbangan anda boleh dimasukkan ke akaun Public Bank : : 4508259208 / BSN : 0510529000174596 - Siti Aisyah (Ibu)



p/s: perkembangan terkini adik luqman dimasukkan ke nicu, 80% bergantung pada mesin
       mohon kwn-kwn semua mendoakan agar adik luqman melepasi tahap kritikal. Ya Allah
       berikanlah kekuatan pada adik luqman dan permudahkan segala-galanya..amin :((
        

Gambar Belangkas