Showing posts with label Homestay Pendiat. Show all posts
Showing posts with label Homestay Pendiat. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Homestay Pendiat, Bota


Homestay Pendiat , Bota merupakan salah satu homestay terbaru yang diluluskan pendaftarannya tahun lepas (2012).....
Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tepian Sungai Perak.....
Dengan keluasan kampung 3km persegi dan terletak di dalam Mukim Bota di Daerah Perak Tengah.....

Antara tarikan yang ada di kampung ini dan diwarisi zaman berzaman dan masih dipraktikkan sampei le sekaghang adalah seperti ....
permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional dan juga permainan tradisional.....
sape2 yang berpeluang ke Homestay Pendiat ni kome berpeluang merasa aktiviti air....

mane idaknye....
udah Homestay Pendiat ni betoi2 terletak di tepian Sungai Perak.....
memancing, menjala, mengagau ikan, berkayak, berakit....
dan lain2 lagi aktiviti sukan air Homestay Pendiat boleh buat...

Tambah menarik lagi...
kedudukan Homestay Pendiat yang dekat dengan Lumut, Pasir Salak serta Batu Gajah...
memudahkan pihak Homestay Pendiat menguruskan lawatan (sekiranya ada permintaan)...
ke tempat2 pelancongan seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Pusat Pembuatan Labu Pulau Tiga, Kellie's Castle dan juga ke Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim....

pada yang nak ikut pakej yang disediakan...
macam ni lebih kurang pakejnya...

- Sambutan Selamat Datang
- Sarapan Pagi/Makan Tengahari/Minum Petang/Makan Malam
- Penginapan di rumah keluarga angkat
- Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung

dan diantara aktiviti nya

- Lawatan ke IKS (Industri Kecil dan Sederhana)
- Persembahan Kebudayan
- Lawatan sekitar kampung menaiki bot
- Sukan Rakyat
- Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan

- Penyerahan Cenderamata

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila berhubung dengan
Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056
Batu 7 3/4
Kg Pendiat, Bota Kanan
32600 Bota, Perak

Tel : 017-579 6251
Facebook:  Facebook Homestay Pendiat
Email : homestaypendiat@yahoo.com


Tuesday, April 16, 2013

Homestay (Inapdesa) di Perak

Homestay Bukit Gantang yang terkenal...
rumah Cikgu Ghasali ni jadi contoh homestay seluruh Malaysia

Sekarang ni ramai sangat la yang buat homestay ......
tapi kome tau tak....
yang sebeno-benonye homestay ni apa??..

kat bawah ni definisi yang awok ambik bulat2 dari website Kementerian Pelancongan...

"Program Homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi." 

jadinye...
mana2 pihak yang ada buat homestay di taman, pekan ataupun kampung....
yang itu sebeno2 nye bukanlah homestay dan tak layak dapat peruntukan dari Kementerian pun......
deme tu sebenonye lebih pada rumahtumpangan je...
takpele..... itu rezeki deme...
tapi awok nak cerita berkenaan homestay di Perak...

Di Perak sahaja terdapat 8 Homestay (Inap Desa) yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan
diantaranya....

1. Homestay Klah
2. Homestay Bagan Datoh
3. Homestay Maju Manik, Teluk Intan
4. Homestay Pendiat, Bota
5. Homestay Gopeng
6. Homestay Bukit Gantang, Taiping
7. Homestay Kg Beng, Lenggong
8. Homestay Selama

Deme nak dapat kan sijil dan kelulusan homestay ni bukan senang...
Penduduk kampung yang ambik bahagian ...semua diwajibkan berkursus..
dan rumah2 deme tu akan diperiksa...
sama ada sesuai atau tidak......

ok leee....
entri2 akan datang awok akan cerita satu2 homestay yang ada di Perak...

Gambar Belangkas