Diana dan Zamarul puas dapat melihat anak membesar depan mata.






















SETELAH enam tahun membina rumah tangga, pelakon Diana Rafar hari ini menfailkan penceraian terhadap suaminya, Zamarul Hisham

Memetik laporan portal berita, Diana mengesahkan perkara tersebut

"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi.

"Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap", katanya

Desas - desus keretakan rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham sering mencuri tumpuan ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun cerita itu sering berlalu sepi apabila ditepis terutama oleh Diana sendiri.