Showing posts with label tersentuh hati. Show all posts
Showing posts with label tersentuh hati. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima


ketika di wad hanya berbuka di kaki lima..
Sebelum ini pernah deena citer serba sedikit tentang kak Mn fija   yang mana beliau seorang penghidap kanser payudara tahap 4, dan Damia Farzmil (anak) pula mengidap rheumatic heart disease, dimana kesemua injapnya bocor . Terkini damia baru sedar setelah menjalani dua pembedahan semalam (28/9/11). Yang pertama untuk membetulkan injap2 yang rosak dan yang kedua untuk menghentikan pendarahan dalaman.

kak fija, damia dan kakitangan hospital

ketika kak fija jalani rawatan kimoterapi
Di harap sudi lah sekiranya rakan sekelian war-warkan di blog atau kongsikan di fb. Dan jika ada kesudian untuk menghulurkan sumbangan buat kak fija bagi meringankan beban beliau, hanya Allah yang dapat membalas nya.  Semoga Allah memberi kesembuhan dan dipermudahkan buat Damia Farzmil dan juga Kak fija. 

sila klik untuk entri lebih lanjut



* SEMUA SUMBANGAN BOLEH LAH DI BANK IN TERUS KE SINI:

  CIMB 01220015745524
  NOR FARIZAH BT MD NOR





p/s: teringat kata2 kak fija, akan bawa damia bercuti ke langkawi bila dah sembuh nanti, insyaallah kak fija nanti deena ingatkan yer..


Monday, September 12, 2011

Kisah budak penjual kuih..


** Terjumpa kisah adik ni di facebook yang ditulis oleh saudara Zambri Yusof. nak nangis rasa bila bayangkan kalau lah anak kita sekecil ini berada di tempat adik ni... **

                        ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.

Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje..


credit to:  zambri yusof



p/s: kagum dengan semangat adik ni... moga beri pengajaran buat kita.



Sunday, August 7, 2011

Doa buat Damia Farzmil..


Damia Binti Farzmil.... anak kepada teman fb deena iaitu kak fija (Mn Fija) yang mengidap rheumatic heart disease di mana kesemua injap jantung nya bocor, Doktor beri 2 pilihan samada di bedah tanpa apa-apa jaminan selepas itu, atau tidak dibedah jangka hayatnya cuma diberi 1 - 2 tahun sahaja.. Terlalu berat dugaan kak fija, ditambah lagi beliau juga mengidap kanser tahap 4. dan menurut doktor lagi jantung damia makin bengkak dan perlu tunggu keadaan damia stabil dulu untuk lakukan pembedahan...

kak fiza dan arwah hasnah haron..

Sedangkan deena sehingga sekarang masih trauma bila teringat kan keadaan arwah yasmin di wad icu 5 bulan lalu, hati seorang ibu tetap sebak dan ngalir air mata walaupun arwah hanya 2 minggu ketika tu, ini kan pula Damia Farzmil (15 tahun) yang seusia anak sulung deena . Deena dapat rasakan apa yang kak fija alami kini, dan kagum dengan ketabahan kak fiza yang tak pernah mengalah..! Betul kata akak, " Damia & akak mesti redha dengan apa yg berlaku, apapun terjadi itu adalah pilihan dari Allah swt utk Damia yg terbaik... " sesungguhnya Dia takkan memilih kita andai Dia tahu kita tak mampu untuk hadapinya...





p/s:  deena dan teman-teman akan sentiasa berdoa buat Damia Farzmil, semoga Allah memberi kekuatan dan ketenangan buat kak fija sekeluarga...

Friday, July 8, 2011

Gelang zamrud menjadi saksi pertemuan sapura dan arwah fadley...


Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.
 

Sengaja sapura mengambil cuti kerja setengah hari, hari ini anak anaknya sukinah dan rosli awal - awal sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang fadley tidak akan dapat membahagiakan sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji fadley sebagai kerani. Tetapi sapura sudah nekad. dia tahu fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

Buktinya fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..fadley menyintainya sepenuh hati. perlahan sapura mula memujuk ayahnya. ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, sapura diijab kabulkan dengan fadley dalam majlis yang penuh ceria.

“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. sapura tersentak.
“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat fadley dibelakangnya. tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. sebuah ciuman singgah di dahi sapura. “ Terperanjat Pura!  bila abang masuk? pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. nak suprisekan pura!” fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung sapura, rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai fadley. mungkin fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir sapura.

“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “habis kereta abang?”. “pada Mat Noor…” jawab fadley. “Oh patutlah..” sapura hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta fadley. sementara jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. cari makan dulu….” tanya sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. “Nanti dia datang…… .” ujar fadley. “mana budak budak pura…?” tanya fadley. ” ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.”  “basikal?”  tanya fadley.

“Hah ah.. ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran fadley di depannya. “abang laparlah..belum makan. pura masak apa?”. “ah…. pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman sapura meleret. “Kari kapitan?” teka fadley. ” apa lagi……” “bagus jugak tu… pura siapkan makan. abang nak tengok budak budak tu sekejap. rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis dengan mamanya tak rindu ke?” usik sapura. “tersangatlah rindu…..” jawab fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. beruntung rasanya bersuamikan fadley yang penyayang.

Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. airmatanya tiba tiba mengalir. apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu fadley fikirkan. Dia tahu.. sapura seorang wanita yang cekal hatinya. apa pun rintangan pasti sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. sapura hairan. tidak pernah selama ini dia melihat fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah sapura. “Bang…. kenapa ni…?” fadley mengangkat muka memandang sapura.




“Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. pura jagalah anak-anak kita baik-baik. pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar fadley lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tu”. Pura janji dengan abang dulu….” rayu fadley. sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan fadley hari ini. tidak pernah seingatnya fadley berperangai pelik seperti ini. “Yalah…pura janji. akhirnya sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.

“Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. “Pura ingat tak gelang ni?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. “Ingat!!!!!??” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai emas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.
 

Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”. terpegun sapura mendengar cerita fadley sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.

“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura. “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….” Sapura bangun melepaskan pelukannya. “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” fadley mengucup tangan sapura.. penuh kasih. “me too..” jawab sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang, hari ni lain macam aje?” usik sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.

“Puraa…can you please sit down..”, pinta jeffri. sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si jeffri ni agaknya? detik hatinya.. “Please…I have something very important to tell you…” pinta jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. jeffri tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut jeffri. “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura. “pura……. fadley… …fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan pura…” tersekat sekat kata-kata itu keluar dari mulut jeffri... sapura tertawa kecil.

Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura. “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri… “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

“Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri… “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”


Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, dia ke bilik air, tiada juga.. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.
 

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.
 

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.




              

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
 

Kalau benar fadley sudah tiada….sebagaimana kata jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan kepulangan fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi akan segala-galanya…


credit to: http://aeinisugar.blogspot.com


p/s: speechless.... :(

Tuesday, May 3, 2011

Pengorbanan Ibu..


Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya bermasam muka. kasih ibu tiada tandingan nya, ingatlah Syurga di bawah kaki Ibu, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepada nya....


Renungkanlah...

" Nurse.., boleh saya tengok bayi saya? "

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret.
dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya. Jururawat kemudian mengalihkan pandangan ke luar tingkap. tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika, dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu... pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. " Mereka kata saya cacat, " katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak, dipujuk si anak dengan pelbagai kata semangat. si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah si anak ini bertemu doktor, ayah ini tadi tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. " Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma, " kata pakar bedah,... bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu.....  " Anakku,.. kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji rupa parasnya. si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. pada usianya lewat 20an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "tak mungkin," balas si  ayah... "perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. tunggulah, masanya akan tiba" " Bila? " tanya si anak. akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri disisi jenazah ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibu mu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.. "

sumber dari : (iluvislam-az-zahra_solehah)


p/s: zaman serba moden kini, masih adakah ibu yang tidak boleh menerima anak yang serba kekurangan ??!

Gambar Belangkas