Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

Friday, June 17, 2011

20 tahun sudah berlalu

Selamat Hari Ulangtahun ke-20 buat anak ke-3 saya, Ammar Al-Hafiz....
Semoga umur yangpanjang yang dikurniakan oleh Allah SWT akan digunakan sebaik mungkin di jalan Allah...
Jadilah anak yang soleh dan sentiasa memelihara iman mu agar tetap di jalan Allah..InsyaAllah...
hendak menjadi seorang tahfiz sudah susah, tetapi hendak menjaga agar diri sentiasa membaca Al-Quran dan menhafaznya serta mengekalkan apa yang telah di hafal adalah lebih susah lagi...Istiqamah lah di jalan Allah...
nescaya hidup mu akan sentiasa terpelihara ..
Ameen.
 1994
 1999
2010

Monday, November 29, 2010

SPM 2010

Post ini akan kekal di atas sehingga peperiksaan SPM tamat. Sila skrol ke bawah untuk entri post yang baru.
 
Dua hari lagi peperiksaan yang penting dalam hidup seorang pelajar sekolah menengah di Malaysia akan bermula, Sijil Pelajaran Malaysia, atau lebih dikenali dengan SPM.
Anak ke-3 saya, Ammar Al-Hafiz, juga akan memulakan perjuangan beliau hari Selasa ini. Begitu juga dengan beberapa ribu orang pelajar tingkatan 5 yang lain di Malaysia.
Ummi dan abi serta adik-beradik Ammar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

SELAMAT MAJU JAYA, SEMOGA ALLAH SWT KURNIAKAN KETENANGAN FIKIRAN DAN KELANCARAN DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN BAIK DAN CEMERLANG, SEMOGA ALLAH SWT HILANGKAN PERASAAN GUGUP SEMASA HENDAK MENJAWAB SOALAN, SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
INSYAALLAH. AMIN. 

P/S: JANGAN LUPA SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT, BANGUN LAH SEPERTIGA MALAM UNTUK  BERSOLAT TAHAJJUD DAN SOLAT HAJAT SETIAP MALAM. MOHON LAH KE HADRAT ALLAH SWT, ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH  MAHA BESAR.

Gambar Belangkas