Showing posts with label INDIA. Show all posts
Showing posts with label INDIA. Show all posts

Sunday, August 2, 2015

VIDEO PUNTIANAK KENA LANGGAR KERETA


INDIA - Seorang lelaki yang menyamar menjadi hantu untuk menakutkan pengguna jalan raya, hampir maut selepas dilanggar sebuah kereta.


Kejadian itu berlaku apabila dua lelaki yang memakai kostum putih seperti hantu cuba menakutkan seorang pemandu kereta di sebatang jalan yang sunyi.

Rakaman kejadian itu yang disiarkan di YouTube menunjukkan lelaki berkenaan melompat di depan kereta menyebabkan pemandunya menekan brek.

Kerana ketakutan, pemandu itu terus mengundurkan kenderaannya, tetapi seorang lagi lelaki muncul di belakangnya.

Pemandu itu sekali lagi menghentikan kenderaan dan lelaki yang memakai kostum hantu itu terus menakutkannya.

Secara tiba-tiba pemandu itu terus memecut ke depan dan melanggar lelaki yang menyamar sebagai hantu itu sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Beberapa rakan lelaki itu yang bersembunyi, bergegas memberi bantuan kepada mangsa yang masih terbaring di atas jalan.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak cedera serius dan kelihatan terkejut dengan kejadian berkenaan.

Friday, May 22, 2015

DUKUN PAKSA BAYI 2 HARI BERJALAN


Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.


Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon.

Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.

Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.

Wednesday, January 21, 2015

BAYI API


Seorang bayi berusia enam hari yang dikatakan terbakar tiba-tiba kini diperiksa oleh doktor di India.
Bayi itu dimasukkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk di Chennai selepas didakwa terbakar sendiri. Dia kini dipantau sepanjang masa oleh petugas perubatan.


Ibu bayi itu, K Rajeswari berkata, kaki anaknya tiba-tiba terbakar Khamis lalu, enam hari selepas dilahirkan.Sekumpulan doktor di hospital itu, termasuk pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar bedah plastik menjalankan pemeriksaan terhadak kanak-kanak berkenaan.

Dekan hospital Dr N Gunasekaran berkata: “Kami sudah mengambil sampel kecederaan untuk ujian makmal. Keputusannya diketahui beberapa hari lagi.”

Sementara itu, Rajeswari, 22, berkata, ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman itu. Pada 2013, anak sulungnya yang berusia tiga bulan ketika itu, juga terbakar tiba-tiba.Dia mendakwa anaknya mengalami kejadian itu empat kali.

Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak sulung Rajeswari merumuskan, dia tidak terbakar tiba-tiba.Mereka sebaliknya berkata, kanak-kanak itu mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang tidak disengajakan.

Dalam pada itu, beberapa saintis berkata, elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian seumpama itu.

Gambar Belangkas