Showing posts with label minyak zaitun. Show all posts
Showing posts with label minyak zaitun. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

minyak zaitun



Khasiat Minyak Zaitun







1) Firman Allah Taala:



"Demi buah tin dan buah zaitun!"….. (surah at Tin ayat 1)



2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:



...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...



Al Hadith:



1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:



Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)



Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:



Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam...



Antara kegunaan minyak zaitun (sesetengahnya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):



1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur:



2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.



3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:



4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.



5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...



6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.



7) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.



8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.



9) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.



10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)



11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!



12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!



13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.....





CARA MEMAKAN MINYAK ZAITUN



1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).

2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.

4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.

5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.

6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.



Minyak Zaitun: Bukan sekadar minyak biasa



Oleh: MOHAMAD FIKRI ROSLY



Khasiat minyak zaitun memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.



Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan.



Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar.



Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia.



Pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya.





Khasiat minyak zaitun

Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.



Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.



Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.



Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.



Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.



Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.



Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.



Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.





Kandungan minyak zaitun

Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.



Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.



Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.



Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.



Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.



Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita.



Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.



Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.



Menyedari minyak zaitun mengandungi banyak manfaat untuk manusia, Dr. Yahya menghasilkan produk berasaskan minyak zaitun menggunakan jenama Laleli.



Beliau bersama keluarganya turut mengendalikan makmal Duzen yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam membekalkan perkhidmatan analisis kesihatan dan alam sekitar selama lebih 29 tahun.



Dr. Yahya yang juga pakar kesihatan dari John Hopkins adalah pemilik makmal tersebut dan juga pemilik ladang serta kilang pemprosesan zaitun moden di Turki.



Syarikatnya, Laleli Olive Oil Establishment, mengeluarkan produk berasaskan zaitun dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh pengedar tunggal iaitu Thye Huat Chan Sdn. Bhd.



Laleli dengan moto "bukan sekadar minyak biasa" memasarkan rangkaian produk untuk kecantikan, minyak masak dan minyak kesihatan.



----------------------------------------------------------------------------------------------------





Minyak Zaitun dan Limau Nipis Cegah Batu Karang

Limau nipis dan minyak zaitun







Antara cara mudah untuk meredakan sakit berpunca daripada batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga hingga kali sehari.



Untuk nyahkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun. Caranya ialah ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan empat cawan air. Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil bahan tersebut.



Sitrat dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula dipercayai berfungsi sebagai pelincir. Rakyat di Malaysia dan Asia Tenggara biasa minum air limau nipis. Penduduk di negara hemisfera utara pula biasa mengambil lemoned iaitu air minuman mengandungi perahan lemon segar.



More: http://www.sinarharian.com.my/rencana/soda-diet-bantu-cegah-batu-karang-1.37274 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.



Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon.



Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.





Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN



1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.

2. Membantu mencegah keracunan.

3. Membantu sistem penghadaman.

4. Membantu menyingkir parasit pada usus.

5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.

6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi

penyakit gigi dan gusi.

7. Mengandungi bahan anti penuaan.

8. Membantu menguatkan tenaga batin.

9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.

10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi

dan otot serta melegakan sakit.

11. Membantu melegakan athritis dan sciatica.

12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.

13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.

14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.

15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).

16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.

17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.

18. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang

dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).

19. Membekalkan kanvitamin E.

20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).

21. Membantu menstabilan asid lemak.

22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.

23. Sebagai kegunaan masaj terapi.

24. Membekalkan omega 9.





10 ulasan:



Zulkeffle Zain2 Februari 2014 8:19 PG

Terima kasih atas perkongsian...



Balas



cu tet7 Februari 2014 8:32 PTG

Saya ada terdengar yg mengatakan minyak zaitun hanya sesuai dimakan begitu sahaja.tetepi kalau digunakan untuk tujuan menggoreng akan memecahkan kandungan molekul dan menyebabkan risiko kanser.sejauh manakah kesahihan perkara ini.. blh tak saya mohon pencerahan memandangkan sy bergantung dgn minyak zaitun utk masakan kerana sy mengalami gerd.

Gambar Belangkas