Cuti sekolah hujung tahun 2012 sudah pun bermula sejak hari Sabtu baru-baru ini...hanya 2 orang anak dari 8 orang sahaja yang terlibat dengan cuti sekolah ini..yang lain sudah memasuki alam pembelajaran peringkat tertiary , iaitu peringkat Universiti.
Mu'adz yang berada di Tingkatan Dua, dan Hana' darjah 4... Zubair yang berada di Maahad Tahfiz belum lagi bercuti ... ialah tahfiz mana boleh cuti lama-lama, nanti lupa ...Zubair akan mula bercuti pada bulan Disember nanti.
Namun sejak cuti bermula saya sudah tidak bersua dengan Hana' sudah masuk hari ke-3...
Selepas sahaja majlis Ihtifal di SRI Hira', Hana sudah mengikuti kawan baik di kelasnya balik ke rumah sahabatnya itu ... sebelum ke sekolah untuk majlis Ihtifal tersebut, Hana sudah berkemas-kemas pakaian beliau. Katanya hendak bermalam di rumah sahabatnya itu...ibu bapa sahabatnya sudah memberi kebenaran, dan saya dan suami juga sudah memberi kebenaran... tak jauh pun...di Bukit Jelutong sahaja ...
sekurang-kurangnya Hana pandai membawa diri dan mengatur jadual cuti sekolah nya... khabarnya nanti sahabatnya pula akan datang bermalam di rumah Hana' suatu masa nanti ...huhu..saya pulak kena bersiap-siap..maklumlah saya bekerja..bukan ada di rumah sepanjang masa ... manakala ibu sahabatnya itu seorang suri rumahtangga...boleh lah melayan mereka bertiga..(ia ada seorang lagi sahabatnya yang bermalam sama)
Untuk hari-hari seterusnya ...hurmmm..apa nak buat? kena fikir kan aktiviti yang berguna untuk anak-anak ini... abangnya Muadz sudah saya berikan tugas-tugas di rumah yang perlu beliau buat ...kena tolong ummi, maklumlah bibikless!
Alhamdulillah so far ok...setiap pagi selepas pulang dari surau solat Subuh, Mu'adz akan menolong mengutip pakaian kotor dan masukkan dalam washing machine...kutip semua cawan/gelas kotor dan basuh, buat air teh satu teko dan letak atas meja ... abi dan ummi nak pergi kerja sudah ada air panas ..... pinggan mangkuk yang sudah kering di singki, di susun di rak-rak pinggan ...bila baju sudah siap di basuh, keluarkan dari washing machine dan sidai ...
Alhamdulillah, Mu'adz juga rajin menolong di dapur...bila ummi memasak, dia akan tolong kupas dan potong bawan ... tolong apa-apa yang patut di dapur... cuma belum pandai masak sendiri ... ummi sudah suruh dia tengok dan baca buku-buku masakan yang ada di rumah ... cuba-cuba tengok resepi ... dia ada kata nak belajar masak ayam masak merah (sebab dia suka makan masakan itu) ... InsyaAllah ummi akan cuba luangkan masa untuk ajar Mu'adz..
ok..kita lihat nanti apa perkembangan sepanjang cuti sekolah ini...