Showing posts with label Film. Show all posts
Showing posts with label Film. Show all posts

Sunday, March 29, 2015

KARYA PARANORMAL KHIR RAHMAN TIDAK MEMBOSANKAN

Sinopsis : Kisah kajian yang dibuat oleh Khir, Aqasha dan Sein serta beberapa rakan mereka di sebuah bangunan yang dikatakan mempunyai kes polis terhadap dua kehilangan misteri. Mereka turut dibantu seorang pakar agama iaitu Yusran ketika mereka cuba memasuki bangunan yang dianggap keras itu. Akibatnya, seorang krew mereka dirasuk oleh makhluk halus yang meminta mereka untuk menghentikan rakaman dan keluar daripada bangunan itu.

Ok! admin nak kongsi serba sedikit tentang rakaman cctv yang dikongsikan dalam filem BANGUNAN.. dikatakan rakaman cctv ni adalah benar.. (Real Footage) dan admin kongsikan sedikit komen dari peminat berkenaan dengan filem BANGUNAN ni..

"Permulaan cerita, sangat2 membosankan. Hampir lima minit masa kita akan dibuangkan meneliti setiap patah perkataan yang diTAIP untuk permulaan cerita.

Masuk citer pertama, tayangan footage berjudul KAMERA BARU, mula2 kita rasa mcm "What! Such a waste of time beli tiket semata2 nak tgk rakaman CCTV!" Cerita pertama ni mmg bosan sbb rakaman CCTV just menunjukkan seorang budak bernama SEM dalam opis sorg2 tgh malam, test kamera beliau yg baru dibeli kemudian berlaku satu insiden seram (sedikit) dan budak tu seterusnya didapati hilang.

Cerita kedua, pasal pasangan tertinggal barang di opis, dtg tgh malam semata2 nak ambil barang.. mmg seram. CCTV footage tu nampak real dan digambarkan perempuan tu yg bernama Ayu jadi gila (sakit mental) selepas kejadian itu.. dan boyfriendnya pula hilang tanpa dapat dikesan. Time cerita kedua ni, mmg seram sbb beberapa kejadian yg dirakam CCTV sgt seram dan kita tak expect pun ape yg berlaku time tu. Huhu.

Samada kejadian benar atau tidak, wallahualam. Tp yang plg penting, it's believable.

Adegan ketiga, Khir, Sein, Aqasha, Yusran and the geng sepakat nak pegi BANGUNAN tu utk menyiasat. Babak ni mmg seram sbb ade adegan krew diorg kena rasuk, pun pada waktu yang kita tak expect. Mmg nmpak real sebab krew die boleh panjat dinding mcm Spiderman. Mcm2 la berlaku kat diorg time dlm BANGUNAN ni.

Scene terakhir, sangat mengarut dan membuang masa. Pun sengaja dimasukkan untuk memanjangkan tempoh tayangan filem. Paling bengang sbb xde kena mengena dgn filem. Tetiber je part last diorg masukkan FILEM PENDEK yang sgt2 bosan dan x seram pun. Mula2 waktu awal cerita time diorg tayangkan CCTV footage tu rasa sakit haty and waste of time, tp bile da separuh filem, kita plak rasa x puas tgk rakaman CCTV tu.. Rasa nak lagi dan lagi dan lagi tp tetiber penutup cerita diorg tayangkan filem pendek cacat ni... Klu filem ni tergantung smpai scene ketiga pun rasanya xde msalah. Tp bile ade tayangan filem pendek ni tetibe wat spoil. Blh plak diorg panjangkan smpai mencacatkan mood filem ni."

Komen dari "FerRemy" dalam mforum Filem.

Admin just nak bagitau.. puas hati tonton cerita macam ni dari menonton cerita/filem paranormal sampah yang ditayangkan di pawagam.

BANGUNAN TRAILER!!

Wednesday, March 25, 2015

FILEM SERAM POLTERGEIST DI BERI NAFAS BARU?

REMAKE OF POLTERGEIST 1980s

Poltergeist sebuah filem seram yang tersohor pada tahun 1982, yang diarahkan oleh Tobe Hooper Filem ini juga dikhabarkan melalui waktu yang sukar kerana Hooper dikatakan pernah bertelagah dengan penerbit terkenal pada waktu itu, iaitu Steven Spielberg. Sehingga ke hari ini, isu itu masih tidak jelas mengenai penglibatan Spielberg dalam filem itu.

Kini filem Poltergeist ini telah kembali di beri nafas baru yang di arahkan oleh Gil Kenan.Efek-efek di dalam filem ini akan lebih membuatkan para penonton merasakan tahap keseraman yang melampau dan berbeza dari filem-filem seram yang ada sekarang.

Screenshot dari filem POLTERGEIST 2015






POLTERGEIST 2015 TRAILER!!

Tuesday, December 16, 2014

FILEM EPIC THRILLER PERTAMA MALAYSIA BAKAL DI PAWAGAM

Nasir Jani bakal arah filem adaptasi novel thriller nombor satu Malaysia.

Setelah hampir tiga dekad menghilang, pengarah veteran, Nasir Jani tampil mengarah filem baru adaptasi novel thriller nombor satu Malaysia karya Ramlee Awang Murshid.


Kali terakhir Nasir duduk di kerusi pengarah adalah 27 tahun lalu, ketika menghasilkan dua buah filem sekitar tahun 80an iaitu Kembara Seniman Jalanan dan Rosana Cinta 87.

Namun menurut Nasir, dia tidak menghilangkan diri tetapi aktiviti seninya banyak tertumpu di belakang tabir.

“Saya mungkin sudah lama tidak mengarah, tetapi saya tak hilang. Saya masih lagi aktif menulis dan membuat kerja-kerja di sebalik tabir tetapi cuma tak menggunakan nama ‘Nasir Jani’” jelas Nasir yang mempunyai kolum tetap di akhbar Sinar Harian.

Bakal mengarahkan filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’, kata Nasir, kerana minatnya terhadap hasil karya Ramlee membuatkan dirinya tertarik untuk menerima tawaran ini.

“Novel-novel Ramlee telah diperkenalkan oleh anak saya beberapa tahun dahulu dan sehingga kini saya sudah ‘khatam’ kesemua 24 novel hasil tulisan Ramlee.

Apabila Ramlee datang sendiri berjumpa dengan saya dan menawarkan peluang ini, saya terima dengan hati yang terbuka kerana saya sendiri adalah peminat novel-novelnya.

Sebagai pengarah saya akui, tanggungjawab yang digalas amat berat terutama dalam memvisualkan sebuah novel popular” katanya yang ditemui di sidang media filem Tombiruo: Penunggu Rimba.

'Tombiruo: Penunggu Rimba' hasil nukilan Ramlee Awang Murshid telah diterbitkan pada tahun 1998 sehingga kini telah terjual hampir 70,000 naskhah serta telah diulang cetak kali ke 14.

Filem aksi ini merupakan kerjasama antara syarikat Layar Sunan, Karangkraf Media Group dan Ideate Media serta merupakan filemm adaptasi ketiga bagi Karangkraf selepas Ombak Rindu dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba menceritakan mengenai mitos yang wujud di dalam lagenda hutan tebal masyarakat di Sabah yang sebenarnya adalah seorang manusia yang berwajah tidak sempurna yang bertindak sebagai penjaga rimba.

Novel yang diterbitkan pada tahun 1998 ini sehingga kini telah terjual hampir 70,000 naskhah serta telah diulang cetak kali ke 14.

Dalam majlis yang sama, penulisnya Ramlee yang cukup terkenal dengan genre thriller dan pengembaraan aksi berkata, hatinya terbuka untuk membenarkan karyanya kali ini diangkat ke layar perak kerana adanya kerjasama bersama Karangkraf.

“Sebelum ini memang ada lamaran mahu novel saya difilemkan, tetapi saya tolak kerana saya cerewet dalam membenarkan karya saya diolah.

"Apabila ada tawaran begini, dalam masa yang sama Karangkraf turut bertindak sebagai penerbit filem. Saya terima kerana bekerja dengan Karangkraf lebih bebas dan lebih bertolak ansur,” katanya yang sudah menghasilkan 24 novel di bawah terbitan Karangkraf.

Filem yang akan menjalani pengambaran di Sabah ini akan memulakan produksi pada pertengahan tahun hadapan.

Pihak produksi dijangka akan mengumumkan barisan pelakon yang akan membintangi filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini tidak lama lagi.

Thursday, November 27, 2014

KISAH SERAM "THE PYRAMID"


Satu pasukan arkeologi cuba untuk membuka kunci rahsia piramid yang hilang dan mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk purba yang mendiami piramid tersebut.



Piramid adalah sebuah filem seram Amerika yang diarahkan oleh Gregory Levasseur dan ditulis oleh Daniel Meersand dan Nick Simon . Filem ini dibintangi oleh Ashley Hinshaw , Denis O'Hare , James Buckley dan Daniel Amerman . Filem ini dijadualkan akan berada di pawagam pada 5 Disember, 2014, oleh 20th Century Fox .

TRAILER!!

Sunday, October 12, 2014

CETUSAN FENOMENA "THE WALKING DEAD" SEASON 5


Di angkat ke drama siri pula, jika secara kasar tidak banyak boleh diolah mengenai kisah zombie yang dipenuhi adegan bunuh membunuh dan suspens. Popular sejak dulu, bagaimanapun kisah zombie barangkali sekarang tidak lagi terlalu mengujakan penonton.

Bagaimanapun, The Walking Dead (TWD) mencetuskan gelombang tersendiri yang jelas setiap musim mengumpul semakin ramai pengikut. Tidak dinafikan, drama itu ada keistimewaan sehingga peminat tegar tidak sabar melihat apa berlaku pada episod seterusnya.


Ura-ura sebelum ini yang mengatakan siri itu bakal dihentikan pula, apatah lagi awal dulu pengikutnya tidak seramai sekarang jelas tidak akan berlaku. Bahkan, permintaan semakin tinggi menuntut produksinya mencari formula terbaik menjadikan ia kekal relevan untuk diikuti.

Sekian lama menanti, musim kelima TWD akhirnya bakal memulakan tayangan episod pertamanya hari ini, jam 9 malam di saluran FOX (Astro 710) yang tentu sekali menjawab pelbagai persoalan pada musim sebelumnya. Terkandas di Terminus dan menjadi tawanan, apakah nasib kumpulan Rick (Andrew Lincoln) pada musim ini?

Semestinya sangat mendebarkan, apatah lagi bukan saja perlu berhadapan ancaman zombie, musim lalu Rick dan rakan-rakannya terpaksa mengenepikan rasa belas kasihan mereka. Kekejaman memaksa mereka untuk turut membunuh sesiapa juga yang mendatangkan ancaman termasuklah manusia.

Bukan itu saja, mereka yang mulanya bergerak secara kumpulan dan saling bersatu walau apa juga ancaman mendatang dihambat dugaan besar selepas masing-masing terpisah. Terutama buat Rick, dia tidak tahu langsung bagaimana agaknya nasib anak kecilnya, Judith selepas keadaan memaksa mereka berpisah.

Bersempena kembalinya siri itu untuk musim kelima di mana tayangannya di negara ini pada hari sama di Amerika Syarikat hari ini, FOX International Channels (FIC) turut mengadakan sesi pratonton eksklusif kepada media baru-baru ini. Berlangsung di Black Box, Publika, Kuala Lumpur, Rap menjadi yang bertuah menonton episod pembuka musim baru itu.

Ternyata makin hebat dan mendebarkan, banyak khabar gembira nampaknya akan mengisi musim baru berkenaan. Tidak bermakna mereka sudah bebas daripada sebarang ancaman, sebaliknya khabar gembira itu baru permulaan kepada dugaan besar yang bakal dihadapi mereka kelak.

Mana tidaknya, cukup percaya Terminus adalah tempat yang mereka cari-cari selama ini untuk memberikan harapan dapat kehidupan lebih baik, ternyata impian itu sia-sia. Jelas Terminus hanyalah sebuah jerat yang tidak ada bezanya dengan bahaya ancaman zombie di luar sana.

Episod penutup musim keempat lalu meninggalkan penonton dalam keadaan berdebar selepas Rick, Daryl (Norman Reedus), Glenn (Steven Yuen), Maggie (Lauren Cohan), Carl (Chandler Riggs), Michonne (Danai Gurira) dan yang lain dikurung menjadi tawanan tanpa tahu apakah nasib mereka seterusnya.

Yang pasti, mereka tahu mereka sudah membuat kesilapan paling besar kerana mempercayai Terminus adalah rumah perlindungan. Sebaliknya, di situlah pengakhiran sebenar takdir mereka, adakah boleh meneruskan kehidupan atau tidak.

Menerusi episod pertama malam ini, penonton akan menyaksikan beberapa babak gembira, namun tidak kurang babak menyedihkan serta kejutan. Bahkan, nyawa watak-watak penting juga ternyata berada di hujung tanduk yang mana mereka bagaikan sudah tiada harapan untuk hidup.

Paling menarik, selain watak asal yang ada, satu lagi watak di masa silam bakal muncul kembali dan semestinya itu petanda warna cerita TWD bakal berubah lagi. Sesudah Terminus, satu-satunya harapan tinggal adalah mencari dalang di sebalik berubahnya dunia apabila manusia bertukar zombie demi mengakhiri zaman gelap itu.

Banyak persoalan akan turut dirungkai musim ini terutamanya berjayakah mereka menemui penawar yang dicari-cari selama ini? Berjayakah mereka dipersatukan dengan orang tersayang yang terpisah daripada mereka? Nyawa siapakah pula akan jadi taruhan selepas ini?

Pada sesi pratonton itu juga, pihak FOX tidak ketinggalan menghangatkan suasana dengan membawa sebuah tong besar sebagai promosi kepada musim kelima siri itu. Dinamakan 'Terminus, Sanctuary No More', pengunjung Publika tidak ketinggalan boleh merasai sendiri pengalaman diserang zombie.

Bercakap mengenai kembalinya semula siri itu dengan musim baru, Pengarah Pemasaran FIC, Penny Tan menyifatkan TWD kini bukan saja menakluk AS bahkan di Malaysia sendiri pengikutnya sudah cukup membanggakan.

"Kami tentu sekali gembira dapat membawakan musim baru siri ini apatah lagi di AS sendiri TWD menjadi kegilaan dan begitu juga di Malaysia. Tidak ketinggalan, kami serikan acara kali ini dengan replika tong kotainer seperti dalam Terminus itu sendiri bagi pengunjung merasai pengalaman bersama zombie," katanya.

SEASON 5 TRAILER 

Gambar Belangkas