Showing posts with label cara kempiskan perut. Show all posts
Showing posts with label cara kempiskan perut. Show all posts

Monday, February 25, 2013

5 Teknik Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Cara Selamat

Assalamua'laikum & Salam Perpaduan.
5 Teknik Petua Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Cara Selamat. Apakah cara yang selamat untuk kita dapatkan bentuk badan yang menawan dan langsing? Apakah benar produk X atau Y mampu mengempiskan perut kita tanpa perlu kita bersenam? Agak sedih juga bila kita berhabis wang membeli pelbagai produk menguruskan badan namun hasilnya tidak memuaskan hati malah menyakitkan hati sehingga boleh menyebabkan kita putus asa untuk mendapatkan perut yang kempis dan badan yang lebih kurus. Apakah ada petua dan cara untuk dapatkan badan yang kurus dan perut yang kempis dengan selamat?

Sebenarnya, petua dan tips kuruskan badan dan kempiskan perut dengan cara yang selamat mungkin sudah biasa kita dengar. Cuma mungkin kita terlupa dan terlalu gelojoh dalam usaha kita. Ingat, untuk kita berjaya kuruskan badan kita, masa yang diambil bukan sehari dua, mungkin sebulan dan boleh menjangkau bertahun. Lemak yang terkumpul dalam badan perlulah dibakar dengan betul dan ada tekniknya. Boleh cuba baca ebook ini -->

Baca Teknik Terbukti Berkesan Bakar Lemak dengan Pantas!

Jom kita buat ulangkaji tentang beberapa 5 teknik/petua kuruskan badan  & kempiskan perut dengan cara yang selamat.
  1. Perhatikan jenis minuman kita. Banyak kali kita dengar tentang perlunya kita banyak minum air mineral berbanding air manis. Kenapa penting? Faktanya ialah air mineral atau air kosong tiada kalori. Jadi sahih tidak akan menambah berat badan kita berbanding air manis termasuklah air bergas yang tinggi kalorinya. Cuba periksa di setiap label botol minuman bergas yang kita beli.
  2. Kurangkan garam. Terlebih garam pasti membawa padah kepada badan kita. Garam yang berlebihan dalam badan akan menambah takungan air dalam badan menyebabkan proses pembuangan air terganggu. Makanan apa yang banyak garam? Antaranya ialah mungkin kentang goreng McD!
  3. Pilih buah-buahan yang kurang kalori. Makan buah memang bagus sebagai sumber serat fiber. Cuma perlulah bijak memilih buah-buahan. Elakkan makan buah yang tinggi kalori seperti pisang. Boleh baca entri tentang 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut sebagai tambahan info.
  4. Jangan tinggalkan hidangan penting. Biasalah, ramai juga yang biasa skip sarapan untuk kuruskan badan. Bahaya! Sarapan penting untuk bekalkan badan dan minda kita tenaga untuk bekerja. Kalau kita skip makan, kita akan rasa lebih lapar dan bila tiba waktu lunch, kita akan makan lebih banyak! Skip makan juga boleh sebabkan metabolisma kita menurun (sedangkan kita nak metabolisma kita tinggi untuk bakar lemak!). 
  5. Apakah seks membantu membakar kalori? Jawapannya ialah betul. Ia boleh dikategori sebagai 'senaman' membakar kalori. Ia memang boleh membakar kalori dan memberi rasa kelegaan kepada pasangan suami isteri. Cuma perlulah diingat yang  badan perlulah sentiasa rehat dan cergas untuk sebarang aktiviti. 
Jika masih kurang yakin dan perlukan bantuan mereka yang benar terlatih dan layak membantu anda kuruskan badan dan kempiskan perut dengan cara dan teknik yang selamat serta dijamin, boleh cuba untuk mendapatkan bantuan rakan saya di pautan di bawah;

DOWNLOAD Panduan Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Teknik Bakar Lemak Pantas sebelum di'tarik balik'

Cubalah untuk konsisten dan beramal dengan petua kuruskan badan dan kempiskan perut ini dengan cara yang lebih selamat. Kalau seminggu kita dapat kurangkan setengah kilo berat badan kita, inshaaAllah untuk minggu berikutnya pasti dapat lebih kurus dengan penurunan berat badan boleh mencecah 1 kilo. 

Ingatlah pepatah Melayu yang glamer, "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih." Selamat mencuba dan semoga berjaya kuruskan badan, kempiskan perut, hidup lebih sihat dan ceria serta lebih yakin!

Monday, October 22, 2012

Petua Kesihatan:Kuruskan Badan & Kempiskan Perut

Siri 2: Petua, Tips dan Cara Senaman Kuruskan Badan & Kempiskan Perut

Assalamua'alaikum & Salam 1Malaysia.
Dalam siri entri terdahulu iaitu 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut, saya ada kongsikan beberapa petua dan cara untuk kita tampil langsing dan kurus. Entri terdahulu juga lebih tertumpu kepada aspek pemakanan kerana saya percaya, jika betul cara pemakanan kita, insyaAllah perut kita akan kembali kempis dan tidak lagi buncit.

Untuk siri petua kesihatan kali ini, saya ingin berkongsi petua/senaman mudah untuk perut tampil leper, cantik dan kempis. Jom sama-sama kita menerokai petua kesihatan tentang senaman berkesan untuk perut.


Senaman mudah untuk kempiskan dan kuruskan perut.

Pernah dengar tentang senaman sit-up? Lihat gambarajah ini;

Senaman sit-up sememangnya mampu menghasilkan perut yang langsing dan cantik. Perut kita mempunyai 5 otot besar yang perlu dilatih secara konsisten dan betul. Jika tak kena caranya, ditakuti berlaku kecederaan pada abdomen ini.

Untuk itu, sebelum melakukan senaman sit-up ini yang boleh menguruskan dan mengempiskan perut, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil berat iaitu;
  • Ketika sit-up, jangan sesekali kita menarik atau menekan bahagian kepala atau leher.
  • Biarkan otot perut yang menarik kita ke atas semasa senaman sit-up. Jangan biarkan kaki kita yang menariknya. Jadi, usahakan untuk kaki tidak bergerak.
  • Tekan ke dalam bahagian perut ketika sit-up.
Jika sudah bersedia, beberapa contoh senaman sit-up boleh dilakukan untuk dapatkan hasil perut yang kempis dan kurus. Antaranya ialah;

Download Panduan Petua Kuruskan Badan & Bakar Lemak dengan Pantas Lagi Berkesan!

  1.  Sit-up dasar: Berbaring dan pastikan tapak kaki rata menyentuh lantai. Bengkokkan lutut dan letakkan tangan di belakang kepala. Gunakan otot perut, angkat bahu menuju ke arah lutut. Ulang langkah ini 10-12 kali. Jika terasa cramp dibahagian perut, hentikan seketika dan ulangi langkah ini.
  2. Berlatih dengan bola besar: Duduk di atas bola dan gerakkan kaki sambil menahan nafas. Tahan nafas terutamanya dibahagian perut. Ulangi langkah ini.
Contoh senanam di atas haruslah dilakukan secara konsisten. Pastinya sekali lagi, diet (apa yang kita makan) amatlah penting dalam menjayakan misi untuk mendapat perut yang langsing, kempis, kurus dan tidak buncit .

Namun, ini bukanlah satu-satunya petua dan cara untuk mendapatkan perut yang kempis. Senaman mudah lain seperti berjalan santai, berenang, menari gangnam style, josing, berbasikal, menaiki tangga dan senaman-senaman lain yang banyak menggunakan otot perut juga mampu untuk memberi impak yang baik kepada otot-otot perut.

Selamat mencuba!

Powered byEMF Online Order Form
Nota: Sila rujuk pakar perubatan jika anda mempunyai kemusykilan dan mahukan pandangan yang lebih tepat. Entri ini hanyalah sebagai perkongsian penulis dan penulis tidak memberi jaminan keberkesanan dan keselamatan pembaca semua. Harap maklum. Terima kasih.


Gambar Belangkas