Alor Gajah: Polis menahan 41 individu berusia 19 hingga 31 tahun selepas disyaki terbabit dalam pesta dadah dalam serbuan di dua unit banglo di sebuah resort di Simpang Ampat, jam 2 pagi, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata, selain penduduk negeri ini semakan mendapati ada antara yang ditahan datang dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
"Seramai 10 individu yang ditahan adalah wanita, hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua premis itu kami menemui sejumlah dadah disyaki ganja.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 22 lelaki dan empat wanita positif berada dibawah pengaruh dadah," katanya.
Kesemua yang ditahan kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, untuk tindakan selanjutnya.
JOHOR BAHRU – Meskipun berperwatakan tomboi, ia tidak mampu mengatasi naluri keibuan yang menebal seorang wanita sebaik dia melahirkan bayi lelaki lebih 10 hari lalu, meskipun menyedari ia bukan daripada ikatan yang sah.
Kisah malang Ain (bukan nama sebenar), 33, bermula selepas dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki berstatus suami orang dalam kejadian di sebuah rumah yang tidak diketahuinya, awal tahun lalu.
“Saya kenal dia, malah kami menetap di kampung sama. Saya dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu disaksikan dua rakan lelaki tersebut.
“Pada saat kejadian hitam itu, saya hanya fikir untuk tidak diapa-apakan dan dapat pulang ke rumah.
“Selepas insiden itu, saya tidak pernah bersua dengannya meskipun mengetahui saya hamil anaknya kerana saya tidak mahu ada sebarang ikatan dengannya,” katanya yang ditemui penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam Operasi Mawar Merah, di sebuah hotel murah, di sini. Ain turut merayu supaya tidak dikenakan tindakan kerana cuba menyembunyikan kelahiran bayi lelaki itu selepas didakwa menjadi mangsa rogol tahun lalu.
Katanya, meskipun mengetahui risiko yang bakal ditanggungnya, dia tekad mahu memelihara anak yang dilahirkan secara normal itu malah ibu bapanya mengetahui kelahiran bayi tersebut.
Tegasnya, dia sayangkan bayinya dan mahu menjaganya sendiri meskipun ada beberapa kenalan yang mahu mengambil anak itu sebagai anak angkat.
“Biarlah saya yang jaga sendiri tanpa susahkan orang lain apatah lagi kedua ibu bapa saya kerana saya ingin berubah demi bayi ini,” katanya.
Ain tidak berhasrat pulang ke rumah orang tuanya, kerana tidak mahu mengaibkan mereka.
#SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam....
#Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri...
#Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri...
#“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian....
#Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu....
#“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya....
#Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan....
#“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah...
#“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.... Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam....
#Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol...
Akibat ingin campurtangan dalam urus niaga dadah atau cartel di MEXICO seorang polis telah dibunuh dengan kejam sekali. Mayat pegawai polis terbabit dikerat-kerat dan disiat-siat dengan kejam dan mayat dihiaskan di kaki lima berdekatan dengan Balai Polis berdekatan.
Alor Setar – Rawatan pelik dan menjijikkan. Itu dilakukan seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang menggunakan pisau dan keris kononnya untuk membuang sihir sebelum meraba dan menyentuh kemaluan seorang wanita di kediamannya di sebuah flat di Alor Setar, di sini.
Dalam kejadian jam 8.30 malam Ahad lalu, mangsa berusia 22 tahun ditemani ahli keluarga datang ke rumah bomoh itu untuk merawatnya selepas mendakwa dia disihir teman lelakinya.
Difahamkan, pada mulanya mangsa enggan berubat tambahan yakin dirinya tidak disihir, namun akur apabila didesak ahli keluarga menyebabkan dia setuju menjalankan upacara membuang sihir itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa berasal dari Jitra mendakwa dia datang ke kediaman suspek bersama ahli keluarga untuk berubat selepas dipercayai terkena sihir.
Menurutnya, ketika upacara itu dilakukan mangsa mendakwa bomoh itu meletakkan keris berdekatan kemaluan dan buah dadanya.
“Tidak cukup dengan itu suspek turut meraba seluruh badannya walaupun tidak disukai mangsa.
“Suspek juga menyentuh alat sulit mangsa dengan menggunakan pisau kononnya untuk membuang sihir yang terkena padanya,” katanya.
Mohd Nashir berkata, mangsa yang tidak berpuas hati dan berasa malu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Star pada Rabu lalu.
“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian menahan suspek berusia 50-an di kediamannya jam 5.15 petang kelmarin.
“Dia bagaimanapun dibebaskan semalam dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.
Beijing, China - Seorang lelaki yang bersenjatakan pedang menikam seorang wanita di depan Uniqlo di daerah Sanlitun disini. Insiden terbabit dipercayai berlaku pada tengahhari waktu tempatan China , menurut laporan dari The Nanfang. Lelaki tersebut yang dipercayai berumur dalam 20-an, dikatakan mengejar wanita itu ke arah gedung Uniqlo terbabit sebelum menikamnya menggunakan pedang sepanjang satu meter. Gambar kejadian yang menjadi viral di media sosial menunjukkan wanita terbabit dibantu oleh seorang lelaki warga asing. Difahamkan wanita terbabit ditikan di bahagian dada dan lelaki warga asing itu turut mendapat kecederaan.
Video kejadian juga dimuat naik online menunjukkan saat penyerang itu ditahan. Di dalam video terbabit, polis dilihat mendekati penyerang dan penyerang terbabit dengan mudah meletakkan
pedangnya di atas tanah dan meniarap.
Melalui satu kenyataan media oleh Biro Keselamatan Awam Beijing di Weibo, wanita terbabit mati akibat dari kecederaan. Kenyataan itu juga turut menyebut penyerang terbabit, Goi, 25, berasal dari Tonghua di daerah Jilin. Menurut kenyataan itu juga, kejadian masih lagi di dalam penyiasatan polis
Sah... ugutan serangan siber yang tersebar sebelum ini didalangi oleh pihak tertentu dari dalam negara Malaysia... perkara ini disahkan melalui satu lagi rakaman video yg dipercayai dimuatnaik oleh kumpulan 'International Anonymous' sendiri yang menafikan penglibatan mereka malah mereka tidak berminat untuk mencampuri urusan demokrasi negara Malaysia...
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan satu video ugutan kononnya dibuat oleh kumpulan hacker terkemuka 'Anonymous' yg mahu menyerang sistem laman web dan pengkalan data milik kerajaan... video berdurasi 8 min itu antara lainnya mempersoal pentadbiran YAB DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia khususnya berhubungkait dgn isu 1MDB dan wang 'derma' RM2.6BIL...
Mereka mensasarkan beberapa laman web milik agensi2 utama kerajaan termasuk SPRM, 1MDB dan beberapa lagi... mereka mengugut akan mulakan serangan siber antara 29, 30 atau 31 Ogos ini, kebetulan masa yang hampir sama dengan demostrasi jalanan yang akan dianjurkan oleh BERSIH 4.0...
Dalam video tersebut juga mereka mendesak agar Najib meletak jawatan sebelum 31 Ogos, jika mahu serangan ini dibatalkan... mereka juga turut menyeru seluruh ahli kumpulan 'Anonymous' dari seluruh dunia agar bersama-sama menyertai mereka...
Jom kita tonton dulu video pertama ugutan yang telah dibuat oleh kumpulan ini...
Susulan daripada tersebarnya video ugutan ini, pihak polis dengan kerjasama Interpol yang berpengalaman mengendalikan kes seperti telah membentuk satu jawatankuasa dan memulakan siasatan... pihak polis tidak menolak kemungkinan ugutan ini mempunyai hubung kait dengan demostrasi BERSIH 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini...
Untuk rekod, beberapa kes serangan siber telah berlaku di negara ini membabitkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan... terbaru adalah serangan ke atas laman media sosial milik PDRM... polis percaya pihak yg membuat ugutan kali ini adalah merupakan kumpulan yang sama yg telah menyerang laman FB PDRM...
Pihak penganjur Bersih 4.0 yang diwakili Maria Chin semalam menafikan mereka ada kena mengena dengan penyebaran video ugutan tersebut... mereka juga menafikan mengenali atau mempunyai hubung kait dengan kumpulan penjenayah siber 'Anonymous' ini...
Semalam, satu lagi video telah dimuatnaik dan kali ini ia dipercayai dikeluarkan oleh pihak 'International Anonymous'...
Jom kita tonton pula video penafian yg dipercayai dibuat oleh kumpulan 'International Anonymous'...
Pihak 'International Anonymous' telah menafikan yang mereka terbabit dengan ugutan yang telah dibuat sebelum ini... malah menurut mereka, mereka tidak berminat untuk mencampuri urusan politik sesebuah negara yg mengamalkan demokrasi...
Dengan tersebarnya video ini, secara tak langsung mengukuhkan lagi keyakinan pihak polis bahawa dalang yang terlibat dengan ugutan siber ini datang dari dalam negara Malaysia sendiri... malah tidak mustahil juga ia merupakan satu cara meniup spekulasi negatif ke atas sistem keselamatan negara...
Mamu sangat berharap agar pihak polis dengan kerjasama dan kepakaran pihak Interpol akan dapat menjejak, mengenalpasti dan menangkap dalang yang berani mengugut kerajaan Malaysia... ini adalah satu bentuk serangan alaf baru, tanpa perlu mengangkat senjata... tapi kesannya mampu melumpuhkan seluruh sistem kerajaan jika tidak ditangani sebaik mungkin... amat berpadanan untuk didakwa di bawah akta Melancarkan Serangan Ke Atas YDP Agong seperti yang dikenakan ke atas kumpulan Al-Maunah, sekiranya dalang utama berjaya diberkas...
Gadis Tak Sempat Sarung Pakaian Ketika Diserbu [6 Gambar]
Seorang daripada wanita warga asing terbabit dalam aktiviti persundalan tidak sempat menyarung pakaiannya ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya Johor Bahru, Johor jam 9 malam semalam.
Wanita warga China sebelum itu dikesan ditawarkan sindiket placuran melalui aplikasi Wechat.
Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket placuran ini menggunakan aplikasi internet 'WeChat' yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia selepas melakukan risikan selama empat hari.
Untuk rekod, aplikasi ini turut digunakan remaja serta kanak-kanak di bawah umur tanpa had sekaligus mendedahkan mereka kepada aktiviti songsang.
Sindiket placuran ini juga secara terbuka memaparkan pelbagai foto luch wanita diperdagangkan lengkap dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.
Melalui kaedah penyamaran, anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor berjaya menyusup ke premis terbabit sebagai pelanggan. Antara ditawarkan sindiket ini, wanita warga China, Vietnam dan Indonesia dengan caj perkhidmatan di antara RM188 dan RM588 termasuk kos penggunaan bilik.
Siasatan mendapati, pelanggan hanya perlu mengetahui nombor bilik didiami wanita terbabit yang diberikan oleh bapa ayam melalui komunikasi menggunakan sistem pesanan ringkas.
20 Julai tahun lalu, jabatan yang sama turut melumpuhkan sindiket placuran menggunakan laman web bagi menawarkan perkhidmatan persundalan di sekitar Johor Bahru.
Usaha itu bagaimanapun gagal mengesan bapa ayam terbabit selepas nombor yang digunakan tidak lagi aktif. Pemeriksaan pendaftaran nombor menggunakan nombor kad pengenalan mendapati individu dalang sindiket placuran itu tidak wujud.
Dalam serbuan malam tadi, kondom dalam kuantiti banyak turut ditemui dalam setiap bilik didiami placur terbabit.
10 wanita, 6 warga China dan masing-masing 2 warga Indonesia serta Vietnam berusia di antara 19 dan 31 tahun ditahan dalam serbuan ini.
Antara kesalahan dikesan, menyalahgunakan pas lawatan sosial. Kesemua ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, untuk siasatan lanjut.
DUA pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan ke tali gantung apabila ditahan kerana memiliki sepucuk pistol.
Dilaporkan pada jam 1 pagi pada 10 Ogos lalu, sepasukan polis dari balai polis Rahang telah menahan dua pelajar terbabit di asrama Murah Foundation di Gadong Lalang Ampangan, Seremban. Penahanan dua pelajar itu dibuat berdasarkan hasil maklumat awam.
Sumber gambar: Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku.
Dalam serbuan berkenaan, pihak berkuasa menemui sepucuk pistol jenis Colt 380 Auto Mustang Pocketlite berwarna perak kehitaman dengan katrij dan beberapa butir peluru turut dirampas. Kedua-dua pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Rahang untuk disoalsiasat dan kes disiasat mengikut Akta 379 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan, mereka berkemungkinan akan dikenakan hukuman gantung
Saban hari semakin meningkat perilaku dan kes jenayah di Malaysia... seolah-olah rakyat tidak enteng dan tidak takut lagi dengan undang-undang dan hukuman... macam tidak sah jika dalam sehari tidak berlaku kes pembunuhan, rompakan, samun, rogol dan macam-macam lagi... kenapakah begitu terdesak sekali masyarakat hari ini???
Adakah peningkatan kes-kes jenayah disebabkan oleh desakan hidup yang menghimpit masyarakat ekoran peningkatan taraf hidup yang akhirnya memaksa golongan yang tidak mampu bergerak seiring dengan peningkatan ini memilih jalan mudah... atau disebabkan longgarnya penguatkuasaan undang-undang atau tidak ada akta yang sesuai yang mampu menggerunkan si pelaku jenayah...
Namun yang pasti, hanya satu jalan sahaja yang dapat mengimbangi kehendak masyarakat daripada memilih jalan singkat iaitu kembali kepada tuntutan agama sebenar... bukan sahaja Islam, malah agama lain juga mencegah dari melakukan jenayah... jika masyarakat kembali menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam apa pun jua agama, maka secara tak langsung akan menghakis kecenderungan untuk melakukan apa juga jenayah...
Begitu jugalah halnya dengan apa yang berlaku di Sagil, Johor... 4 lelaki telah menyerbu masuk ke sebuah kedai runcit lalu merompak wang tunai yang ada di kedai tersebut...
Jom kita tonton rakaman CCTV kejadian yang dimuatnaik ke KiniTV...
Tidak cukup dengan merompak, mereka juga bertindak kejam dengan memukul seorang warga emas yang berada di kedai tersebut menggunakan batang besi...
Yang pasti, keempat-empat mereka kini sedang diburu oleh pihak polis... dipercayai mereka ini ada kaitan dengan geng-geng kongsi gelap tempatan yang sering menjadikan peniaga-peniaga kecil sebagai mangsa peras ugut... peniaga yang engkar menjelaskan wang perlindungan akan menjadi mangsa rompak, pukul malah ada yang hingga ke peringkat bunuh...
Mamu berharap mereka ini dapat diberkas secepat mungkin dan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal...
ARTIS dan isu berkemban bukanlah baharu. Sebelum ini pun, banyak penerbitan drama dan filem melibatkan artis berkemban mendapat kecaman sesetengah pihak yang tidak selesa dengan imej sedemikian.
Justeru pelakon Izreen Azminda yang mengetahui dirinya perlu berkemban dalam pementasan teater arahan Erma Fatima, Takhta 3 Ratu, menyedari hal ini akan jadi isu di kemudian hari sebaik sahaja memutuskan mahu terima tawaran tersebut. “Dari awal lagi saya tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban. Malah Erma juga bertanya sama ada saya sedia atau tidak untuk tampil sedemikian. Apabila saya terima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan.
“Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya. Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut. Saya buat berdasarkan logik cerita. Seandainya penampilan Galuh itu dipersembahkan seperti Tun Teja, memang tak kena. Jadi saya harap isu ini tidak dipandang negatif,” ujarnya kepada portal Media Hiburan. Sebelum memulakan pementasan, Erma sendiri sudah menyatakan dia enggan karya terbaharunya itu dipandang negatif kerana wujudnya watak pelakon berkemban. Pementasan Takhta 3 Ratu membariskan senarai pelakon terkenal dan berbakat besar antaranya Beto Kusyairy, Awie, Erra Fazira, Azri Iskandar, Soo Wincci, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi. Pementasannya akan berlangsung dari 13 hingga 22 Disember ini di Istana Budaya (IB) dan tiket-tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau menerusi laman www.airasiaredpix.com. – MYNEWSHUB.CC
Zaman sekarang ini, alat perhubungan komunikasi menjadi salah suatu benda yang penting di dalam urusan seharian.
Namun, jika cuai untuk menjaganya, takut-takut ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kecuaian kita itu. Begitulah juga yang berlaku ke atas seorang guru wanita ini.
Lambakan bahan lucah yang mudah diperoleh termasuk di laman siber antara penyebab kenapa budak-budak sekarang advance sangat berkaitan seks.
Bagi yang tak terjebak melakukan perkara tak bermoral pada usia muda, sesetengah mereka didapati mengintai-ngintai peluang untuk melakukannya.
Sebagai contoh petikan status Facebook remaja ini.
Katanya dia terkilan sebab ada tu usia 12 tahun dah melakukan hubungan seks jadi dia tanpa segan silu menawarkan terunanya kepada sesiapa sahaja.
Memang parah kalau pada usia muda macam ini pun dah sangap sangat sampai berani tawar badan di laman sosial entah pada siapa-siapa. Silap-silap ada potensi jadi perogol ni!
Kami harap para ibu bapa di luar sana awasilah anak-anak anda agar mereka tak terpengaruh dengan bahan lucah dan terlibat dengan masalah moral di zaman serba mencabar ini. – MYNEWSHUB
Kisah Seram Wanita Berkebaya Merah Dirakam Di Stesen Minyak Di Kedah - Gurun - Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.
"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.
HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT
5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandang saya "
PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH
19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam.
"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
Sikap wanita ini yang berlaku curang terhadap kekasihnya menyebabkan kekasihnya itu bertindak untuk menyebarkan video aksi mereka dahulu sebagai tanda marahnya
Sikap wanita ini juga yang boleh dianggap sebagai gadis murahan juga kerana akan melayan setiap lelaki yang mampu memberikannya harta benda.
Kerana menolak lamaran bekas kekasihnya, penjawat awam ini telah menanggung malu dek kerana tindakan bekas kekasihnya yang sengaja menyebarkan gambar bogel beliau sewaktu mereka bersama dahulu. Akibat daripada itu, majikan kepada wanita ini telah memecat wanita ini kerana mereka tidak ingin reputasi mereka terjejas dek kerana hal pribadi wanita ini.
Gambar wanita ini mula menjadi viral kerana tiada seurat benang pun di atas badan beliau di dalam gambar ini. Siasatan lanjut mengenai perkara ini tidak dapat dikenal pasti kerana tiada seberang tindakan dilakukan oleh wanita ini.