Showing posts with label ribut petir di mekah. Show all posts
Showing posts with label ribut petir di mekah. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

Musibah di Mekah











Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada sebelum ini. 2. Dimaklumkan bahawa, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesahkan berlakunya kejadian keruntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat ribut pasir dan hujan lebat. Buat masa ini sejumlah tujuh (7) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan enam (6) yang lain cedara ringan. Pasukan kebajikan dan perubatan Tabung Haji telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan



membuat pemeriksaan di kawasan terbabit. Ini bertujuan untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.

3. Semua yang cedera telah dikenal pasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian. Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital King Faisal, Mekah manakala enam (6) orang yang cedera dibawa ke Pusat Rawatan Tabung Haji di Abraj Janadiriyah untuk rawatan lanjut. Pasukan perubatan Tabung Haji juga telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
4. Maklumat terkini yang diterima tentang mangsa kejadian telah meningkat kepada seramai 65 orang terkorban manakala 80 orang cedera. Malawakil dalam usaha untuk mendapatkan maklumat penuh jemaah haji Malaysia yang terlibat di dalam kejadian ini. Malawakil akan terus memantau perkembangan bersama-sama Bilik Operasi Tabung Haji di Abraj Janadiriyah dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini tentang kejadian ini. Sekian, terima kasih. Salam hormat, MOHAMMAD ALI SELAMAT KONSUL JENERAL MALAWAKIL JEDDAH

Gambar Belangkas