Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Karenah si kembar..

nampak tak ada 2 karung ? means uri berbeza

Ada yang bertanya senang ker menjaga anak kembar ? ada keturunan kembar ker, dan ada gak ingat aku amik pil kesuburan. Sebenor nyer aku sendiri pun tak percaya bila doktor sendiri sahkan aku mengandung kembar tak silap masa tu kandungan baru 2 bulan.. * berlinang airmata doktor umi, cos dia tau ttg yasmin damia* sob..sob..

hoho.. waktu siang bom meletop kt sblh pun adam xkan sedar punya !

Banyak beza kandungan biasa dengan kembar , kira kali  ni terasa mengah yg amat dan size prot plak berganda besor. Dan lebih-lebih lagi faktor usia yang kian matang :) so bermacam penyakit yg aku dapat dalam tempoh mengandung kan si kembar bertuah ni.  Cer pasal penjagaan ??? memang kelam kabut skit cos si kembar ni mcm dah berpakat gamak nyer, bila sorang menangis, yg sorang lagi konfem sama2 nangis.

si rara pong sama mcm abg dia...

Bab menyusu aku tak reti nak bagi serentak * ada diajar masa di wad dan di klinik* tapi aku tak praktikkan pong. Kalau sorang di beri susu badan, sorang lagi terpaksa lah di suap ngan susu botol dulu asalkan mulot diam hehe.. baru dua orang kan,  kalau dapat kembar 3 atau 4 mau aku pengsannn ! Usia si kembar skang 3 bulan tapi ada citer yang buat aku kembali trauma apabila Izzara masuk wad pada hari ke 45.. nanti aku citer dalam entri akan datang k..


p/s: baru tau bila baby kuat nyusu badan, mak nyer kelaparan sokmo :)

Monday, June 11, 2012

Adam & Izzara.. pengubat rindu ibu..

si abang kecik dr adik..
Hampir stengah tahun aku tak update blog ni, maklum semenjak melahirkan si kembar pada 20 march lepas  rutin harian aku berubah 100 peratus. memang tak menang tangan bila melayan si rara dan adam.. Tapi aku happy dengan kehadiran si kembar walau bermacam dugaan yg aku kena hadap . Cer serba sedikit aku bersalin awal iaitu 36 minggu, maknanyer tak cukup bulan. dari awal buat pemeriksaan bulanan dengan pakar memang dorang cadangkan aku dibedah coz kedudukan baby songsang..

Waktu tu aku berserah jer janji semua selamat dan aku yakin biasanyer saat2 terakhir nak bersalin boleh normal yer tak ? Kali ni tak kuar tanda langsung, beza waktu arwah Yasmin dulu ada gak turun darah. aku mula rasa kontraksi 2 jam sebelum melahirkan. Sesampai jer di hospital bukaan dah 5cm dan lepas di scan doktor suh sedia utk di bedah..huhu seriau gak mikir tapi aku buat slumber jer..lepas sorang, sorang pakar datang hampiri aku mintak tandatangan dan bagitau kesan dan akibat dari pembedahan..

Adam n Rara

Lepas di bawa ke dewan pembedahan aku tak berhenti mengucap dan berdoa, korang faham2 jer la ibarat nyawa 50/50 jer rasa. Aku dibius separuh badan means dari pinggang ke bawah sahaja. jam 1.38pm Yasmin Izara kuar dulu dan Muhammad Adam Rizky pada pukul 1.42pm. Yang buat aku teruja dan sayu bila nurse bgtau aku dapat sepasang. * serius aku tak sangka dapat boy n girl * mungkin ini hikmah atas pemegian arwah yasmin damia dan anugerah yg diberi oleh Allah...

Okay ada masa aku citer lagi pasal si kembar dan pengalaman pertama kali aku bersalin secara pembedahan... 



Monday, September 12, 2011

Doa untuk anak menghadapi peperiksaan..


  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”


credit : ainoraini.blogspot.com 

                                        +++++++++++++++++++++++++++++++


Esok adalah hari yang amat mendebarkan buat deena, jugak pada ibu bapa diluar sana coz anak-anak kita akan menduduki peperiksaan UPSR ( tahun 6 ). Sama-sama lah kita berdoa agar mereka tenang dan dipermudakan dalam menghadapi peperiksaan ini nanti... buat anak ibu syera, doa ibu agar syera tenang, jangan panik :), tumpukan sepenuh perhatian, dan buat yang terbaik, amin.... luv u adek.. ! 








p/s: pasni si kakak plak PMR....

Thursday, September 1, 2011

Pink vs purple...

sayang semua... !

Tahun ni kami anak-beranak sambut raya berasing, namun saban waktu tak lekang berhubung melalui telefon ataupun di fb. Si manja dak tecik ( danish ) dah pesan tahun depan mesti nak beraya ngan ibu dan babah plak... insyaallah ibu doa agar ada rezeki dan umur panjang kita sambut sama-sama kat rumah nenek di kampung.. ' Selamat Hari Raya anak-anak ibu '.





p/s : keluarga adalah segala-galanya bagi deena... luv them so much !

Friday, June 10, 2011

Tour last kopek...


Memandangkan minggu ni last cuti sekolah, kira semalam last kopek bwk anak-anak jenjalan coz hari ni dah nak balik klang. patutnya balik awal lagi, babah dorang sibuk plak maklum la musim cuti skolah rezeki takkan nak tolak kan.. :) nak tak nak terpaksa tunggu haa.. Lokasi pertama yang kitorang terjah ialah perusahaan gamat & herba sireh lagenda, beli minyak gamat dan minyak panas.





pas puas mengetuk dan mengopakkan duit bos besar kita kat kilang gamat, trus tekan minyak gi makam mahsuri pulak. kena ketuk lagi en abang kito haa... beli cenderamata jer :-).


walaupun banyak kali  kesini, tak penah jemu coz tiap kali pegi sini ada jer yang berubah kat makam mahsuri ni hehe... kali ni masuk ikut pintu lain la pulak dan bahagian dalam ada kedai baru. Adehh tension nya,  mokcik yang dok jual kuih penderam kat telaga mahsuri tu takde.. !




Cewahhh... ! leka tengok burung merak sampai tak pasan anak dara deena amik pic tuh... :)



cuaca mendung jer waktu sampai jeti kilim petang semalam, sampai tengah laut menggigil kesejukan coz hujan renyai-renyai..



Horeyyy...! hepi  tengok anak-anak sronok sampai taknak balik katanya hehe... mau rindu-rinduan famili kat klang nanti  nak oiii...! next cuti sekolah datang lagi yew.... =)


p/s: baru berapa ari kat sini si tecik dah rindu kt nenek dia... :-)

Sunday, May 8, 2011

Danish dan minibike

phewitttt.. !

Kerisauan tul deena di buat nyer.. ! danish tak heran dah ngan mainan Ps, basikal dan kereta remote control dia, skang dah mula menceburi bidang permotoran la pulakkk... ecehhh konon la tu. Sebenar nya dah lama anak bujang deena sorang ni dok usya ngan ayah dia. tapi sebelum tu ada perjanjian ngan ayah dia klu nakkan minibike tu haa... budak-budak bila dah leka faham2 jer la semua tah kemana nnt, itupun deena slalu nasihat dan perati dari jauh haa..
 
uiks ! jgn buat pasal bwk gi skolah boy !

Cer bab minibike atau motor poket ni ia menggunakan 4 lejang,  2 lejang pun ada, terdapat 2 jenis "Aircool" dan "Watercool". rasanya danish punya ni jenis 'Aircool' coz ia hanya guna enjin mesin rumput.. huhuhu... yang dikenali sebagai QT. klu tekan minyak boleh sampai ke tahap 80 - 90km/jam. (p/s : abis la merempit budak nih ! ) yang jenis 'Watercool' plak lagi ganas bleh mencecah kelajuan hingga 110 - 130km/jam. tentang harga tak silap dalam RM900 hengget ke atas la.. mungkin ada lagi murah kot..



p/s: hari-hari duk kol dia dan ingatkan kakak2 dia peratikan si mamat ni...

Monday, February 21, 2011

Persiapan anakku..

persiapan baby,bersalin,teruja

Mcm iklan plak tajuk entri ni, diam tak diam lebih kurang lagi sebulan lebih jer nak due. barang2 baby tak habis beli lagi ni, beli yang perlu jer dulu lgpun orang2 tua kata tak elok beria sakan beli barang baby sok dah kuor haa beli la sampai pengsan ! abang pun dah usya kat kawan suh carikan mokcik yg boleh tolong deena waktu dlm pantang nanti, insyaallah ada kata nyer. bukan ape dalam pantang minggu pertama dan kedua jer kelam kabut skit pastu okay dah..

Jamu segala bagai deena order melalui online jer. bengkung memang dah ada dari anak pertama dulu deena dah guna bengkung panjang ni. ada orang suka pakai barut atau jenis lekat tu jer. hok deena ni punya plak panjang nyer dari ruang tamu sampai ke dapur.. kena lilit tapi di silang2 kiri dan kanan,di lilit dr punggung hingga ke perut. Memula pening gak tak mahir lagi kan,  sesapa yg dah tau dan pernah pkai bengkung panjang ni tau la rasa mcm mana. nak tunjuk pic kena tunggu deena dalam pantang nanti bleh amik gambo n upload ekkk...

Yang best pada deena bila dah siap kemas pakai bengkung ni, terasa kejap jer badan dari punggung sampai la pinggang tapi kena lilit ketat2 tau baru la mantop hehe... tentang persiapan baju baby dan mak baby tunggu la masuk 36 minggu ker.. skang 34 minggu lek la dulu.. poyo jer di buat nyer tetiba sakit naya jer. Teruja gak rasa walaupun hati berdebor2, tak kesah la baby nyer pasal slumber jer, nak takut sampai ke langit biru tu pun takde makna kena hadap gak kesakitan nak bersalin nanti...


p/s: nama pun tak cari lagi... :)

Gambar Belangkas