Monday, June 11, 2012

Adam & Izzara.. pengubat rindu ibu..

si abang kecik dr adik..
Hampir stengah tahun aku tak update blog ni, maklum semenjak melahirkan si kembar pada 20 march lepas  rutin harian aku berubah 100 peratus. memang tak menang tangan bila melayan si rara dan adam.. Tapi aku happy dengan kehadiran si kembar walau bermacam dugaan yg aku kena hadap . Cer serba sedikit aku bersalin awal iaitu 36 minggu, maknanyer tak cukup bulan. dari awal buat pemeriksaan bulanan dengan pakar memang dorang cadangkan aku dibedah coz kedudukan baby songsang..

Waktu tu aku berserah jer janji semua selamat dan aku yakin biasanyer saat2 terakhir nak bersalin boleh normal yer tak ? Kali ni tak kuar tanda langsung, beza waktu arwah Yasmin dulu ada gak turun darah. aku mula rasa kontraksi 2 jam sebelum melahirkan. Sesampai jer di hospital bukaan dah 5cm dan lepas di scan doktor suh sedia utk di bedah..huhu seriau gak mikir tapi aku buat slumber jer..lepas sorang, sorang pakar datang hampiri aku mintak tandatangan dan bagitau kesan dan akibat dari pembedahan..

Adam n Rara

Lepas di bawa ke dewan pembedahan aku tak berhenti mengucap dan berdoa, korang faham2 jer la ibarat nyawa 50/50 jer rasa. Aku dibius separuh badan means dari pinggang ke bawah sahaja. jam 1.38pm Yasmin Izara kuar dulu dan Muhammad Adam Rizky pada pukul 1.42pm. Yang buat aku teruja dan sayu bila nurse bgtau aku dapat sepasang. * serius aku tak sangka dapat boy n girl * mungkin ini hikmah atas pemegian arwah yasmin damia dan anugerah yg diberi oleh Allah...

Okay ada masa aku citer lagi pasal si kembar dan pengalaman pertama kali aku bersalin secara pembedahan... 



No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas