Monday, June 11, 2012

Nasi Goreng Daging Mewah

Assalammualaikum..

Pagi tadi ada mesyuarat tapak. Awal, kul 9.30 pagi. Nak keluar makan pun tak sempat, so saya tahan je perut yang tengah lapaq ni. Kami balik ke pejabat dalam kul 11 pagi. Saya terus call kedai makan kat bawah dan order nasi goreng daging & milo ais! Lepas 10 minit, saya turun, pergi ambil gambar projek depan pejabat, dan terus ambil nasi. Naik atas, duduk kat meja dan makan. Saya dibuai kesedapan nasi tu. Pakcik tu memang pandai masak, daging pun lebut sangat! Banyak pulak tu! Berbaloi-baloi RM3.50 yang saya keluarkan.

Hampir separuh saya makan, rakan saya balik.
Dia tegur 'aik, tak makan lagi ke? Tapau je?  Kami pun tak makan lagi, ni pi bank & tapau. Lapaq sangat-sangat ni.'

Saya menjawab 'tu la, lapaq ni'.

Dia duduk dan mengeluarkan 2 biji kuih dari jaket.

Dia makan dan minum air mineral.

Saya terus rasa tak tertelan. Nasi goreng yang mewah tadi tak mampu saya kunyah. Ya Allah..mewahnya rezeki yang kau limpahkan kepadaku. Aku bersyukur kepadamu. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki semua umatmu. Murahkan rezeki mereka.

Saya tak mampu nak makan, atau lebih tepat, tak sanggup nak makan. Saya tutup bungkusan dan simpan. Air milo yang sedap tadi tak terasa kesepannya.

Jika dia perempuan, saya akan hulurkan nasi saya yang mewah itu. Saya akan berkongsi dengannya. Tapi dia lelaki, tak manis jika berkongsi bekalan dengan 'ajnabi'

Itulah kebesaran Allah, DIA nampakkan saya perkara sebegitu untuk saya berfikir dan bersyukur.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas