Showing posts with label puchong. Show all posts
Showing posts with label puchong. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

FAMEkids


Deena terpanggil untuk share dengan kengkawan mengenai FAMEKids dari blog kjee. kita sama-sama hebahkan di sini jika ada yang berminat turut serta...

Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki ( kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan ( tangan tiada tulang).


Oleh itu kami merasakan  tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.

Details
tarikh   : 8 Mei 2011
masa    : 11am - 4pm ( pelancaran jam 12.30)
tempat  : wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, Kumpulan Mirwana, Jack Dzull dan ramai lagi. dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah turut serta.

Kalau ada yang berminat, bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati di http://www.scriptorybox.com


p/s: puchong... tempat ku dilahirkan ..  :)  i luv puchong !

Gambar Belangkas