Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Tangan yang Menghayun Buaian Itu .....

Semalam sejak pagi sudah membawa membawa ibuku ke PPUM untuk rawatan susulan, mengambil alat bantuan pendengaran yang telah ditempah di situ. Kiranya sudah kali ke-4 berulang-alik ke PPUM membawa ibu mendapatkan rawatan telinganya.  

Ibu menghadapi masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu, mungkin kesan daripada penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ibu sejak sekian lama.  Semakin hari semakin teruk masalah pendengaran ibu, sehinggakan kadangkala kami terpaksa meninggikan suara untuk bercakap dengan ibu, kerana ibu tidak dengar.  Mungkin jika orang yang tidak tahu masalah ini mendengar cara kami bercakap dengan ibu, akan mengatakan kami ini seperti tidak beradap, bercakap dengan nada suara yang tinggi kepada ibu kami. Masalahnya jika kami bercakap seperti biasa, memang ibu tidak akan dengar, dan kami terpaksa mengulang beberapa kali. 

Lalu saya mengambil keputusan membawa ibu ke PPUM untuk mendapatkan rawatan, ia juga saranan dari seorang saudara yang pernah mendapatkan rawatan telinga di situ juga.
Kali pertama berjumpa doktor pakar, hanya diuji sedikit untuk mengetahui masalah sebenar.  Doktor arahkan untuk datang kali kedua untuk membuat ujian pendengaran.  Ujian ini untuk menentukan tahap masalah dan pendengaran ibu.  Selepas itu, datang sekali lagi untuk menguji apakah jenis alat bantuan pendengaran yang sesuai dengan ibu.   Alhamdulillah abah adalah seorang pesara kerajaan, oleh itu semua rawatan dan alat bantu pendengaran itu semuanya dibayar oleh JPA (setelah mengisi pelbagai jenis borang..) 
Alat sekecil itu tapi harganya di antara RM5K - 7K.

 Jenis-jenis alat bantu dengar 
(gambar ihsan internet http://www.mayoclinic.com/health/medical/IM02886)

Namun apa yang hendak saya ceritakan sebenarnya di sini ialah hatiku sangat-sangat tersentuh dan hampir mengalirkan air mata tatkala sesi pengujian alat tersebut semalam.  Setelah alat itu yang siap ditempah ada di PPUM, Audiologis tersebut menalipon saya untuk datang membawa ibu untuk diajar cara-cara pemakaian dan penjagaan alat bantu dengar tersebut.  Semasa beliau mengarahkan ibu untuk cuba memakai dan menanggalkan alat tersebut sendiri, barulah kelihatan bahawa di hujung jari-jari ibu sudah tidak dapat memegang dan merasa lagi dengan baik, ibarat kalau kita rasa kebas dihujung jari, pegang apapun tidak rasa apa-apa.  Cuba bayangkan kalau hujung jari anda kebas dan anda cuba hendak memegang sebatang jarum.... apa yang pasti sudah tentu anda tidak dapat memegang jarum tersebut, dan jarum itu sudah pasti jatuh...

Ibu kelihatan terkial-kial hendak membuka dan memasang alat bantu dengar tersebut .  
Saya menahan air mata dari tumpah di hadapan audiologis tersebut!  

Ya Allah....tangan itu suatu masa dahulu menjaga ku, mendodoikan ku dalam buaian, memasak untuk kami sekeluarga..mengambil upah menjahit baju demi membantu abah mencari sesuap nasi untuk kami adik-beradik...ibu yang tidak pernah menolak jika aku meminta hendak makan masakan kegemaranku...dan  dan dan......

(saya tidak dapat meneruskan penulisan ini kerana air mata sudah mengalir tanpa henti...)

Monday, December 13, 2010

Pertemuan Semula...

Awal 80an, 4 orang anak dara sunti dari 4 pelusuk kampung, yang akan kelihatan tersangat kagum  apabila berkunjung ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, apatah lagi menaiki kapalterbang. 

Buat pertama kali mereka bertemu apabila diumumkan akan dihantar oleh JPA ke suatu bandar di USA untuk melanjutkan pelajaran. Kami berempat, dipanggil dengan nama panggilan Along, Angah, Uda dan Achik. MasyaAllah... Bukan direka, tetapi itulah panggilan kami semasa di kampung. Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik!

Empat tahun berlalu, setelah tamat pada peringkat degree, 2 orang daripada kami balik bercuti ke Malaysia sebelum meneruskan pengajian pada peringkat Masters. Manakala saya tidak balik, terus mendaftar ke universiti di mana saya akan melanjutkan pengajian. 

Namun rezeki Allah tiada siapa menduga, kedua-dua rakan saya tidak dapat kembali ke USA untuk melanjutkan pelajaran kerana waktu itu Malaysia mengalami inflasi, ekonomi Malaysia jatuh merudum....lalu mereka dinasihatkan oleh JPA agar sambung di Malaysia atau terus mencari kerja.  Namun begitu, di saat ekonomi sebegitu, mencari kerja ibarat mencari sebatang jarum dalam longgokan jerami padi... kebanyakan organisasi hanya berminat hendak mengurangkan atau membuang pekerja, bukannya hendak mencari pekerja.
Tahun demi tahun berlalu, pengajian dan kehidupan diteruskan...setelah tamat pengajian..saya pulang ke tanah air... lalu bermulalah pencarian kedua-dua orang sahabat baik saya ini... 1 tahun.. 2 tahun...... 5 tahun...... 10 tahun ................20 tahun.....
saya berjaya menjejaki salah seorang sahaja, iaitu Along... namun Achik...sehingga 2010.... iaitu 23 tahun selepas berpisah, masih tidak berjumpa....
Kesibukan dengan kerjaya dan keluarga akhirnya membuat saya tidak lagi meneruskan usaha untuk mencari beliau...
Namun disuatu sudut di hati kecil saya, masih mengharapkan sesuatu...

Alhamdulillah, Akhirnya............

beberapa hari lepas, sewaktu saya login ke laman sosial "muka buku" , tertera satu notis terdapat seseorang hendak "add" saya sebagai kawan....
sekali pandang nama tersebut, saya seperti biasa... 
tetapi kali kedua saya baca..... Ya Allah............ betulkah nama itu yang saya baca????
Nama seseorang yang sudah lama saya cari semenjak saya join "muka buku" ...

Achik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Amat teruja sehingga saya rasa tangan saya menggeletar sewaktu menerima dia sebagai "kawan" di "muka buku".....
semakin teruja apabila dia mengatakan dia berada di rumah kakak beliau di KL! 
terus temujanji dibuat malam itu juga kami bertemu...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Syukur Alhamdulillah...

Gambar Belangkas