Showing posts with label indahnya dunia. Show all posts
Showing posts with label indahnya dunia. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Puan Zuriati

Assalammualaikum..

Alhamdulilah...akhirnya kawan saya yang seorang ni dah bergelar puan.
Kiranya geng kami ni dah lengkap lah!! Semua dah jadi puan, so...nanti boleh la bercuti sesama dengan pasangan masing-masing. 

Dah pelan dah ni, nak gi Phuket, Krabi, Taman Negara bal..bla..bla... 
Doalah bagi menjadi percutian kami ni. Boleh relex2 otak!

Majlis 15.3.2014, tapi 13.3.2014 saya dah terpacak dah kat rumah pengantin. Betapa semangatnya nak tengok sahabat kawen tau. 


Bai - Zu - Saya
masa ni baru 5 saat jadi isteri orang. ;)

muka lega!! yelah, sekali je akadnya.
Pengantin lelakinya tu, kawan kami jugak, kiranya memang rapat dengan kami ni. Orang Perlis, so.....maknanya nanti keraplah Zu balik Perlis, bolehlah lepak!!  Bai, je jauh.. kan baik kan? kan? kan?


masa ni, 2-2 malu-malu!!

See...wajah bahagia. Semoga hubungan ni kekal hingga ke syurga. 
Faizul, kalau zu still jadi bidadari u  kat   syurga nanti takpe kan?? 
Ke u nak bidadari lain??
 ;D



Nak selit jugak muka dayang-dayang masa akad nikah.Inai tu 'artis' kat sebelah kiri saya tu yang lukis, Pandai dia lukis, tengok gambar, terus je lukis, tak teragak-agak pun. Bakat semulajadi, tak belajar pun.
okey,
Malam tu jugak, kami gubah bunga untuk meja tetamu. Tangan kami ni tak seni, main cucuk je, nasib baik la ada mantan pengarah tempat kami kerja dulu, berbakat!! pandai sangat Cikju gubah!

bab bergambar memang no.1.. lah.. alaaaa gambar gelap ;(



Hari kenduri, alhamdulilah cuaca baik... panas.. Kat Ipoh ni tak macam kat Perlis, kat Perlis, sampai pul 5-6 petang tetamu ada lagi.. Kat sini betul-betul waktu tengah hari je. Padat gila orang. Meriah!!
 
 Pengantin sibuk mekeup, saya sibuk pasang bunga tu. Saja je menggedik nak pakai bunga, dulu muda-muda takde semua ni dik!!

Cikju tolong pakaikan bunga-bunga cinta tu kat saya.. Baik kan bos saya ni.;)








gambar dengan pengantin~~ wuuhuuu..
 
Dulu hubungan ni antara bos dan anak buah, sekarang ni macam emak n anak.

 Sekarang ni cikju dah pencen dah. Nampak dia tenang je. Yelah...dah tak payah fikir kerja, duduk rumah, masak, makan, berkebun je... Suka tengok cikju happy.

Ni kawan pengantin zaman belajar. Kami baru je kenal, baik. Otak macam boleh masuk je. Cuma saya ni orang utara, kasar sikit la.. ;)

Ni sepupu pengantin. Kami memang dah kenal dengan si Ya ni, dia study kat Arau, so memang kerap juga lah lepak dengan artis ni.;)



Bahagian paling best, ni.. Bab bergambar!! Memang tak pergi tempat lain dah!!
Berbaloi u buat misai2 bagai ni zu.. hihihi..

Layan gambar jelah ye.. ;))

lawa kan?? Idea sendiri je..

sesuka hati je terbalikkan..
macam hero tak? hahahaaa... saya minat betul dengan misai kontot tu!!

Misai ni kembang sikit..

sebabkan malu asyik saya je kat sini, so ajak la anak buah pengantin...hihihi..

single la sangat..

laki bini sibuk bergambar!

 Tapi, dalam banyak-banyak gambar, yang paling tak boleh tahan

-


-


-




-




-





-







-










-









-







-







-





 

Rasa macam nak tenyeh je Mat Fariq ni!!! Geram!!
Hot la sangat!!
Wekkkkkkkkkkkkkk!!






















OOOpppssss.... Petang tu, masa nak balik, singgah la kejap rumah kenduri. Sekali tengok pengantin kena membasuh daaa..

Hahaahahahhaaaa...
Nasib lah

gosok jangan tak gosok!!


Wednesday, September 11, 2013

Gambar yang tak pernah gagal buat saya ;)

Assalammualaikum..

Gambar - gambar ni sentiasa buat saya senyum!
Tak tahu la bila lagi nak berkumpul dan nak happy2 macam ni.
Rindu sangat!

Lupa pulak nak bagitahu, ni semua gambar adik beradik dan sepupu-sepapat. 
Kami memang rapat dulu, cuma bila dah dewasa ni masing-masing dah bawa haluan sendiri. 
Jarang sangat nak berkumpul.

Rindu!! 
Lama tak gelak kuat-kuat.
Rindu!! 
 






Insyallah suatu hari nanti kita berkumpul macam dulu-dulu ye.

Tuesday, August 13, 2013

Raya!

Assalammualaikum..

Selamat hari raya!!!!! Dah kerja ke bercuti lagi?? Saya dah kerja dah selepas 8 hari bercuti. Wahhhhhhhhh lamanya saya cuti kan?? Orang yang balik kampung pun tak cuti selama tu. Yela... saya kena la cuti awal, nak kemas rumah, kan nak beraya kat rumah yang takda sofa tu untuk pertama kalinya, kena la mengemas.

Pagi raya tu, macam biasa la, sembahyang raya pastu gi ziarah kubur. Lepastu baru la beraya raya dan raya!!  Sesi bergambar memang meriah le..

selamat hari raya!!




sesi maktok, chaq ngan cucu2 yang kusssss semangat! ali ngan medina je yang diam. Diam sebab tido ;)

afdlin ngan azhad aktif sesangat!!

kakcik & abangcik

yon & irine

Malam raya pertama, saya dah sibuk kat rumah, buat rendang, puding ngan kek, semua tu untuk open house raya ke2. Saya masak yang tu je, nasi tempah. Serik dah buat open house masak sendiri ni. Saya ni jenis 'lepot' atau dalam bahasa yang lebih bertamadunnya kurang daya ketahanan. Kerja lebih sikit ada je la, sakit belakang la, sakit urat la, sakit sendi la, sakit kepala la. So, sebab hati berkobar-kobar nak buat open house, kami tempah je la. ;)

the puding's

kek kukus ku

the making of rendang ayam.

rendang ku impian mu ;)

Hari open house tu tak sempat nak bergambar meriah-meriah sangat. Phone pun simpan dalam bilik je. Sesi bergambar sangat ciput tau. Sedih.

saya ngan medina

kebetulan, semua pakai hijau. ;)
Tapi, seronok sangat sebab adik beradik, saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan ramai yang datang. Kawan dari Pendang pun ada mai tau. Semata-mata untuk open house saya ni, memang terharu sangat. Tapi yang sedihnya lupa nak bergambar! Kawan-kawan lama yang satu sekolah dulu-dulu pun ada mai, terus rasa muda bila jumpa depa ni.. Rasa macam zaman sekolah pula, merapu-rapu je bercerita. Best sangat!!

Ni semua kawan zaman sekolah

ni asma, suami n si iman yang comel bangat!

Malam tu kami mengemas sampai kul1, terleleh. Tapi puas hati sangat!!

Besoknya, raya ke3, close house!! buka pintu untuk keluar je. Ha... raya ke3 ni kami berjalan-jalan. Gi open house rumah kawan, gi kenduri kawen, dan gi rumah sedara mara. Kul 12 tengah malam baru sampai rumah. Puas! Hehe..

abaikan aksi mat fariq tu!!

Raya ke4, dah janji nak buat steamboot kat rumah, ajak ibu, ayah dan adik beradik saya tu. Selalunya kalau buat, tak cukup ahli, kali ni semua ada. Lengkap.



Layan je la..


dua hero ni memang banyak akal la kan..

ok..layan je la.. hahha..

ni ayat & ayon. Depa ni memang geng arr!


Insyallah nanti bila berkumpul boleh buat lagi. Saya rasa kan, steamboot ni satu jenis makanan yang simple, sedap dan boleh merapatkan hubungan. Saya memang tak pernah buat steamboot makan berdua ngan mat fariq, kalau reramai baru buat. Baru meriah!! Best!! Lagipun senang sgt nak buatnyer.

Raya ke5, keluarga mertua dah balik dari kampung, so depa pula buat open house. Buat laksa & bihun goreng. Sebagai menantu, saya la tulang belakang majlis tu. Hahahahhahaaa...okey, tipu! Saya tolong sikit-sikit ja. Potong2 bawang, ulam, itu je la. Pastu sembang pandai. Hehehee.. Saya mana tau buat kuah laksa, mak mertua saya pakar bab tu, so biarlah pakar uruskan semuanyan ye. Menantu bertuah sangat!

Mat fariq suka buat muka macam2!!

chef terkejut tergempaq..

adik ipar n anak buah
 Kul11 Baru saya balik rumah.

Okey, raya ke6, memang set untuk mengemas rumah, sebab besoknya dah nak kerja. Ku gagahi jua walaupun penat, ku sental bekas2 steamnoot, kusapu sampah, ku kemas dapur, ku lipat kain. Tapi kan, tiba-tiba, rasa semangat nak buat pavlova membuak2. Yela..keciwi oven baru. Laju je buat pavlova walaupun takde buah-buahan, i letak cokolat kolat je dik, tapi jadi tau pavlova i tu. Suka! Suka! Pastu i buat teh pudina. Sedap sangat. Ehhhhhhh...boleh yek puji masakan sendiri? hehe...


tu saya saja je bagi tajam-tajam tu
sedap!! buat teh macam biasa, pastu letak pudina je.
Dalam kul6 lebih-lebih kan, saya dah 'belengaih' a.k.a comot gila dah ni, baru je nak tutup pintu, ada orang bagi salam. Dua orang lelaki, siap bawa anak. Dah la rabun, tenang punya tenang, kawan lama yang sangat lama!! Last jumpa 7 tahun lepas!! Nak pelawa masuk rumah memang tak boleh la, mat fariq takda, so pelawa duduk kat kerusi luar je la. Ya Allah..memang terkejut beruk!! Rasa best sangat jumpa kawan masa zaman kegemilangan dulu-dulu nuuuu. Bila mat fariq balik, depa siap salam peluk-peluk lagi. Tapi sembang kejap je, anak dia pun tak nak duduk sangat. Insyallah lepas ni boleh la call2 @ msg2.. dah tukar2 no fon kan.. 

Ni..tak habis lagi ni, lepas dia balik, Mat fariq bagitau, mak sedara nak mai makan nasi kat rumah. Masa tu dah kul 7 lebih. Bersilat la saya ngan mat fariq. Kira hentam apa yang ada je. Daging masak asam, sayur, goreng ikan ngan ayam, sambal belacan (mak mertua bawa), ulam. Tu je la yang termampu saya siapkan. Alhamdulilah, semua kenyang, tapi kan... saya rasa mat fariq yang makan banyak sekali!! 

persidangan sik bersatu.

mek amni ni orang makan,dia main masak-masak, pastu buat macam pegang hantaran. Lawak betul budak comel ni!!
 
Begitulah kisah raya pertama sampai raya ke6. Nak kata padat tak la padat sangat, tapi best! Saya ngan mat fariq memang suka tetamu datang rumah. Ceria hidup tau.

Alhamdulilah, raya tahun ni semuanya dalam keadaan sederhana tapi meriah. Semoga kita semua akan dapat merayakan hari raya lagi untuk tahun depan. Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf ye. 

Selamat hari raya.

nilah, rumah 4 bilik tak bersofa, tapi berpelita ;)




Gambar Belangkas