Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Sunday, May 3, 2015

KISAH SERAM JALAN PUNCAK ALAM DI FILEMKAN

Filem Seram Jalan Puncak Alam

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus terbaharu UiTM yang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009.


Sebelum pembinaan kampus ini, UiTM telah menubuhkan kampus yang berdekatan dengan kawasan ini iaitu UiTM Kampus Puncak Perdana.

Kawasan ini lebih sinonim dengan golongan pelajar walaupun ada beberapa kawasan perumahan baharu telah diperkenalkan kepada penduduk di kawasan berdekatan.

Namun ketika itu, jalan untuk menuju ke kampus berkenaan masih sunyi sehingga mengundang beberapa kisah-kisah seram yang dikongsi oleh pengguna jalan berkenaan.

Menyedari kisah-kisah yang pernah menghantui pengguna jalan berkenaan boleh dijadikan karya yang diangkat ke layar perak, syarikat produksi, Mangkin Prestij Sdn Bhd, tampil dengan filem terbaharunya, Jalan Puncak Alam yang bakal ditayangkan mulai 7 Mei ini.

Memberi kepercayaan penuh kepada pengarah baharu, Dharma Aizat, dalam membawa penceritaan ini kepada penonton, Jalan Puncak Alam sememangnya ada misteri yang tersendiri.

Menurut pengarah filem Ia Wujud ini, tidak dinafikan, jalan ini adalah laluan yang sunyi dan menyimpan pelbagai kisah seram yang tersendiri.

"Idea menghasilkan filem ini adalah daripada pihak produksi. Namun, untuk memecahkannya kepada beberapa kisah itu adalah tanggungjawab saya sendiri.

"Untuk menghasilkan filem ini, saya mengumpul beberapa kisah dan bertanya sendiri kepada pengguna jalan tersebut yang terdiri daripada golongan pelajar dan penduduk di situ.

"Pelbagai kisah yang mereka kongsikan dan saya adunkan dalam satu filem ini. Namun yang pasti, Jalan Puncak Alam adalah salah satu jalan sunyi yang ada misterinya," katanya yang sebelum ini bertindak sebagai pembantu pengarah, Pierre Andre.

Tambah Dharma, beberapa insiden seram telah berlaku kepada pelakon dan kru produksi di sepanjang proses penggambaran mereka di sana.

"Ketika menjalani penggambaran berkenaan, tiba-tiba pelakon, Nizam Zaidi, hilang kawalan emosi dan saya sedar, itu bukanlah sikap sebenar Nizam. Dia tidak dapat memberi fokus kepada watak dan emosinya terganggu.

"Begitu juga dengan pelakon cilik yang memegang watak sebagai hantu budak, dia turut berdepan gangguan.

"Apabila kami mahu 'shoot' di kawasan tasik, dia menolak dan asyik memandang ke arah itu. Kami juga turut membawa ustaz ke lokasi.

"Kemudian, dia bercerita kepada ibu dan bapanya yang dia ternampak susuk badan budak kecil di dalam tasik berkenaan. Namun, saya tidak menceritakan perkara itu kepada kru kerana bimbang mereka ketakutan. Selepas siap semuanya, baru saya buka mulut," katanya yang terpaksa menukar babak lain ekoran keengganan kanak-kanak itu.



Hasil kerja memuaskan

Mengambil masa selama seminggu untuk menyudahkan proses penggambaran, Dharma memberitahu hampir 96 peratus babak melibatkan kawasan Puncak Alam.

Katanya, kejadian dalam satu malam itu menggunakan waktu malam secara keseluruhannya dan mereka terpaksa bekerja dari selepas Isyak sehingga Subuh.

"Penggambaran untuk filem ini dibuat pada tahun lalu, selepas Hari Raya Aidilfitri. Ia mengisahkan mengenai seorang pelajar, Azizi, yang terpaksa menggunakan jalan sunyi itu untuk balik ke rumah setelah menyiapkan tugasan di kampus berkenaan.

"Namun, dalam perjalanan pulang, motosikal yang dinaiki telah kehabisan minyak dan terpaksa meminta pertolongan daripada rakan baiknya, Hanif. Dari situlah bermulanya insiden demi insiden di luar jangkaan mereka serta kejadian-kejadian pelik," jelas Dharma.

Katanya, sepanjang bekerjasama dengan pelakon, Nizam Zaidi dan Azwan Kombos, dia tidak menghadapi sebarang masalah kerana komitmen yang diberikan pelakon itu sangat baik.

"Walaupun mereka adalah di kalangan pelakon baharu, namun mereka tahu apa yang perlu mereka buat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menghayati watak.

"Sebelum ini, ada yang memberitahu bahawa sukar untuk bekerja dengan pelakon baharu, namun bagi saya, mereka sangat profesional dan memberikan hasil kerja yang memuaskan.

"Hampir keseluruhan filem ini hanya melibatkan dua pelakon ini sahaja dan sebelum memulakan penggambaran, kami telah pergi ke lokasi terlebih dahulu untuk meninjau tempat-tempat yang bakal digunakan," katanya lagi.


Harap dapat sambutan

Walaupun sebelum ini Dharma pernah diberi kepercayaan untuk mengarah filem genre sama, Ia Wujud, namun cabaran dari beberapa aspek tetap ada.

Katanya, selain daripada kekangan bajet, dia juga berdepan dengan cabaran dari segi masa yang diperuntukkan iaitu selama seminggu.

"Menyedari industri kini tidak terlalu kukuh dalam memberi jaminan di panggung, pihak produksi perlu mengehadkan peruntukan bajet.

"Dengan bajet yang ada, saya perlu menjadikan filem ini antara karya yang berkualiti agar tidak disamakan dengan filem pendek semata-mata.

"Dari segi masa pula, seminggu itu bukanlah satu waktu yang lama kerana dalam waktu itu, kami terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Sekiranya hujan, kita terpaksa menghentikan dahulu kerja-kerja penggambaran.

"Namun, Alhamdulillah, dengan semangat dan bantuan daripada kru produksi, filem ini berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Saya berharap agar ianya berjaya menarik minat penonton untuk melangkah ke pawagam," katanya.

Mengharapkan sambutan yang menggalakkan daripada penonton, Dharma memberitahu bahawa filem ini adalah lebih kepada pengalaman yang dikongsi bersama orang yang pernah mengalami kejadian pelik di situ.

"Setiap tempat itu ada misterinya kerana imaginasi itu adalah sesuatu yang subjektif. Cuma dalam filem ini, ianya melibatkan jalan berkenaan setelah merujuk kepada beberapa kisah yang dikongsikan bersama," jelasnya lagi.

Thursday, January 23, 2014

Ayam Bakar Mas Mono, Seksyen 7, Shah Alam

Assalammualaikum...

Lama dah tak post pasal makanan kan... Jadinya dengan rasa tak bersalah serba-salah, Mrs. Yan nak share ada satu kedai makan namo ea Ayam Bakar Mas Mono. Dia lebih kurang ayam penyet la... memang ada menu ayam penyet pun... Tapi semua pakat-pakat amik ayam bakar je... Kekekeke...


Menu (Nampak tak seni yang sangat halus tok angle amik gamba ni)

Suasana dalam meeting room... Ada perbincangan hangat nieh... Hahahahaha... 

Setelah habis perbincangan yang hangat, sampai tahap tak tau nak borak apa dah, Sampai perut pun sebok nak join borak skali, akhirnya makanan pun sampai... Cer korang perati air tuh da sampai takat mana...


Mrs. Yan g dengan officemate Mr. Aid. Semua pun tak penah g... Ni semua sebab terpengaruh tengok JJCM. Baguih tau derang nieh... Malam tuh kitorang amik air yang bervariasi (malas nak ingat tak ingat air apa), tapi semua pakat-pakat order ayam bakar, pastuh order 3 set pisang goreng coklat.


So far ayam bakar dia sedap je. Kategori sedap lah sebab sambal dia pun best, pastuh tauhu ngan tempe dia pun takdela rasa kosong je. Derang p lumur skali perapan ayam kat situ kot. Pisang goreng coklat dia bese je sebab pisang. Sebab pisang dia je korang... Seyesss... Cer tukar takyah pakai pisang ape ntah nama dia. Rasa kelat-kelat cket. Pakai pisang emas pun ok kot (Cara macam pandai masak... Nama pisang pun tak tau... Wahahahaha...) dengan cheese dia kot macam terlebey masin. Kalo tau amik je cket cheese tuh makan dengan ayam. Pastuh servis derang macam lambat cket. Kebetulan kawan Mrs. Yan g lepas hari ktorang g sana, dia kata pun servis lambat. Naseb bek masak sedap kan... Huhuhu... Derang kata ni branch pertama kat Malaysia. Femes la kot kat Indon ye dak... Tetibe terliur nak makan ayam bakar... 
Lastly, ktorang ada special menu tau... Cer scroll ke bawah... Hahahahaha...





















Baby golek special... Dia paling excited skali nak pilih menu... Hahahaha... Omeyyyy angat.. Dah la Omeyyy, dumuk lak tuh... (Menu ni untuk ktorang je tau... Korang jangan gatai mintak baby golek lak... Takut ada yang merasa tido lokap je...)



Kalo korang nak g, korang boleh cari alamat ni okkaip...

Ayam Bakar Mas Mono Malaysia
No 17 & 19 Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7,
4000, Shah Alam Malaysia

Email:
info@ayambakar.my

Website: http://ayambakar.my/



Waktu bukak Mrs. Yan tak pasti la pulak pastu tadi tengok website dia takde no telefon... Bagi yang pencinta fesyen, mesti tau lokasi Seksyen 7 ni kat mana sebab kat sini ada Wisma Jakel, ada stokis tok baju-baju online, ada jual tudung mahal-mahal tuh. Kalo korang tak tau, korang g cari jalan menghala ke I-City mahal tuh. Kalo nak lagi senang p google map ea... Enset canggih kan... :)



*Update :
Mrs. Yan ada tanya kawan-kawan Mrs. Yan sape yang ada try pisang goreng cheese tu... Macam mane rasa... ok tak... Derang kata ok... Baru-baru ni pun kawan Mrs. Yan kata ok... Mrs. Yan tak berkesempatan lagi nak repeat kat sana... Tak sabar gak nak g lagi skali :)



*Update :

Hapdate yang keseratus lima puluh kali pada 29 September 2014... Hikhikhik... Nak tunjuk je mcm mana ghuper pisang cheese yang  Mrs. Yan dapat. Rasa dia memang macam yang 1st Mrs. Yan rasa dulu. Dia masam-masam. Ada setengah orang yang suka macam tuh. Disebabkan cheese yang melimpah ruah membuatkan Mrs. Yan tergoda dengan pisang cheese tersebut. Huhuhuhu...


 Pisang Cheese


 Hidoep adalah perjoeangan

 

-Thanks for reading-




Sunday, February 5, 2012

GERBANG GHAIB DI SHAH ALAM?

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu.Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu.
Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Asal-usul
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.
Hubungan dengan manusia
Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.
Pemakaian Bunian Wanita
Di Malaysia,berbeza dengan bunian lelaki yang mempunyai pakaian yang pelbagai, bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh.
Di sekitar benua Eropah pula, bunian wanita sering dilihat berpakaian gaun tertutup bewarna putih atau warna lusuh dengan mahkota yang diperbuat dari ranting kayu yang melilit dan terdapat bunga-bunga kecil pada ranting tersebut.

Sedikit gambar yang berjaya diambil oleh Kru Pengembaraan Alam Ghaib mendapati sebuah pintu alam bunian bersebelahan dengan pohon buluh disebuah taman rekreasi yang tidak lagi dikunjungi oleh orang ramai.

Gambar pintu gerbang ghaib yang berjaya dirakam oleh crew PAGparanormal

Gambar Belangkas