Showing posts with label PAGparanormal. Show all posts
Showing posts with label PAGparanormal. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

KAJIAN TERBARU BERSAMA WUJUD PARANORMAL TEAM DI N. SEMBILAN


Kajian terbaru PAGparanormal bersama Wujud Paranormal Team di sebuah daerah di N. Sembilan.


Lokasi (rumah lama) yang di katakan mempunyai "penjaganya" dan cerita-cerita orang setempat yang menyatakan ada melihat kelibat-kelibat atau lintasan entiti mahluk halus di rumah terbabit.Jadi kru PAG dan WPT terpanggil untuk menyiasat kejadian paranormal yang didakwa berlaku disitu.

Tujuan kami kesana bukanlah untuk membuktikan kebenaran cerita seram atau hantu semata-mata.Kami kesana adalah tujuan untuk membuktikan kesahihan dan kebenaran mengenai entiti yang diceritakan oleh orang ramai.


TONTON SEKARANG!!

Sunday, September 28, 2014

SESI RAKAMAN BERSAMA "PUAKA X" (Promo PUAKA BALAI GOMBAK)




Jutaan Terima Kasih kepada Syaiful Seekers kerana menawarkan Joint Task bersama WPT & Puaka X . Tidak lupa kepada ShowBiz anak syarikat KRU Studio & semua crew produksi seekers yang membantu menjayakan rakaman kajian paranormal Joint Task yang terbesar di Malaysia . Semalam memang penat , pertama kali berada di scene hampir 12 jam . Dpt lihat cara produksi setup , belajar brckp & berinteraksi depan camera.

Apa yg pasti , Puaka X adalah seperti org biasa . Tidak terlalu berani .


PAGparanormal Go Pro - Chapter #1

PAGparanormal Go Pro - Chapter #2

PAGparanormal Go Pro - Chapter #3

PAGparanormal Go Pro - Chapter #4

Friday, January 17, 2014

Penghargaan kepada Krew PAGparanormal

Sesi penyampaian cenderahati ihklas dari 3AJ Studios kepada krew PAGparanormal di bilik penginapan krew di Grand Bluewave Johor Bahru.Cenderahati disampaikan oleh founder PAGparanormal En. Az PAG tanda penghargaan kepada krew yang masih terus bersama dan tidak putus-putus menjadi tulang belakang kepada kejayaan PAG selama 5 tahun ini.Tidak dilupa juga penyerahan baju baru PAGparanormal kepada krew PAG Selatan (JB) En. Yusz.

Sedikit gambar..







Monday, January 6, 2014

Beg Gadget Khas PAGparanormal 2014

Pertama sekali syukur alhamdulillah kepada ilahi kerana tahun ini kami telah terima satu produk dari sebuah syarikat import eksport yang menghadiahkan sebuah beg khas untuk gadget-gadget PAGparanormal.Nama tauke kedai tersebut Low Boon Teck dan syarikatnya L&W Trading Sdn Bhd.Terima kasih daun keladi..

Mudah di bawa kemana sahaja..

Thursday, December 19, 2013

PAGparanormal Season 2014 (coming soon).

Season 2013 bakal berakhir dan muncul pula tahun baru 2014.Adakah PAGparanormal masih lagi mempunyai misi & visi yang sama untuk meneruskan perjuangannya sebagai pengkaji paranormal??Season lepas iaitu bagi tahun 2013 menyaksikan momentum kajian PAGparanormal agak perlahan dengan hanya 4 video kajian sahaja di upload ke channel youtube mereka.Tidak seperti tahun-tahun yang lepas.Boleh dilihat juga kerjasama PAGparanormal Film & Documentary bersama 3AJ Studios & Entertainment membolehkan video-video PAGparanormal di rakam dan di edit dengan baik untuk keselesaan tontonan umum.Dengar khabar bagi season 2014 ini founder PAG iaitu En. Azree aka Az PAG ingin melakukan sedikit perubahan dari segi tema,penggambaran dan cara kajian yang dilakukan.

Warna tema terbaru PAGparanormal yang bakal kita lihat pada season akan datang. 

Mengapa warna ini dipilih untuk season akan datang?Az PAG berkata terlalu ramai yang menggunakan tema yang sama (merah) dan itu boleh membuatkan orang terkeliru dan menyatakan bahawa PAG sentiasa melakukan perubahan (up to date) demi memenuhi kepuasan para peminat Paranormal Malaysia.Az PAG juga sempat berseloroh menceritakan yang ada juga pihak yang suka `mengadaptasikan` style PAG seolah olah PAG ini mcm `artis terkenal` sambil tertawa..Sedangkan apa yang kami lakukan ini adalah sekadar minat (hobi) dan diterjemahkan kepada masyarakat melalui video-video di youtube,laman sosial facebook dan blog.Kepada fan PAGparanormal..nantikan baju edisi khas (limited edition) season 2014.Jutaan terima kasih kepada semua krew (AJ, Dr. Scan, Ron Asraff, Mirol, Yuyie dan Yusz) yang sentiasa bertungkus lumus menaikkan nama PAG - Az PAG (Founder PAGparanormal aka Pengembaraan Alam Ghaib).


  PAGparanormal 2009 - 2013

Wednesday, October 16, 2013

DARK TOUR PAG BERSAMA BLOGGER

Buat julung kali PAGparanormal telah membuka kepada orang luar untuk merasai sebagai seorang penyiasat paranormal dengan mempelajari penggunaan gadget-gadget paranormal secara PERCUMA bersama Krew PAGparanormal.Yang terpilih akan dibawa ke setiap lokasi yang pernah kami pergi.Pada malam itu juga salah seorang dari pemerhati ingin menguji diri dengan memberanikan diri duduk berseorangan di dalam rumah terbabit.

Sedikit Gambar Di Lokasi..

Update status melalui laman social Facebook ketika program Dark Tour dijalankan.



Video Trailer Dark Tour bersama PAGparanormal Episod ~ 1



HAK CIPTA
P A R A N O R M A L   M A L A Y S I A 

Sunday, January 29, 2012

Rakaman sejarah permulaan PAG hingga kini..

Bermulanya langkah PAG.. Rakaman Season 1 secara amatur.
By 3AJ STUDIOS & ENTERTAINMENT - (SEMUA RAKAMAN AUDIO DAN VISUAL ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA!)

Rakaman pertama ini dengan hanya menggunakan kamera jenis kompak,kami dapat merakamkan satu suara berbisik ketika kru PAG sedang kepenatan mendaki.





Episod ini ketika kami berada di Kampung Juaseh N9.Rumah pusaka yang dikatakan pernah dilihat kelibat perempuan berambut panjang berbaju putih yang berkeliaran mengelilingi rumah terbabit dan ghaib oleh penduduk setempat.Kru tidak berkesempatan untuk membuat kajian pada waktu malam diatas gangguan teknikal. 



Episod 3 ini kru PAG dapat merakam kelibat POCONG sedang melompat di bahagian sisi cermin kereta kru.Kami percaya dengan mata kasar manusia tidak mampu melihat entiti ghaib yang ada disekeliling kita tetapi ia dapat dirakamkan melalui cermin mahupun alat-alat elektronik paranormal.



Kisah ruangan pejabat kosong ini pernah menjadi bualan mulut para staf `cleaner`.Mereka pernah ternampak beberapa kelibat,bunyi tapak kaki orang berjalan,suara kanak-kanak sedang bergurau dan teguran.Dalam episod ini juga Kru PAG dapat merakamkan suara budak ketika kru sedang menunggu lif. 



Dahulunya hutan lipur ini amat dikenali dengan kisah-kisah seramnya.Ada yang menyatakan ia tempat buangnya jin-jin yang jahat.Dengan itu kru PAG cuba merungkai apakah yang tersirat disebalik kisah-kisah mistik itu.adakah ianya benar atau sebaliknya.



Bengkel - Kru PAG terpanggil untuk menyiasat kawasan bengkel yang dikatakan telah terkena gangguan mahluk halus.Setelah diteliti,kru PAG terpandang dibahagian atas bangunan terbabit.Mungkinkah itu penyebabnya??Jom saksikan video ini..episod yang benar-benar mencabar ketika seorang kru PAG disentap kebelakang.



Rumah pusaka - Salah seorang Fan Page FB menjemput PAG ke salah sebuah rumah di pinggir bandar yang telah lama ditinggalkan.Kisah rumah yang bersaka HARIMAU terbabit yang disajikan kepada kami membuatkan kami benar2 teruja untuk membuat kajian.Dalam rakaman ini kru PAG dapat merakamkan suara dengusan yang kuat di sekitar rumah tersebut dan didengari oleh semua kru.Kejadian aneh juga berlaku apabila kesemua bateri habis dlm beberapa minit.



Jelajah selatan tanah air kru PAG-KL & PAG-JB berkesempatan untuk membuat rakaman di sebuah banglo.Ada juga yang menyatakan banglo tersebut adalah Villa Nabila yang penuh misteri.Tanpa kesahihan yang benar dan tepat,kru PAG hanya menggelarnya sebagai Misteri Villa Pohon Ara oleh kerana villa tersebut telah ditutupi sepenuhnya dengan akar-akar pohon ara.PAG memohon maaf diatas visual yang kurang memuaskan akibat kerosakkan infra merah.



Episod terakhir penutup bagi season 1,PAG-KL bersama kru PAG-JB pergi ke sebuah kuaters lama yang dikisahkan tidak dapat diruntuhkan.Pelbagai pihak dan kontraktor telah dilantik untuk meratakan kawasan terbabit namun gagal.Kawasan terbabit dahulunya kawasan kubur askar Jepun.



Melangkah lebih jauh dengan Season 2.Episod pertama ini benar-benar mengejutkan para kru
kerana kami meninggalkan kru-kru keseorangan disetiap `hot spot` yang dipilih.Berlaku satu kejadian yang mengejutkan apabila seorang kru telah diganggu oleh mahluk yang kurang senang dengan kehadiran kami.Jom saksikan video ini..



PAG bersama Rahmat Mohktar (EXPAR) & Mazidul Akmal Sidik (666) ketika membuat tinjauan di Highland Tower.



Tinjauan kedua bersama Mazidul Akmal Sidik & Ntv 7 membuat liputan tentang fenomena paranormal di Highland Tower.



Episod 3 sejarah Hospital Lady Templer di Cheras..Kajian dilakukan bersama Kru 666 dan Expar banyak membantu.Video rakaman penuh tidak dapat disiarkan akibat kesilapan teknikal di Youtube.  



Penjara Pudu episod khas yang mendapat sambutan hangat dan top rating didalam PAG Channel.



Episod XPDC bersama Kru 666 ke Ulu Bendul dan Bukit Putus N9.



Kajian bersama Kru 666 di sebuah lokasi yang dikatakan selalu berlakunya fenomena Histeria.



Kru PAG bersama kru 666 kembali semula ke Kuaters puncak bukit episod pertama season 1 yang telah merakam suara ghaib.Beberapa gambar entiti statik dapat dirakamkan dilokasi terbabit.



Episod ini memaparkan PAG bersama 666 ke satu lokasi rahsia..

Gambar Belangkas