Showing posts with label SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label SARAWAK. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

EMPAT BULAN BURU HAIWAN ANEH INI..AKHIRNYA JUMPA JUA


Selepas empat bulan diburu, beruang matahari yang ditemui pekerja ladang sawit dalam keadaan kekurangan zat berjaya diselamatkan semalam.

Beruang matahari atau nama saintifiknya ‘Helarctos Malayanus’ diselamatkan pekerja selepas terserempak haiwan berkenaan di ladang sawit berdekatan Jalan Bintangor-Sibu, di Sibu, dekat sini, sekitar jam 9 pagi.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, sekumpulan pekerja ladang terjumpa haiwan itu ketika mahu memulakan kerja di ladang berkenaan.

“Disebabkan keadaan kesihatan beruang matahari semakin menurun, pekerja ladang menangkap haiwan itu sebelum menghubungi SFC.

“Susulan itu, SFC menghantar wakil ke Sibu dan beruang matahari terbabit dibawa pulang dan akan ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini.

“Sebaik tiba, kami akan menjalankan pemeriksaan ke atas haiwan untuk mengenal pasti punca penyakit dan memberi rawatan sebaik mungkin,” katanya.

Sebelum ini, SFC mengesahkan haiwan misteri ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, 28 Januari lalu, adalah beruang matahari.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari.

Haiwan terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

Pasukan SFC berusaha menyelamatkan haiwan, namun mereka dilaporkan tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagian kawasan itu masih ditenggelami air akibat banjir.

Gambar Belangkas