Showing posts with label Cara Nabi buka puasa. Show all posts
Showing posts with label Cara Nabi buka puasa. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Cara Nabi buka puasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PEDOMAN

Nabi SAW berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Dalam hadith daripada Anas katanya:

إنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ.

Ertinya:

"Bahawa Rasulullah berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka baginda minum beberapa teguk air".

(Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan).

Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada maka tamar dan jika tiada maka air.



lagi di miskani.blogspot.com



tags: cara nabi buka puasa

Gambar Belangkas