Showing posts with label PUAKA. Show all posts
Showing posts with label PUAKA. Show all posts

Sunday, June 7, 2015

MALIM GUNUNG PERCAYA ITU SUMPAHAN PENUNGGU GUNUNG KINABALU


RANAU 6 Jun - Kejadian gempa bumi khususnya di Gunung Kinabalu yang mengorbankan beberapa nyawa dikatakan sebagai sumpahan si penunggu gunung.


Dalam kalangan malim gunung, mereka percaya sumpahan itu memuncak ekoran tindakan biadab sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel di puncak gunung itu pada 31 Mei lalu.

Bagi mereka terutama penduduk setempat, Gunung Kinabalu merupakan kawasan suci yang menjadi tempat persemadian roh nenek moyang kaum Kadazandusun dan tidak boleh dicemari perbuatan tidak senonoh.

Seorang malim gunung, Suhaikan Guhai, 35, memberitahu, semangat gunung merupakan perkara utama dalam masyarakat Kadazandusun memandangkan mereka percaya kepada maksud Kinabalu itu sendiri.

Jelasnya, Kinabalu adalah pecahan perkataan ‘Aki Nabalu’ iaitu ‘Aki’ bermaksud nenek moyang dan ‘Nabalu’ pula bermaksud gunung.

“Jangan kau (kamu) sesekali buat tidak senonoh di gunung ini. Ini tempat suci,” katanya yang ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.Semalam, gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter menggegarkan bumi Sabah.

Gegaran paling teruk dirasai di Gunung Kinabalu dengan laluan utama pendakian musnah akibat runtuhan batu-batu besar.

Suhaikan percaya, setiap perbuatan tidak senonoh di puncak Kinabalu akan mengundang marah si penunggu gunung yang menjaga kesucian gunung itu.

Kenyataan beliau itu disokong seorang lagi malim gunung, Junaidi Sihan, 37, yang sentiasa menekankan sikap hormat-menghormati kepada pendaki sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu.

“Jangan cakap besar, jangan petik tumbuhan, jangan ambil batu gunung. Tetapi kalau sudah sampai berani berbogel, ini telah melanggar kesucian gunung, telah langgar pantang larang.

“Saya beragama Islam tetapi sentiasa diingatkan amalan menghormati persekitaran Gunung Kinabalu,” katanya.

Friday, February 13, 2015

KOMPUTER RIBA PUAKA "APPLE MACBOOK" JADI REBUTAN!!


Amerika Syarikat: Sebuah komputer riba Apple MacBook yang didakwa dikuasai makhluk halus kini menjadi rebutan di Internet.Ia ditawar untuk dijual menerusi eBay oleh seorang lelaki di sini.


Sekurang-kurangnya 130 bidaan diterima dan ia membantu meningkatkan harga komputer itu kepada AS$3,000 (RM10,800). Tawaran itu akan ditutup Ahad depan.

Lelaki berkenaan mendakwa komputer itu mula dirasuk selepas dia secara tidak sengaja meninggalkannya di sebuah tanah perkuburan berhampiran sebuah hospital sakit jiwa.

Menurutnya, dia melakar batu nisan dan menggunakan komputer itu untuk memainkan muzik bagi menemaninya ketika berada di tanah perkuburan itu, tetapi terlupa untuk membawanya pulang.

“Kejadian pelik mula berlaku apabila saya kembali ke tanah perkuburan itu untuk mengambilnya. Semua lagu dalam iTune bertukar menjadi muzik yang menakutkan. Latar belakang komputer itu berubah menjadi gambar menyeramkan.

“Saya pernah melihat komputer itu terangkat sendiri. Ada beberapa kejadian menunjukkan skrin dan papan kekunci buka dan tutup seolah-olah mahu bercakap,” kata lelaki itu yang hanya menamakan dirinya Wfatzinger.Dia juga berkata, komputer itu berkomunikasi dengan menulis mesej dari kubur.

“Ia akan mengambil pen antara papan kekunci dan skrin dan menulis pada kertas di pejabat saya. Saya yakin makhluk halus yang menguasai komputer saya hidup sebelum era komputer kerana ia kelihatan tidak tahu menggunakan komputer itu yang kini menjadi tempat tinggalnya,” kata Wfatzinger.Katanya, dia cuba mengusir makluk itu daripada komputer riba model 2007 itu tetapi tidak berjaya.

Monday, November 17, 2014

PUAKA JAM RM79 JUTA

SYEIKH Saud (kiri) meninggal dunia dua hari sebelum jam termahal di dunia itu dilelong.


UK: Jam tangan eksklusif ini terkenal sebagai yang paling mahal di dunia, tetapi dikatakan membawa nasib malang dan berpuaka kepada pemiliknya.

Sheikh Saud bin Mohammed Al-Thani pemilik jam paling mahal bernilai £15 juta (RM79 juta), meninggal dunia secara mengejut di kediamannya minggu lalu.

Bilionair berusia 48 tahun itu yang terkenal sebagai pengumpul hasil seni terbesar di dunia, ingin menjual jam itu dan bersedia untuk melelongnya.

Namun, dia meninggal dunia akibat serangan jantung dua hari sebelum jam itu dilelong.

Jam tangan yang dihasilkan oleh Patek Phillipe pada 1933 sering dikatakan membawa malang kepada pemiliknya.

Friday, January 13, 2012

BALAI POLIS LAMA GOMBAK

Episod 1 tirai pembukaan bagi tahun 2012 bersama 6 kru Az PAG,AJ,Ash,Atoi,Mirol,Yusri dan seorang rakan jemputan dari fan page FB kami yang bernama Ron pergi ke sebuah lokasi yang agak terkenal dengan kisah mistik dan bualan mulut orang tempatan.Ada juga yang memberi pandangan bahawa tempat itu telah di `xplore` oleh banyak team paranormal.

Setelah berbincang,kami memutuskan untuk membuat kajian disana.Kes paranormal ini banyak berhubung kait dengan `rezki`.Kalau ada rezki kita,adalah.Ianya tidak sesekali untuk mematahkan semangat kru-kru PAG untuk terus membuat kajian dan berkongsi dengan orang ramai tentang kejadian dan kewujudan entiti paranormal ini.

Pada mulanya kami tidak bersetuju untuk ke lokasi tersebut atas faktor keselamatan kru.Kru `peninjau` AJ telah pergi ke lokasi itu pada akhir tahun 2011 untuk melihat sendiri kesesuaian bagi kru PAG membuat kajian.

Dalam pada masa itu juga AJ sempat berjumpa dan bertanya dengan penduduk kampung orang asli tempatan tentang kisah tempat itu,dan majoriti menyatakan bahawa tempat itu sangat merbahaya untuk orang luar kerana ia terletak jauh dari penempatan dan terletak betul-betul ditengah hutan.

Ada juga yang menyatakan ada warga asing yang hilang dikawasan itu dan paling menakutkan kehadiran `pak belang` dan babi hutan yang gemar berkeliaran pada waktu malam.Setelah kru PAG membuat keputusan bersama,kami menyediakan kesemua peralatan dan terus ke kawasan terbabit pada tepat jam 12 malam 14 Jan 2012.

 Sedikit gambar di lokasi..
Pintu masuk telah ditutup dangan kayu untuk ke kawasan balai Polis lama Gombak


Selepas melepasi pintu masuk,pokok besar misteri di sebelah kiri menjadikan bulu tengkuk anda naik menegak.Ada pihak yang memberi maklumat bahawa pontianak dan langsuir ada muncul dan menjelma di pokok besar ini. 

AJ berseorangan ketika membuat tinjauan dan dia menyatakan pada masa itu angin kuat bertiup membuai buai pohon pohon di sekeliling sehinggakan langkah AJ terhenti seketika.

Namun AJ tidak dapat meneruskan perjalanan untuk mengambil gambar dengan lebih dekat lagi bimbang akan keselamatan diri.

Tepat jam 12 malam 14 Jan 2012..kami PAG ti ba di lokasi..

Atoi (hadapan) sedang menggunakan EVP gabungan Parabolic dan sedang diperhatikan oleh Mirol (belakang)

Gambar dalam bangunan terbabit yang telah di conteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pintu masuk hadapan.

Keadaan bumbung bilik kecil di belakang balai.

Bentuk tingkap rumah lama yang terbuka luas dan agak menyeramkan.

Az PAG sedang mencatit segala kajian yang kami buat pada malam terbabit untuk di failkan dalam arkib PAG.

Lorong ke tandas di belakang rumah yang menakutkan.

Mirol diberikan tugas untuk meneliti tenaga yang ada di sekeliling dengan menggunakan EMF.

Az PAG (kiri) Atoi PAG (tengah) Ash PAG (kanan) sentiasa bersama dan akrab sejak kecil lagi.

Alat yang digunakan untuk berhubung dan melihat melalui kegelapan.

CCTV Infra Merah (1) di letakkan di hot spot.

CCTV Infra Merah (2) di sudut yang berlainan.

Sony Still Motion Sensor dapat merakam kemunculan kelibat lembaga hitam.

Inilah dia bukti yang mensahihkan lagi bukti tentang kehadiran entiti paranormal berbentuk kelibat atau bayang.

Kelibat itu mula menghilang dari pandangan.


Sunday, July 31, 2011

BAPA BUSUT PUAKA ZAMAN MELAYU DENGKIL DI PUTRAJAYA?

Kami pernah mendapat cadangan dan panggilan dari beberapa individu yang mahu kami ke sebuah lokasi yang mempunyai ceritanya tersendiri.Ramai juga yang memparkatakan mengenai sebuah busut yang besar ini tidak boleh diruntuhkan kerana ianya berpuaka.Ada juga pihak yang mendakwa ada seekor ular besar yang ghaib melingkari busut itu.Ada juga pihak yang mengaitkan tapak bukit yang berhampiran busut itu adalah tapak perkampungan Melayu Dengkil lama yang mempunyai penjaganya.








Inilah busut yang dikatakan..




Gambar kedudukan Abang Mazidul ini agak aneh sedikit... kelihatan 3 benda putih yang sedang berjalan di tepi kaki jalan sebelah kanan gambar... sedangkan ketika itu kesemua krew berada berhampiran dengan Abang Mazidul.


semacam bau bunga ini... (jangan tegur) kata Mazidul...

Gambar Belangkas