Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, September 3, 2015

GEMPAR!!!! Video Khairul Fahmi Mengamuk Teruk Setelah Dibelasah 10 - 0. Marah betul?!! Gila lah!!!


Ini Reaksi Khairul Fahmi Che Mat Setelah Dibelasah 10 - 0 





Pasukan Malaysia dikejutkan dengan berita kekalahan terbesar dalam sejarah apabila tewas 10 - 0 kepada UAE.

Rata-rata kecewa dengan keputusan tersebut dan pasukan bola sepak menjadi bahan kritikan orang ramai termasuk FAM dan juga jurulatih Dollah Salleh.

Malaysia bermual lemah apabila ketinggalan 7-0 di separuh masa pertama. Khairul Fahmi Che Mat pula telah ditukarkan kepada Zamir pada minit ke 28 setelah beraksi hambar.

Reaksi Apek juga telah dirakam kamera yang jelas mengamuk dengan kekalahan ini.

Lihat minit ke 4:0



Sunday, May 17, 2015

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2015




Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 nanti. Saya berharap para penyokong dari Kelantan dapat menjaga solat ketika disana, tatasusila sebagai anak Kelantan dan adab ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Pihak Kerajaan Negeri dengan ini mengisytiharkan tarikh 24 Mei 2015 iaitu hari ahad sebagai hari cuti peristiwa di Negeri Kelantan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selesa dan tidak tergesa-gesa. Jaga keselamatan dijalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang.

Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa ruh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral. Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah.

Pasukan Bola Sepak Kelate Boleh!

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 29 REJAB 1436 / 18 MEI 2015

Amutu Iwuji Gomo Budu



Patut la gagah semacam je semalam. Kena budu dah!

Semoga pasukan kelantan berjaya dalam final piala fa nanti.

Monday, March 23, 2015

Perubahan Pengurusan Jurulatih Kelantan

Selepas berunding dan berbincang dgn semua pihak terbabit PENGURUSAN KAFA berpuas hati bahawa sedikit pengubahsuaian tugas perlu di segerakan demi mempastikan kesiapsiagaan TRW berada pada tahap terbaik sebelum menjelangnya bulan April yg cukup mencabar.

SUSUNAN BARU ADALAH SPT BERIKUT:

George Boeteng:Sbg Senior Headcoach cum Technical Director bertanggongjawab terhadap Advisory,Training n Devt of coaching staff at all levels serta membentuk long term devt plan KAFA

Hashim Mustafa:Asst Tech Director cum Chief Scout &Research

Nafuzi Zain:Headcoach President Cup

MOHAMED AZRAII KHOR ABDULLAH SEBAGAI HEADCOACH TRW DI BANTU OLEH ZAHASMI ISMAIL DAN MOHAMAD SIDEK..

Semua berkuatkuasa 25/3/15..

HARAP MAKLUM

Saturday, March 7, 2015

MB Kelantan Imamkan Pemain Bola



Alhamdulillah. Islam tak haramkan kita bersukan asalkan kita tak lupa pada Allah.

Wednesday, February 11, 2015

Pengulas sukan Hasbullah Awang meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pengulas sukan  negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Saturday, February 7, 2015

Keputusan Liga Super 2015

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan perlawanan Liga Super 2015, malam ini.

- LIONS XII... 5 PDRM... 3
Gol: LX - Gabriel Quak (m20) Faris Ramli (m44) Izzdin Shafiq (m47) Hafiz Sujad (m55) Sahil Suhaimi (m66) - PDRM - Dramane Traore (m68/79/88)

- FELDA UNITED... 3 SARAWAK... 3

Gol: FU - Bojan Miladinovic (m35) Makechr Dumba (m46), Edward Junior Wilson (m84) SRW - Billy Mehmet (m11) Mohd Hairol Mokhtar (m76) Mohd Shahrol Saperi (m87)

- TERENGGANU... 2 SELANGOR... 0

Gol: TG - Ismail Faruqi (m38) Gustavo Lopez (m73)

- ATM... 0 KELANTAN... 2

Gol: Mohd Noor Hazrul Mustafa (m12) Erwin Carrillo (m61)

- PERAK... 2 SIME DARBY... 0

Gol: Muhd Nurridzuan Abu Hassan (m28) Namkung Woong (m84)

Sunday, February 1, 2015

Datuk Nicol David Catat Rekod Baru Dunia


PARIS: Ratu skuasy negara Nicol David telah mencatatkan namanya selaku pemegang rekod baru dunia untuk mendahului kedudukan senarai apabila dia telah berjaya mempertahankan dirinya sebagai pemain no.1 WSA selama 106 bulan.

Pemain berusia 31 tahun Malaysia itu telah mempertahankan gelaran WSA itu sejak bulan Januari 2006 lagi dengan mengatasi rekod milik Susan Devoy dari New Zealand, iaitu 105 bulan pada Februari 1993 dan menjadi juara dunia empat kali.

Pencapaian Datuk Nicol adalah peristiwa terkini dalam kerjaya yang gilang-gemilangnya yang telah memenangi lapan kejuaraan Kejohanan Dunia, dua pingat emas Sukan Komenwel dan empat pingat  emas Sukan Asia.

"Menjadi nombor satu adalah sesuatu yang anda perlu untuk mendapatkan setiap hari,"

"Bagi saya, ia adalah benar-benar tentang bermain kejohanan. Semua yang lain adalah bonus. " katanya.


Susulan kejayaan Nicol David itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri najib Tun Razak telah mengucapkan tahniah dengan pencapaian hebat anak Malaysia itu melalui akaun Facebook miliknya.-Siakapkeli.com.my

Saturday, November 15, 2014

Roberto Mancini kembali jadi jurulatih Inter Milan

MILAN: Roberto Mancini kembali semula ke Inter Milan beberapa jam selepas pemecatan Walter Mazzarri berikutan keputusan hambar kelab itu.

Mancini sebelum ini pernah mengemudi Inter selama empat tahun.

Sepanjang bersama kelab itu, beliau membantu Inter memenangi Piala Itali dua kali dan meraih kejuaraan liga tiga musim berturut-turut.

"Kita mensasarkan untuk kembali sebagai salah sebuah kelab teratas di Eropah. Oleh itu, saya amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan semula Roberto Mancini.

"Rekod kejayaannya di Inter dan bersama beberapa kelab lain di samping pengalamannya di peringkat antarabangsa akan membantu kelab maju ke hadapan," kata Presiden Inter Milan, Erick Thohir dalam satu kenyataan.

Mancini akan diperkenalkan kepada media pada Sabtu sebelum turun melatih pasukannya.

"Ia satu cabaran yang cukup teruja, saya gembira untuk berada di sini semula. Jumpa anda esok," tulis Mancini di laman Twitternya.

Mancini akan diuji pada pertemuan Inter dengan musuh ketat, AC Milan pada 23 November ini.

Inter hanya menang dua daripada tujuh perlawanan liga dan jatuh ke tangga kesembilan dalam Liga Serie A. - mStar Online

Format kejohanan kapal layar Piala Monsun 2014 diubah

Format kejohanan kapal layar antarabangsa Piala Monsun akan diubah mulai tahun ini dengan peringkat pertama dikenali sebagai Piala Monsun Terengganu di Pulau Duyong, Terengganu dari 19 hingga 22 Nov ini.

Perlumbaan tersebut melibatkan pelayar utama dari Asia Pasifik memburu tempat ke kejohanan utama dikenali sebagai Piala Monsun Malaysia di Johor dari 10 hingga 14 Februari 2015.

Pemegang hak kejohanan, Innovatige Sdn. Bhd., dalam kenyataan hari ini, berkata Piala Monsun Malaysia akan menampilkan 12 pasukan termasuk juara Piala Monsun Terengganu dan pasukan baharu, 1Malaysia Match Racing.

Piala Monsun Malaysia merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT).

Pengerusi Innovatige, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim berkata pembentukan pasukan 1Malaysia Match Racing itu akan memberi pelayar tempatan peluang untuk bersaing dan mempelajari daripada pelayar bertaraf dunia khusus daripada rant au Asia Pasifik.

Malaysia sebagai satu-satunya destinasi jelajah dunia AWMRT, dua venue iaitu Terengganu dan Johor akan menambah tarikan kepada kejohanan ini, kata Tunku Jalil.

Menurutnya pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Perahu Layar Malaysia (MYA) dan kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan acara itu dianjurkan dengan jayanya.

Innovatige menandatangani perjanjian hak penganjuran Piala Monsun Malaysia pada April 2013 dengan pemegang francais AWMRT Alpari, Pro Match Tour Ltd.

Sebagai rekod, acara tahunan Piala Monsun diadakan di Pulau Duyong sejak 2005. - teganukita.my

Thursday, November 13, 2014

Luis Suarez mohon maaf isu gigit bahu Chiellini

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez akhirnya memohon maaf kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini minggu lalu.

Gara-gara kelakuan tersebut, Suarez digantung sembilan perlawanan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dia berjanji insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi.

"Sebenarnya kawan saya Giorgio Chiellini menderita secara fizikal selepas saya menggigitnya," jelas Suarez di laman Twitternya

"Saya sesungguhnya sangat menyesal. Saya minta maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak. 

"Saya berjanji kepada semua orang yang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi".

Sejurus selepas itu, Chiellini membalas tweet Suarez: "Semuanya sudah dilupakan. Saya harap FIFA akan mengurangkan denda kamu." 

Insiden ini merupakan yang ketiga oleh Suarez selepas menggigit pemain PSV Otman Bakkal (2010) dan pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic 2013.

Hukuman ini dijangka akan berakhir pada 1 November apabila Liverpool akan bertemu Newcastle pada aksi kelab Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) dilaporkan akan membuat rayuan terhadap hukuman Suarez ini.

Mereka mempunyai tempoh sehingga Ahad ini untuk menghantar rayuan tersebut kepada FIFA.




Pemain Man United dan Pasangan Derma £210,000 Untuk Unicef

BARISAN pemain dan pegawai Manchester United menyumbangkan sebanyak £210,000 untuk aktiviti amal sempena majlis makan malam Gala Unicef kali ke-15 pada Selasa.

Pada makan malam yang turut tertumpu di Madrid dan London itu, Louis van Gaal dan anak didiknya berkumpul di Old Trafford untuk mengumpul dan memberikan sumbangan mereka kepada organisasi kanak-kanak sedunia itu.

Pemain dan pegawai United yang hadir bersama pasangan masing-masing turut bergambar sebelum majlis dimulakan.

Turut hadir pada majlis yang dihoskan oleh penyampai sukan Mike Bushell itu ialah selebriti seperti Robin Windsor, Chris Bisson dan ahli kumpulan rock indie, The Enemy.

Satu aktiviti lelongan turut diadakan bagi mengumpul dana bagi membiayai usaha Unicef dalam melindungi kanak-kanak di seluruh dunia. - mStar Online

Angel Di Maria dan isteri, Jorgelina bersama pasangan Tyler Blackett dan teman wanitanya Naomi Thomas.

Phil Jones dan pasangan, Kaya Hall manakala Jonny Evans (kiri) bersama isterinya Helen.

Darren Fletcher dan isteri Haley (kiri) manakala kanan ialah Daley Blind dan temanya Candy Rae.

Radamel Falcao dan pasangan, Lorelei Taron manakala Robin van Persie bersama isteri Bouchra.

Sir Bobby Charlton dan isterinya Lady Norma (kiri) manakala kanan ialah pasangan Louis van Gaal dan isterinya Truss.

Andres Lindegaard hadir bersama isterinya Misse (kiri) dan Chris Smalling dengan temanya Sam Cooke.

Messi menyamai rekod 71 gol Raul dalam Liga Juara-Juara Eropah

AMSTERDAM: Lionel Messi menyamai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara-Juara yang dipegang pemain legenda Real Madrid, Raul Gonzales dengan 71 gol selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 Barcelona menentang Ajax awal pagi Khamis.

Pemain dari Argentina itu meletakkan Barca di depan, sembilan minit sebelum berakhirnya babak pertama dan kemudian menyamai rekod jumlah jaringan Raul, 15 minit sebelum tamat permainan, dalam penampilannya yang ke-90.

Messi kini mendahului pesaingnya dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan satu gol selepas dia gagal menyamai rekod Raul dalam perlawanan menentang Liverpool pada Selasa.

Kemenangan itu memastikan 16 tempat terakhir untuk Barca, tetapi kekal satu mata di belakang juara Perancis, Paris Saint-Germain dalam pertempuran untuk tempat pertama dalam Kumpulan F.

"Perkara yang paling penting adalah layak dan terus berjuang untuk matlamat kami iaitu menang peringkat kumpulan dan oleh itu kita perlu terus bersaing dengan PSG," kata Messi.

"Kami bermain menentang pasukan yang baik yang gemar menggerakkan bola dari sisi ke sisi dan ia adalah sukar bagi kami untuk memberi tekanan dan bermain dengan cara yang kami mahu, tetapi kami telah mengambil peluang."

Raul mengambil masa yang lebih lama berbanding Messi untuk mencipta rekod 71 gol yang dicipta melalui 142 permainan untuk Madrid dan Schalke.

Messi juga hampir menjadi menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah La Liga kerana dia hanya kekurangan satu gol untuk menyamai rekod 251 gol yang dipegang Telmo Zarra sejak tahun 1955.

'Pemain Terbaik Dunia of The Year' selama empat kali ini membuat penampilan pertama Liga Juara-Juara menentang Udinese pada tahun 2004 dan telah memenangi Liga Juara-Juara tiga kali dengan Barca pada 2005-2006, 2008-2009 dan 2010-2011. - mStar Online

Cristiano Ronaldo terima dua anugerah La Liga Sepanyol

PERMATA Real Madrid dan juga Portugal, Cristiano Ronaldo memberi penghormatan kepada legenda kelab Alfredo Di Stefano pada malam Isnin selepas dia dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak La Liga musim lalu.

"Sedih sekali kerana Don Alfredo Di Stefano tidak dapat berada bersama-sama kita pada malam ini untuk menganugerahkan piala ini kepada saya," kata Ronaldo dalam satu majlis gala yang berlangsung di Madrid.

Di Stefano meninggal dunia Julai lalu pada usia 88 tahun kerana serangan jantung.

Bekas penyerang yang berasal dari Argentina itu memainkan peranan utama pada era Madrid memenangi lima Piala Eropah berturut-turut dari 1956-60.

Dia kemudiannya dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah sebanyak dua kali iaitu pada 1957 dan 1959.

Pada tahun 2000, Di Stefano dinamakan presiden kehormat Real Madrid.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyifatkan Ronaldo sebagai pengganti semulajadi kepada Di Stefano.

"Saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan Di Stefano beraksi secara langsung tetapi sayaerbanyak telah menyaksikan hampir kesemua videonya, " ujar Ronaldo sambil menambah, "untuk dibandingkan dengannya adalah satu penghormatan yang istimewa."

Ronaldo menjaringkan 31 gol La Liga musim lalu yang menyaksikan Madrid berakhir di tempat ketiga di belakang Barcelona dan juara Atletico Madrid.

Musim ini sahaja, Ronaldo sudah pun menghasilkan 23 gol liga dari 17 perlawanan, sekali lagi meletakkannya sebagai calon penjaring terbanyak La Liga. Daripada jumlah tersebut, 18 gol dihasilkan menerusi perlawanan liga.

Dia juga diletakkan sebagai calon pilihan untuk anugerah pemain terbaik dunia anjuran Fifa. - mStar Online

David Moyes dilantik sebagai pengurus baru Real Sociedad

BEKAS pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes diumumkan sebagai pengurus baru kelab La Liga Real Sociedad selepas enam bulan menganggur.

Dia dipecat oleh United April lalu selepas gagal mengekalkan status kelab itu sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

United berakhir di tangga ketujuh liga musim lalu di bawah pimpinannya.

Pengumuman mengenai pelantikan Moyes, 51, sebagai pengurus Sociedad agak mengejutkan kerana kem Moyes menegaskan bahawa perincian mengenai kontrak lantikannya masih lagi dirundingkan.

Sociedad telah mengadakan rundingan dengan Moyes sejak seminggu yang lalu tetapi pengurus asal Scotland itu masih teragak-agak untuk menerima satu lagi bebanan besar memandangkan kedudukan Sociedad di tangga tercorot La Liga buat masa ini.

Dia dikatakan masih lagi belum 'pulih' sepenuhnya daripada pemecatan yang dilakukan oleh United April lalu.

Moyes juga menjadi tidak pasti selepas tawarannya kepada Phil Neville sebagai penolong pengurus di Sociedad ditolak oleh bekas pemain United itu.

Menurut akhbar Britain, The Daily Mail, Neville tidak mahu berpindah atas alasan kekeluargaan. Dia dilaporkan tidak bersedia untuk memindahkan keluarganya dari England ke Sepanyol.

Namun begitu Moyes telah dibawa melawat pusat latihan Real Sociedad, Jumaat lalu dan selepas itu dipercayai memberitahu Presiden Sociedad, Jokin Aperribay akan membuat keputusan muktamad menjelang hujung minggu.

Hanya musim lalu Sociedad layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah tetapi nasib mereka tidak begitu baik musim ini. - mStar Online

Lucas Podolski ugut mahu tinggalkan Arsenal Januari nanti

LUKAS PODOLSKI mengugut untuk meninggalkan Arsenal pada Januari ini jika dia tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama.

Berikutan itu, pemain kebangsaan Jerman terbabit akan bertemu Arsene Wenger untuk membincangkan mengenai masa depan bersama kelab tersebut.

"Saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain.

"Saya ingin bermain dan bergembira dalam dunia bola sepak. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada Januari ini.

"Saya akan berbincang dengan kelab dahulu, tetapi tiada tekanan setakat ini," jelasnya.

Podolski, 29, tidak pernah diturunkan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris selepas membantu Jerman menjuarai Piala Dunia, malah dia hanya tampil di bangku simpanan sebanyak empat kali sahaja.

Pemain yang menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu itu tampil buat pertama kali pada musim ini ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Southampton dalam saingan Piala Capital One. - mStar Online

Anak David Beckham, Brooklyn wakili skuad bawah 16 tahun Arsenal

BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.

Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.

Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.

Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham.

Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.

Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.

Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal.

David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy.

Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.

Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal.




Gambar Belangkas