Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

PENSYARAH TAK TIDUR MALAM KERANA GAMBAR POCONG?


Georgetown: Seorang pensyarah kolej swasta di Georgetown, di sini, tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, semalam.


Gambar yang diambil oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.

Mohd Zaidi Mahmud berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.

Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.

"Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Georgetown, di sini, semalam.

Sumber berkata, pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.

Menurutnya, rumah berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang tengah, selang dapur dan pelantar.

"Ada pasangan pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar," katanya.

Friday, May 29, 2015

AMAL AMALAN YANG PELIK-PELIK


Jitra: Seorang lelaki berusia 40-an bertindak di luar kawalan apabila membakar motosikal Modenas Kriss sehingga mengakibatkan rumah pusakanya di Kampung Padang Luar, Jalan Wang Tepus, di sini, turut dijilat api dalam kebakaran itu selepas mendakwa mendengar suara ghaib mengarahkannya melakukan perbuatan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam kelmarin, lelaki terbabit yang bekerja di pusat cuci kereta bertindak membakar kediaman itu bersama motosikalnya sebelum melarikan diri ke rumah jirannya yang tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari sepupunya, Mohd Tajuri Saidin, 49, yang baru pulang daripada kerja sejurus melihat api sedang marak dan terus menghubungi pihak bomba.

Mohd Tajuri berkata, dia yang melihat rumah pusaka berkenaan terbakar terkejut apabila dimaklumkan sepupunya bahawa dia yang membakar rumah itu.

“Akibat bimbang kejadian lebih teruk berlaku, saya kemudian menghubungi pihak bomba dan polis sebelum meminta bantuan orang kampung memadamkan kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Friday, March 20, 2015

PEKENA CENDOL & PASEMBOR DI STESEN BAS KULIM

Semalam cuaca amat panas, so saya dan suamipun pergi ke Pekan Kulim yang tidak jauh dari rumah mak untuk pekena cendol. Sebenarnya di sekitar rumah mertua saya ni ada banyak kedai makanan yang best-best tapi kebetulan semalam hari Jumaat di mana kebanyakan kedai2 tu tutup belaka. Menurut suami, kedai Famous Ali Cendol di stesen bas Kulim sentiasa buka setiap hari kecuali pada bulan puasa.
 
Kedai cendol ni dah beroperasi di stesen bas Kulim ini sejak suami saya kecil lagi. Setiap kali di sana, dia pasti akan pekena cendol di sini. Sehinggakan si Ali mamak tu kenal suami saya walaupun sekarang suami saya sudah besar dan dah lama tak ke sana. Memang penuh nostalgia tempat ni..!
 
Pasangan ideal - pasembor dan cendol
 
Ini bukan kali pertama saya makan cendol di sini. Harganya dalam RM2 untuk cendol pulut, dan RM1.60 untuk condol biasa. Rasanya sedap, walaupun bahan-bahannya simple. Rahsianya tentulah pada experience.. dah berpuluh-puluh tahun buat cendol!
 
Selain daripada cendol, kitorang juga pekena pasembor. Pasembor berharga RM3 sepinggan. Saya bukan penggemar pasembor, tapi Alhamdulillah saya yang habiskan pasembor yang dibeli. Hahaha..
 
Inilah gerai Ali Famous Cendol dan ABC di Stesen bas Kulim
 
Kalau korang berkesempatan ke sini, bolehlah merasa cendol si Ali ni..
 
Ibu mertuaku dan Dai'e Amir Asyraf ;-)
 

Sunday, January 12, 2014

PERCUTIAN KELUARGA DI TANJUNG DAWAI KEDAH

Keluarga mertua saya suka ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering, ikan masin, ikan bilis dan produk-produk perikanan yang dikeringkan. Produk-produk ini lebih segar dan lebih murah di sini. Kebanyakannya adalah hasil keluaran tempatan; iaitu dari penduduk Tanjung Dawai sendiri tau.

Antara ikan masin kering yang dijual di sini

Saya sudah beberapa kali ke sini, namun tak pernah terfikir untuk masukkan dalam blog ni. Tapi untuk trip kali ini, saya rasa agak berbaloi juga untuk dikongsi sebab tempat ini ada tarikannya tersendiri jika diteliti.

Lokasi Tanjung Dawai seperti yang diterangkan oleh Google Map & WIkipedia.

Keluarga mertua saya suka membeli di kompleks ini sebab banyak pilihan yang ada.

Sambil tunggu makcik Bad pilih-pilih ikan kering, budak-budak comel ni main belon buih yang juga dibeli di sini..

Makcik Bad sedang memilih-milih..

Selepas membeli, kami pon ke Jetty yang berada betul-betul di sebelah kompleks tu. Jalan kaki je dah sampai. Kami lepak-lepas je kat situ sambil layan blues (dan layan anak-anak main belon air).

Inilah jeti Tanjung Dawai

Pemandangan di jeti yang sejuk mata memandang

Ammar main belon air.. tapi belon tak menjadi sangat..

Tapi bila abah take over tiup belon, barulah meriah belonnya keluar. Seronok anak-anak berlari ke sana ke mari mengejar belon yang berterbangan..

Mak Long Nab, Nenek dan makcik Bad duk sembang-sembang kat bawah wakaf sambil layan baby Muiz dan Adik Wan.

Rasa sekejap je lepak kat situ, hari pon dah senja..

Kemudian kami pon pergi ke salah sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di tepian pantai Tanjung Dawai. Masa tu kami di sertai oleh Pak Lang Badri, Mak Yang Sarah dan Tokcik berdua. Barulah syok nak makan ramai-ramai.

 Makanan dah nak abis baru teringat nak amik gambo

 Adik Amir makan nak suap sendri sekarang..

Saya tak ingat apa nama restoran ni, tapi secara peribadi saya berpuashati dengan restoran ini. Ikan yang kami pilih dimasak dengan baik dan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Restorannya besar, ada ruangan untuk duduk seperti biasa dan ada wakaf-wakaf yang dibina untuk mereka yang lebih suka bersila. Juga disediakan surau untuk pelanggan menunaikan tanggungjawab kepadaNya, siap asing-asing untuk lelaki dan perempuan. Juga ada tandas, namun pengguna yang tidak bertanggungjawab menjadikan keadaan tandas agak kotor dengan pampers bersepah di lantai. Mungkin pihak pengurusan restoran boleh menambahbaik lagi dengan meletakkan tong sampah di kawasan strategik di dalam tandas dan improve jadual pembersihan tandas dengan meningkatkan kekerapan. 

Apa-apapon, we've had a great time with families!

Gambar Belangkas