Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

2 VIDEO [BONGKAR] PANAS!!! Ugutan Serangan Siber Didalangi Rakyat Malaysia... Ikuti Video Penafian 'International ANONYMOUS'... #SahabatSMB

Sah... ugutan serangan siber yang tersebar sebelum ini didalangi oleh pihak tertentu dari dalam negara Malaysia... perkara ini disahkan melalui satu lagi rakaman video yg dipercayai dimuatnaik oleh  kumpulan 'International Anonymous' sendiri yang menafikan penglibatan mereka malah mereka tidak berminat untuk mencampuri urusan demokrasi negara Malaysia...


Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan satu video ugutan kononnya dibuat oleh kumpulan hacker terkemuka 'Anonymous' yg mahu menyerang sistem laman web dan pengkalan data milik kerajaan... video berdurasi 8 min itu antara lainnya mempersoal pentadbiran YAB DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia khususnya berhubungkait dgn isu 1MDB dan wang 'derma' RM2.6BIL...

Mereka mensasarkan beberapa laman web milik agensi2 utama kerajaan termasuk SPRM, 1MDB dan beberapa lagi... mereka mengugut akan mulakan serangan siber antara 29, 30 atau 31 Ogos ini, kebetulan masa yang hampir sama dengan demostrasi jalanan yang akan dianjurkan oleh BERSIH 4.0...


Dalam video tersebut juga mereka mendesak agar Najib meletak jawatan sebelum 31 Ogos, jika mahu serangan ini dibatalkan... mereka juga turut menyeru seluruh ahli kumpulan 'Anonymous' dari seluruh dunia agar bersama-sama menyertai mereka...

Jom kita tonton dulu video pertama ugutan yang telah dibuat oleh kumpulan ini...



Susulan daripada tersebarnya video ugutan ini, pihak polis dengan kerjasama Interpol yang berpengalaman mengendalikan kes seperti telah membentuk satu jawatankuasa dan memulakan siasatan... pihak polis tidak menolak kemungkinan ugutan ini mempunyai hubung kait dengan demostrasi BERSIH 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini...

Untuk rekod, beberapa kes serangan siber telah berlaku di negara ini membabitkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan... terbaru adalah serangan ke atas laman media sosial milik PDRM... polis percaya pihak yg membuat ugutan kali ini adalah merupakan kumpulan yang sama yg telah menyerang laman FB PDRM...


Pihak penganjur Bersih 4.0 yang diwakili Maria Chin semalam menafikan mereka ada kena mengena dengan penyebaran video ugutan tersebut... mereka juga menafikan mengenali atau mempunyai hubung kait dengan kumpulan penjenayah siber 'Anonymous' ini...

Semalam, satu lagi video telah dimuatnaik dan kali ini ia dipercayai dikeluarkan oleh pihak 'International Anonymous'...  

Jom kita tonton pula video penafian yg dipercayai dibuat oleh kumpulan 'International Anonymous'...



Pihak 'International Anonymous' telah menafikan yang mereka terbabit dengan ugutan yang telah dibuat sebelum ini... malah menurut mereka, mereka tidak berminat untuk mencampuri urusan politik sesebuah negara yg mengamalkan demokrasi...

Dengan tersebarnya video ini, secara tak langsung mengukuhkan lagi keyakinan pihak polis bahawa dalang yang terlibat dengan ugutan siber ini datang dari dalam negara Malaysia sendiri... malah tidak mustahil juga ia merupakan satu cara meniup spekulasi negatif ke atas sistem keselamatan negara...

Mamu sangat berharap agar pihak polis dengan kerjasama dan kepakaran pihak Interpol akan dapat menjejak, mengenalpasti dan menangkap dalang yang berani mengugut kerajaan Malaysia... ini adalah satu bentuk serangan alaf baru, tanpa perlu mengangkat senjata... tapi kesannya mampu melumpuhkan seluruh sistem kerajaan jika tidak ditangani sebaik mungkin... amat berpadanan untuk didakwa di bawah akta Melancarkan Serangan Ke Atas YDP Agong seperti yang dikenakan ke atas kumpulan Al-Maunah, sekiranya dalang utama berjaya diberkas...


By Mamu Karapoley

Saturday, August 1, 2015

VIDEO + PIC [ISU SEMASA] PANAS!!! Sekitar 'kempen' #TangkapNajib Di SOGO... Mana Abg Sabu??? #SahabatSMB

Bersemangat sungguh mereka berkumpul dan berdemostrasi... kononnya nak desak supaya Najib selaku PERDANA MENTERI MALAYSIA ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang... alih2 bukan Najib yg ditangkap, tapi mereka yang diangkut ke dalam trak polis... sedangkan bos2 dan cif2 mereka sedang enak menikmati ketupat rendang bersama nasi impit...


Menurut info, lebih dari 20 pemimpin kalangan aktivis yg menyertai perhimpunan ini telah ditahan dan dibawa ke balai untuk diambil keterangan...

Jom kita layan gambar2 mereka beraksi menentang PERDANA MENTERI MALAYSIA...


























Di bawah pula merupakan rangkuman rakaman yang sempat diambil sepanjang perhimpunan #TangkapNajib berlangsung...

Sumber :Kinitv

Terserahlah kepada anda untuk menilai samada tindakan mereka ini berbaloi atau tidak..


Apa yang pasti sehingga detik ini YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak masih lagi kekal sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA... dan bos2 serta cif2 mereka masih lagi pembangkang yang kini dalam kekenyangan selepas menikmati jamuan Aidilfitri sepanjang hari...


By Mamu Karapoley

Gambar Belangkas