Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Dapat Invitation Event Dari Nuffnang!

Dapat Invitation Event Dari Nuffnang|Aku blogger picisan! Jadi, bila tetiba dapat event invitation, punyalah seronok tak terkata. Rasanya, semua orang pun dapat, tapi disebabkan ini kali pertama aku dapat invitation, aku pun nak la bercerita dekat blog ceritaejoy ni.

Invitation event ini datangnya daripada nuffnang:

Invitation Event Nuffnang

Aku baca email ni banyak kali. Ada 2 sebab, satunya sebab teruja dapat invitation event dari nuffnang, dan yang keduanya, sebab tarikh yang dinyatakan. 6 May 2015? Harini dah 15 may 2015. Aiks? Hahahahha.

Untuk dapatkan kepastian, aku pun hantarlah tiket kepada #nuffnang. Rupa-rupanya, terdapat kesilapan di situ. Bukan 6 May, sebaliknya 6 June 2015. Terperanjat boboy disitu. Hahahaha.

Tapi sayangnya, tak dapat nak join walaupun hati membuak-buak sangat nak join. Sebabnya, wife aku masih dalam pantang. Hmm. Apa pun, kena utamakan keluarga dulu kan?

Apa pun, selepas ni, kalau dapat, kalaulah dapat, kalau dapat invitation event, haruslah aku hadirkan diri. Mesti. Hehehehehhe.

Haffizul Iskandar.

Monday, December 30, 2013

Perutusan Raja Sehari: Fayyadh & Sazila

30 Disember 2013

Assalammualaikum...

Pengantin :
En. Mohamed Fayyadh Amri & Pn. Nor Sazila 

Tarikh :
07.12.2013 - 08.12.2013

Majlis :
Pernikahan & Persandingan : Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor Darul Ehsan

Kami doakan semoga pasangan ini sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi dan kekal hingga ke akhir hayat.

Jika berminat dengan pakej SnappySmoothie atau ingin mengetahui pakej lain yang disediakan, boleh contact Mr. Aid, 017-3500786... :) 






-Thanks for reading-


 

Monday, December 23, 2013

Inspitari 2013: Part iii

23 Disember 2013
 
Assalammualaikum...

Apa kabo semua... Musim-musim hujan ni sesame la kita jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing ye... Mrs. Yan pun baru baik selsema... Kalo sebelum ni Mrs. Yan da tempek Inspitari 2013: Part i dan Inspitari 2013: Part ii, Hari ni Mrs. Yan nak letak Inspitari 2013: Part iii lak. Ni last dah ni. Takde nak part-part bagai dah... Jom tengok gambar jom :)













Perasan tak Wan Sharmila yang pakai baju biru tuh :)
 
Sampai sini jela gambar untuk Inspitari 2013. Hopefully next year dapat pegi lagi & hopefully kumpulan dak-dak kecik join tahun depan. Musti chumelll...
 
*Frust betul bila The Hobbit kena tunggu Part iii lak... Haishhh...
 
-Thanks for reading-


Monday, December 16, 2013

Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013

Assalammualaikum...

Print Screen email semalam - Semua dijemput hadir ok... 

Banyak aktiviti yang macam best jer... So, moh le maghi gheghamey (Intonasi hantu Kak Limah)- Sori gambo tak clear
 
Orang ramai khususnya warga Selangor dan Kuala Lumpur dijemput untuk memeriahkan sambutan Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013 selama dua hari bermula 21 Disember ini.
 
Ini merupakan kali pertama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan festival seumpama itu dan sebanyak 30 acara menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya acara tersebut yang bertemakan Gaya Hidup Lestari. Kehidupan Hijau.
 
Festival itu dijadualkan turut disertai oleh pelbagai pihak termasuk yang dibawa khas dari luar negara. Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, orang ramai berpeluang untuk menyaksi dan menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan bagi mempromosikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan gaya hidup yang lebih sihat dan mesra alam.
 
"Dari slot pameran sahaja, iaitu untuk segmen Eko Mobiliti kami akan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan teknologi eko seperti hibrid, solar dan elektrik, termasuk dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang akan mempamerkan kereta ranjer yang menggunakan teknologi dari Jepun dan Jerman dan bas solar dari Universiti Sains Malaysia (USM).
 
"Di samping itu pameran pelbagai jenis basikal dari pelbagai negara sama ada bersifat klasik dan futuristik termasuk rekaan dari MBPJ sendiri iaitu basikal Ambike (basikal teksi) yang membolehkan lapan orang menaiki dan mengayuh basikal tersebut," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas gimik prapelancaran festival itu di ibu pejabat di MBPJ di sini, hari ini. Alinah berkata, malam perasmian festival akan dimeriahkan dengan perarakan besar yang melibatkan penyertaan pelbagai pihak yang diikuti dengan persembahan artis Ikon Hijau, Zainal Abidin.
 
"Kami ada acara tayangan filem (Eco Knight), demonstrasi makanan sihat, persembahan line dance, taici, lukisan grafiti, klinik hijau, muzik jalanan, persembahan akrobatik basikal BMX, senamrobik hijau, fun ride, dam aji gergasi dan pemeriksaan kesihatan," katanya. Selain itu, menurut beliau, acara lain ialah pelbagai jenis pertandingan termasuk perlumbaan basikal bukit Getaway PJ 2013, bike hunt, bola jaring, futsal, memanjat dinding, papan selaju, aksi lagak ngeri basikal BMX dan mewarna.
 
Sehubungan itu beliau berharap ibu bapa membawa anak-anak mereka ke festival itu sebagai aktiviti cuti persekolahan yang sangat berfaedah untuk seisi keluarga.
"Paling menarik juga, penduduk Petaling yang membayar cukai taksiran mereka pada festival ini diadakan akan diberikan rebat sebanyak RM100," katanya.
 
Festival itu juga, katanya, akan menyediakan gerai jualan pelbagai jenis produk landskap, eko bazar, basikal dan aksesori, peralatan dan pakaian sukan, makanan dan minuman.
 
Maklumat lanjut dan borang pendaftaran penyertaan boleh diperoleh dari laman web www.mbpj.gov.my atau menghubungi talian 03-7956 3544.


© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Ayat kat atas ni Mrs. Yan petik sebijik-sebijik dari Akhbar Utusan. Jadi tok warga Petaling Jaya dan jiran-jiran terdekat, moh le datang Sabtu dan Ahad ni ye... Mrs. Yan pun macam excited lak nak pegi... InsyaAllah kalau takde pape aral...
 
-Thanks for reading-

Thursday, December 12, 2013

Perutusan Raja Sehari : Firdaus & Fairus

Assalammualaikum...

 

Kali ni punya perutusan raja sehari lain sikit. Abang Firdaus @ Daus ni abang kepada Mr. Aid. Jadinya Mr. Aid takdelah jadi official photographer, just amik gambar tok gedik-gedik je...
 
So kat bawah ni antara gambar yang Mr. Aid snap :)
 




 
Kepada Abg. Daus & Kak Apai, selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat... Amin...
 
*Wedding dekat Lembaga Getah Malaysia... Masuk je kat dalam LGM ni, rasa macam sonok je nak main tangkap-tangkap gambar... Omeyy angat tempat ia...
 
-Thanks for reading-

Monday, December 9, 2013

Perutusan Raja Sehari : Hairulzaman & Suzilawati

Assalammualaikum...

 

Pengantin:
En. Hairulzaman & Pn.Suzilawati

Tarikh:
16.11.2013 - 17.11.2013

Majlis:
Pernikahan & Persandingan : Kampung Sungai Timun, Linggi, Negeri Sembilan

Kami doakan semoga pasangan ini sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi dan kekal hingga ke akhir hayat.

Jika berminat dengan pakej SnappySmoothie atau ingin mengetahui pakej lain yang disediakan, boleh contact Mr. Aid, 017-3500786... :) 






 -Thanks for reading-



Wednesday, November 13, 2013

Inspitari 2013: Part ii

Assalammualaikum...

Untuk memenuhi janji yang telah dipateri...Ohooooyyy... Terpateri sangat kan... Mrs. Yan keluarkan Inspitari 2013: Part ii pulak. Entry ni adalah sambungan dari Inspitari 2013: Part i hari tuh. Dan dengan secara tak langsungnya, Mrs. Yan terpaksa membuat Inspitari 2013: Part iii sebabnya ada sikit lagi gambar yang tak dipilih... So, sekarang ni kita tengok Inspitari 2013: Part ii dulu okkaip... :)
 












 
Sampai sini jela dulu yang sempat edit... Maap bebanyak la ye sebab takde niat pun nak ber'part-part' ni. Huhuhu...
 
-Thanks for reading-
 


Thursday, November 7, 2013

Inspitari 2013 : Part i

7 November 2013
 
Assalammualaikum...

Dek kerana terlalu lama nak menunggu pilih gambo, Mrs. Yan dengan ini men'decide' untuk mengeluarkan Inspitari 2013 : Part i. Adoyaiii... Dah basi da cerita ni sebenarnye. Hari kejadian adalah 5 Oktober 2013 tapi kau lihatlah dunia... Baru hari ni terhegeh-hegeh nak post entry... Ok, tahun ni ktorang skali lagi meng'alert'kan diri untuk rebut tiket Inspitari 2013. Tahun lepas punya Inspitari pun boleh terbayang-bayang lagi macam mana seronoknya... Tahun ni tempat still lagi kat Dewan Auditorium DBKL tapinya masa jer dah berganjak dari 8.00 malam ke 8.30 malam. Sebelum tarikh amik tiket Mrs. Yan da call urusetia tok kompomkan boleh amik tiket sampai pukul berapa... Pada hari kejadian untuk mengambil tiket, maka kami laki bini pun berempitanlah menaiki tenggiling Mr. Aid menuju ke Dewan Auditorium DBKL untuk mengambil tiket... Naseb baik tak hujan deknon... Kalo tak kena benti tepi jalan cari daun pisang... Bermemori sangat tau... Huisshhh.. Tak kerlass langsung...

Ok, merapu lagi... Kat bawah ni antara gambar yang sempat dipilih ok...

 Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut





 Kat atas ni senarai kumpulan penari yang perform malam tuh.

 Opening yang selalu ditunggu-tunggu











Ok, cukuplah setakat tuh dulu ea... Nak tengok gamba lagi kena tunggu Inspitari 2013 : Part ii pulak... (Dalam ati kalo boleh nak mengalahkan cite Harry Porter yang ber'part-part' tuh)... Jadinya, bawak-bawaklah bersabar okkaip... :)

-Thanks for reading-



Gambar Belangkas