Showing posts with label bakar. Show all posts
Showing posts with label bakar. Show all posts

Monday, November 10, 2014

AMARAN BUAT JIN, SYAITAN DAN IBLIS


“BACAAN AYAT RUQYAH SYAR’IYAH”.  

Kepada yang belum, sila ‘save’ ke dalam telefon bimbit, gadget atau PC anda dan perdengarkan bacaan sehingga tamat dengan pejamkan mata. InsyaAllah, jika ada gangguan makhluk halus akan dapat dirasainya. Untuk makluman, bacaan ayat-ayat *Ruqyah* ini adalah dari ayat suci Al-Quran. Mari kita memahami Ruqyah untuk pengetahuan selanjutnya. 

Pengertian Ruqyah  

Ruqyah secara amnya bermaksud bacaan 'ayat suci' Al Quran. Ruqyah terbahagi kepada 2 jenis iaitu:- 


Pertama: Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua: Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam. (Iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan. 

Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah bacaan ayat suci (Al Quran) yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. 

Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya dan tidak mengandungi unsur kesyirikan. 

Rasulullah SAW bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik" (HR. Muslim) 

Syarat Ruqyah Syar'iyah 

Para ulama sepakat membolehkan *Ruqyah* dengan 3 syarat iaitu:- 

1 Dengan mempergunakan firman Allah (ayat-ayat Al-Quran) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya. 
2 Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya. 
3 Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Ketentuan Dan Kepastian Meruqyah 

Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan atau kepastian berikut:-

Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan. 
Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir. 

Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukang telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai serban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan. 

Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di perkuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya. 

Keutamaan Ruqyah mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan ubat penawarnya. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyak itu akan sembuh dengan izin Allah."(HR. Muslim) 

Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat dan efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara jelas iaitu : “Katakanlah, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar (Fushshilat 44) 

"Dan kami turunkan dari Al-Quran (ada) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."(Al-Isra 82) 

Junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan memgunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri. 

Hadis-hadis sandaran berkaitan Ruqyah 

“Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mahu tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya.” (HR Al-Bukhari)

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah"(HR. Muslim) 

Aisyah R.A. juga mengatakan,"Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain (mata yang dengki)." (HR Muslim) 

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril meruqyahnya , *"Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika"* ("Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") (HR Muslim) 

Aisyah R.A. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit" (HR Muslim) 

Uthman Bin Abil 'Ash R.A. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah "Bismillahi" (dengan menyebut nama Allah) tiga kali, dan bacalah "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" (aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari) tujuh kali." (HR. Muslim)  

Cara rawatan Ruqyah Syar’iah 

Dengan cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran dengan jelas supaya pesakit dapat mendengarnya. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, nescaya makhluk makhluk halus seperti jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri. Maka terjadilah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antara biasanya pesakit akan tiba-tiba merasa: 

1) denyutan jantung makin kencang 
2) badan begegar 
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit 
4) mengantuk/menguap 
5) batuk-batuk 
6) gelisah 
7) panas di tengkuk 

Jika ada mengalami sebahagian seperti reaksi-reaksi di atas, kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh pesakit. Kenapa dan mengapa terjadi reaksi sebegitu?

Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh setiap pesakit akan bergerak melalui saluran darah, bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka (makhluk halus), lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan pesakit
mengantuk teramat sangat apabila mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah ini. 

Dan bagi pesakit-pesakit yang mempunyai saka pula, pesakit akan terasa panas ditengkuk. Selain dari itu, bacaan ayat-ayat *RUQYAH SYAR’IYAH* ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri secara amnya. 

Pesakit juga kena memperbanyakkan zikir “Thaha” – Surah Thaha - ayat 1 di dalam hati tak kira masa dan tempat. Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa. InsyaAllah. 

Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah, itu suatu petanda di mana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita. InsyaAllah. 

Dengan mendengar dan diamalkan membaca ayat-ayat Ruqyah Syar’iyah ini juga InsyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya ialah:- 

~ Fikiran runsing/jiwa gelisah 
~ Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka 
~ Mengusir jin di dalam badan, rumah dan premis perniagaan 
~ Ketenangan dalam rumahtangga 
~ Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam 
~ Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa 
~ Anak-anak mudah mendengar kata orang tua 
~ Menguatkan hafalan dan pembelajaran 
~ Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran 
~ Membersihkan aura diri dan mengusirkan energi-energi negatif dari badan  

Urutan Bacaan Ayat-Ayat Ruqyah Syar’iyah 

01 - Surah Al-Fatihah, Juzuk 1, Ayat 1-7 
02 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 1, Ayat 1-5 
03 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 1, Ayat 102 
04 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 2, Ayat 163-164 
05 - Surah Al-Baqarah (Ayatul Kursi), Juzuk 3, Ayat 255 – Di ulang 7 kali 
06 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 3, Ayat 285-286 
07 - Surah Ali-Imran, Juzuk 3, Ayat 18-19 
08 - Surah Al-Araf, Juzuk 8, Ayat 54-56 
09 - Surah Al-Araf, Juzuk 9, Ayat 117-122 – Di ulang 7 kali 
10 - Surah Yunus, Juzuk 11, Ayat 81-82 – Di ulang 7 kali 
11 - Surah Toha, Juzuk 16, Ayat 69 – Di ulang 7 kali 
12 - Surah Al-Mukminun, Juzuk 18, Ayat 115-118 
13 - Surah As-Soffaat, Juzuk 23, Ayat 1-10 
14 - Surah Al-Ahqaf, Juzuk 26, Ayat 29-32 
15 - Surah Ar-Rahman, Juzuk 27, Ayat 33-36 
16 - Surah Al-Hasyr, Juzuk 28, Ayat 21-24 
17 - Surah Al-Jin, Juzuk 29, Ayat 1-9 
18 - Surah Az-Zalzala, Juzuk 30, Ayat 1-8 
19 - Surah Al-Ikhlas,Juzuk 30, Ayat 1-4 
20 - Surah Al-Falaq, Juzuk 30, Ayat 1-5 
21 - Surah An-Naas, Juzuk 30, Ayat 1-6 
Masa bacaan dalam 40 minit  

Cara menggunakan MP3 bacaan ayat-ayat Ruqyah Syari’iyah 

1 Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan mp3 ini di dalam rumah atau premis perniagaan anda sebanyak 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2 Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan. Kepada yang sudah tiada masalah gangguan bolehlah dipasangkan. InsyaAllah selamat perjalanannya. 

3 Bagi anak-anak yang sering menangis di waktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat mp3 ini, InsyaAllah jin atau syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda. 

4 Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat temu jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral dan buka penutupnya. Kemudian pasangkan mp3 bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar’iyah ini sebanyak 3 kali ulangan sebelah air tadi. Selesai, air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan minum setiap hari sehingga air tadi habis. Dan tiap-tiap selepas solat perlu membaca Ayat Qursy 3x dan Surah Al-Insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian setiap malamnya hendaklah dipasangkan mp3 ini dari malam sampai pagi selama sebulan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT. 

5 Bagi memulihkan rumah atau premis perniagaan yang bermasalah, pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut. Jika dipasangkan setiap hari lebih baik untuk pendinding dengan izin Allah SWT. 

6 Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3x sehari, InsyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat. 

BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM APABILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGARKAN DENGAN KHUSYUK SEHINGGA TAMAT BACAAN  MP3 

BACAAN AYAT-AYAT RUQYAH INI TIDAK MEMPUNYAI ZAT DAN KUASA KECUALI DENGAN IZIN ALLAH SWT.LEBIH ELOK DIBACA DENGAN LAFAZ NAFAS ANDA SENDIRI.

JIKA MENGALAMI KESULITAN, SILA BERJUMPA PERAWAT YANG MERAWAT SECARA SYAR’IYAH BUKANNYA RUJUK KEPADA BOMOH ATAUPUN DUKUN.

YANG PENTING SENTIASA IKHTIAR KE JALAN ALLAH DAN SENTIASA BERSYUKUR AKAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN YANG ADA PADA DIRI AGAR KITA SENTIASA DIREDHAI OLEH ALLAH.

Gambar Belangkas