Showing posts with label Asma'. Show all posts
Showing posts with label Asma'. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

April 7th

Happy Birthday Kak Long !

Mesyuarat Meja Bulat Bulanan.

Entri ni sepatutnya dah lama post, tapi dek kesibukan yang melampau, baru sekarang dapat post. Maafkan ummi Kak Long ...
7hb April .. adalah harijadi Kak Long ... ummi pun sibuk, tak sempat nak masak special, maka kami decided nak pergi makan di Chinese Muslim Restoran ADAM LAI, di Seksyen 15, Shah Alam. Masuk kali ini sudah beberapa kali juga kami pergi makan disitu... boleh tahan sedap makanannya.

Kami sampai agak awal. Sementara menunggu makanan siap, kami adakan mesyuarat meja bulat bulanan keluarga, atau lebih senang dipanggil USRAH keluarga. Pelbagai perkara dibincangkan ...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat meluahkan perasaan masing-masing semasa mesyuarat ini... jika ada rasa tidak puas hati, boleh disuarakan, tetapi dengan semangat yang harmoni...Semasa USRAH ini jugalah kami dapat bertemu muka dan berbual-bual sesama sendiri.  Walaupun duduk serumah, tetapi  masing-masing dengan hal masing-masing, sibuk kerja dan belajar sehingga kadang-kala sudah hendak berbual dgn anak-anak ini... oleh itu, USRAH ini adalah medan untuk kami bertemu sekeluarga.

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.  Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:


1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

 Makanan sudah sampai ..Alhamdulillah sudah boleh makan
Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALlah di atas rezeki MU Allah ..Syukur Alhamdulillah kerana telah meminjamkan umur setahun lagi buat anakku ...semoga hayat yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya di jalanMU Ya Allah ..Ameen.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday 2


Majlis Konvokesyen untuk Fakulti Perubatan , Jordan Uni of Science & Tech (JUST)
dalam stadium di tengah panas terik..rasanya ada tak universiti kat Malaysia ni nak buat macam ni? Mudah dan ringkas..tak perlu banyak protokol sangat...

Friday, July 8, 2011

Blog sudah bersawang

Assalamu'alaikum semua sahabat blogger...huhu..lamanya saya tak berkesempatan untuk meng-update blog...misi pengembaraan saya menjelajah Al-Urdun dan juga Kota Konstantinople akhirnya sudah sampai ke penghujung.  InsyaAllah saya akan update rakan-rakan dengan pengembaraan saya itu.....buat masa ini mata saya sudah sangat mengantuk...masih menunggu di airport untuk panggilan masuk ke pesawat...flight jam 2 pagi ini ke KUL singgah sebentar di Bangkok... doakan agar perjalanan saya selamat ...InsyaAllah...

Aya Sofya @ Hagia Sophea, Istanbul, Turkey

Thursday, June 30, 2011

Sekalung Tahniah untuk Kak Long Asma' !

Anak sulong saya belajar di Jordan University of Science and Technology, atau lebih dikenali dengan JUST. Pada 24 June yang lalu, saya telah datang ke Jordan untuk menghadiri majlis konvokesyen JUST untuk Fakulti Perubatan. Alhamdulillah, selepas 6 tahun berhempas-pulas belajar dalam bidang perubatan, anak saya, Asma' telah berjaya menamatkan pelajarannya...kini..tibalah masanya untuk beliau meneruskan perjalanannya dalam kerjaya sebagai seorang doktor. 


Setinggi-tinggi TAHNIAH buat anakku Asma'
Semoga menjadi seorang doktor yang beriman dan beramal soleh....Ameen.

Sunday, June 5, 2011

Graduate

Alhamdulillah...Syukur ke Hadrat Allah SWT...
Pada hari Isnin minggu lepas, hati saya berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan akhir anak sulung saya yang sedang menuntut di Jordan dalam bidang perubatan.  

Tepat jam 4.26 ptg 30 Mei 2011, handphone saya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Semakin kuat debaran di hati ...Adakah ini mesej yang di nanti-nanti? Laju jari menekan punat di handphone...sebaik membaca mesej yang diterima, tanpa disedari tiba-tiba sahaja dadaku sebak ....air mata mula bergenang dan semakin lama semakin bertakung dan akhirnya ia tumpah jua! Adakah ini yang dikatakan air mata kegembiraan? Dahulu kala, semasa aku kecil, aku tidak faham kenapa ibuku harus menangis tatkala melihat atau mendengar kejayaan anak-anak...pernah sekali ibu datang ke sekolah sewaktu aku mamasuki acara sukan sekolah...bukan acara besar-besaran..hanya masuk acara lari berganti-ganti 100 meter ..kumpulan ku menang...setelah melepaskan lelah kepenatan..dari jauh ku lihat ibu mengesat air mata di bawah khemah. di waktu lain, ketika aku memberitahu keputusan peperiksaan SRP (setara dgn PMR sekarang) ...air mata ibu juga tumpah ...
dan ... kali ini... setelah daku bergelar ibu dan ketika mendapat tahu berita gembira ini ...tanpa disedari air mata ku juga tumpah... sekarang aku faham..bagaimana perasaan ibuku dahulu...

ALHAMDULILLAH  ....SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Setelah mendapat berita tersebut..terus daku mengambil wudhuk dan membuat sujud syukur....
6 tahun ...bukan satu wktu yang pendek...2005...daku melepaskan anak sulung perempuan ku terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran...ia satu keputusan yang berat bagi ku  kerana terpaksa berpisah dengan anak sulungku, tapi ia adalah pilihan dirinya. Kami rela dan sentiasa berdoa agar Allah memudahkan jalan dan laluan beliau hingga tamat pelajaran...
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ANAK KU ASMA'

Gambar Belangkas