Tanjung Tuan @ Cape Rachado (nama yang diberikan oleh Portugis) , terletak dihujung tanjung di sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka..di hujung tanjung terdiri sebuah rumah api yang menghadap Selat Melaka.
Sekitar 1606, pantai Tanjung Tuan terkenal sebagai kawasan pertempuran tentera laut. Selepas penaklukan Portugis ke atas Melaka pada 1511, Portugis merancang membina sebuah rumah api untuk mengawal kapal-kapal yang melalui Tanjung Tuan. Rumah api Cape Rachado di bina sekitar tahun 1528-1529.
Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641, kemudian kepada pihak British pada tahun 1824, struktur rumah api berkenaan berpindah milik kepada mereka.
Pada tahun 1921, kawasan Tanjung Tuan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dengan keluasan 80.97 hektar dikenali sebagai Hutan Simpan Cape Rachado.
Tanjung Tuan adalah lokasi strategik bagi penggemar burung untuk melihat burung terutama ketika musim penghijrahan dari Hemisfera Selatan ke utara apabila musim sejuk menghampiri penghujungnya. Burung2 ini akan singgah di sini dalam perjalanan pulang mereka yang melebihi 10,000km ke Siberia, China, Mongolia, Korea, Japan dan India, terutama burung Honey Buzzards, black baza, Japanese sparrowhawk, Chinese goshawk and grey-faced buzzard.
(sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka)
Pada cuti CNY tempohari, saya bersama sekumpulan rakan sekerja telah berkampung di sana selama 3 hari di atas suatu tugasan. Kesempatan yang ada telah kami ambil untuk meneroka hutan rekreasi Tanjung Tuan.
Penerokaan bermula di sini.
Pendakian yang memerlukan stamina....aduissshhhh semput juga daku...dah lama tak exercise...semputtt!!!
semakin jauh ditinggalkan rakan-rakan....
Saya suka tengok gambar ni, good perspective....and lots of greens....sooo cooling....
Akhirnya...........sampai juga kami ke Rumah Api Cape Rachado...
Alamak!....hurmmm...banyak lagi anak tangga yang perlu ku daki....!
Rumah Api Cape Rachado...
Dari sudut yang berbeza....
(to be continued............)