Showing posts with label ceritaejoy. Show all posts
Showing posts with label ceritaejoy. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

Swift code bank malaysia




Swift code bank malaysia. Apa itu swift code? Kenapa ia penting? Ia digunakan untuk apa? Ini antara soalan-soalan yang bermain di dalam fikiran aku ketika aku diminta untuk mengisikan (BIC). Baik, apa itu Bic code? Jika anda ingin berurusan mengenai perpindahan wang melibatkan bank antarabangsa, anda perlu tahu akan hal ini.




Baik. Swift code merupakan suatu format piawai Kod Bank Identifi (BIC) dan ia adalah kod pengenalan unik bagi bank tertentu. Kod-kod ini digunakan ketika proses memindahkan wang antara bank, terutamanya bagi pemindahan antarabangsa. Bank-bank juga menggunakan kod ini untuk bertukar-tukar mesej di antara mereka. Swift code terdiri daripada 8 atau 11 aksara. Apabila kod 8-digit diberikan, ia merujuk kepada pejabat utama.



Penerangan di atas adalah bahasa kamus. Kalau dalam bahasa mudahnya, swift code digunakan apabila korang ingin memindahkan atau ada proses kemasukan wang dari bank luar negara ke dalam akaun bank korang. Dalam form yang korang perlu isi, akan ada 1 kolum (BIC). Korang kena kenal pasti bank apa yang korang guna, semacam contoh maybank. Jadinya bagi maybank, swift codenya adalah MBBEMYKL. Dari mana nak tahu code ini? Nanti aku terangkan sekejap lagi ya!

Buat masa sekarang, ada lebih 40,000 swift code *korang rasa korang boleh hafal tak? Hehehe*. Kod-kod ini mempunyai hubungan aktif dengan rangkaian swift. Swift code dikendalikan oleh Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) dan beribupejabat di La Hulpe, Belgium. Ok, sekarang dah jelaskan Apa itu swift code? Dan apa itu Bic code? Sekarang aku nak kongsikan pula Swift code bank malaysia.

Senarai Swift code bank malaysia.


No Bank Bandar Swift code
1 AFFIN BANK BERHAD Kuala Lumpur PHBMMYKL
2 AMBANK (M) BERHAD Kuala Lumpur ARBKMYKL
3 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Kuala Lumpur BIMBMYKL
4 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT) Kuala Lumpur BKRMMYKL
5 BANK NEGARA MALAYSIA Kuala Lumpur BNMAMYKL
6  BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD-AGROBANK Kuala Lumpur AGOBMYKL
7 CIMB BANK BERHAD Kuala Lumpur CIBBMYKL
8 CITIBANK BERHAD Kuala Lumpur  CITIMYKLLAB
9 HONG LEONG BANK BERHAD Kuala Lumpur HLBBMYKL
10 MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) Kuala Lumpur MBBEMYKL

Ini adalah sebahagian daripada bank-bank yang ada. Harus juga dingatkan bahawa swift code di atas adalah berlainan mengikut negeri. Semacam contoh, code di atas digunapakai di kuala lumpur sahaja. Ianya mungkin berlainan jika anda ingin mencari swift code bagi negeri melaka atau negeri selain daripada kuala lumpur. Jika anda ingin mencari code bagi negeri lain, ada boleh carinya di Theswiftcodes. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. InsyaAllah.

Punca tekak sakit.


Punca tekak sakit. Siapa yang tekak dia sakit sekarang ini? Sila senyum. Hehehe. Ini semua berpunca dari jerebu 2015. Yelah, berlaku pun tahun ni kan? Tapi takpelah, sakit itukan penghapus dosa, jadinya, janganlah kita merungut, sebaliknya cari penawar. Aku lebih suka ubat tradisional daripada moden.




Baik. Kenapa tekak sakit tiba-tiba? Kenapa takda hint macam demam? Kita kalau nak kena demam, mesti dia bagi hint kan. Macam badan dedar ke, suhu dekat hidung *waktu bernafas* terasa panas ke, macam-macam lagilah. Tetapi kenapa tidak pada sakit tekak? Apakah puncanya permasalahan ini? Hamboi. Hehehehe.

Seperti biasa, bila berlaku sesuatu kekusutan tu, haruslah tanya dengan pakcik google. Dan diterbangkan aku ke sana ke mari. Di akhirnya, aku disinggahkan ke blog Info kesihatan terkini. Katanya punca tekak sakit adalah:

1) Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang

2) Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari,bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

3) Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

4) Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

Daripada 4 punca tekak sakit yang dinyatakan di atas, yang mana satukah related atau bersangkut dengan point utama aku tadi *yang kata sakit tekak berpunca daripada jerebu*? Macam takda yang berkaitan kan? Wahahahaha. Baiklah, rupanya aku salah tanya dengan pakcik. Aku tanya punca sakit tekak dan bukannya sakit tekak akibat jerebu. Hehehehe. Maafkan saya.

Baik, kali ini betul. Punca sakit tekak akibat jerebu adalah kehadiran bahan tercemar dalam kuantiti yang banyak di dalam udara. Ya! Inilah punca sebenarnya! Hmm. Hmm. Udara tercemar ya? Bahaya ni. Mana-mana pun ada udara, kalau takda udara, macamana nak bernafas? Takkan nak pakai tank kat belakang? *macam orang pakai pergi menyelam tu*.

Nak cerita pasal tekak sakit ni, jangan kata nak makan, nak telan air liur pun payah. Bayangkanlah nak habiskan set teriyaki *menu makanan aku petang tadi, hehehehe* terasa macam susah sangat nak habiskan. Bukan banyak mana pun hidangan tu *kalau nak compare dengan nasi campur la*. Hmm. Hmm. Sekali lagi, penyakit itu penghapus dosa. Hmm. Hmm.

Dah tahu puncanya, kena juga tahu apakah penyelesaiannya kan? Aku lebih suka Ubat Sakit Tekak Tradisional. Lebih "rare"berbanding ubatan moden. Hehehe. Disini aku sertakan 5 petua tradisional ubati sakit tekak paling berkesan. *insyaAllah berkesan ya*.



1. Makan madu.

Hmm, madukan makanan sunnah. Sebenarnya, tak payah tunggu tekak sakit, boleh je nak makan madu bila-bila masa. Manisan semula jadi yang diketahui banyak khasiatnya *tapi hati-hati ya,sekarang banyak madu palsu*



2. Minum secawan teh yang dicampur dengan kulit kayu manis.

Ini minuman kegemaran aku. Sungguh, tapi jarang dapat minum. Hmm, hmm. Nak minta wife buatkan, dia sibuk je. Wahahaha. Maaf sayang, saya sengaja je cakap macam tu.



3. Minum air kembang semangkuk.

Kalau dah kembang semangkuk, macamana nak minum, kan? Ala, kalau susah nak dapat, korang cari je air lai che kang. Ha, dalam tu ada kembang semangkuk. Sama kan? Boleh tak? Hmm.



4. Minum air asam jawa.

Ini petua terbaik. Selain dapat menyembuhkan tekak sakit, ianya juga boleh memerdukan suara. Ini orang cakap la, tapi kalau dah memang takda bakat nyanyian, minumlah banyak mana pun, hasilnya tetap sama jugak. Jangan marah ya. Hehehe.



Sumber petuanenek.

5. Minum sesudu kicap yang dicampurkan dengan limau nipis.

What? R u serious? Minum kicap? Makan dengan nasi ok lah, kalau minum, jawapannya, lebih baik aku ikut petua tradisional yang lain. Erks. Minum Kicap?

Tuesday, September 8, 2015

Jerebu semakin teruk!


Jerebu di malaysia 2015. Rasanya, setiap tahun negara kita di landa jerebu. Boleh dikatakan juga, jerebu adalah fenomena biasa di sini. Walaubagaimanapun, fenomena kabus berbahaya ini sedikit dilihat sebagai antara yang terburuk pernah berlaku. Aku bercerita mengenai jerebu di melaka ya!

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja dengan kenderaan superbike, suasana kabus dilihat sedikit tebal berbanding semalam. Bau asap terbakar sedikit kuat. Hidung dengan tekak aku ni usah cakap la. Tekak dah mula perit, hidung dah mula gatal-gatal. Ini semua adalah kesan daripada terdedah dengan kawasan luar dalam tempoh yang lama.

Waktu dalam perjalanan tu, nak jugalah feeling macam awie bawa motor dalam filem maria mariana dulu. Tapi terbantut! Sebabnya, bau asap! Kalau berkabus macam dekat genting highland tu lainlah kan? Hmm, teringat waktu aku belajar di oxford dulu *sila jangan senyum atau pelik ya*, kabus-kabus macam ni *kabus sejuk ya* kira macam mainan je. Pagi-pagi, waktu perbarisan nak nyanyi lagu kebangsaan tu, mulut siap keluar wap lagi.

Itu waktu dekat oxford, kalau sekarang buat macam tu, bukan wap yang keluar, silap-silap buih yang keluar. Hahahahahaha. Jadi tajuk berita utama pulak nanti *tapi bukan senang nak duduk depan kan?*. Shhhh, jauh sangat aku lari ni. Ha, jerebu di melaka. Semalam hujan lebat. Lebat selebat-lebatnya. Sejuk! Biasanya bila hujan, jerebu makin kuranglah kan? Itu harapan.

Sebaliknya! Warghhh. Punyalah tebal kabus pagi tadi! Ini dah masuk zon bahaya ni, kalau aku tak bertindak cepat, parah di buatnya nanti. Hmm, segeralah aku ambil ubat sakit tekak dan mask. 1 yang aku tak suka pakai mask ni. Orang pakai spek kan, bila pakai mask, berkabus je cermin mata tu, dah tak nampak depan. Itu lagi bahaya kan? Ish.

Apa pun, benda dah jadi. Jerebu di melaka memang tak dapat dielakkan. Apa yang boleh kita buat, jaga kesihatan diri dan keluarga. Banyakkan minum air. Hmm, bila cerita pasal air, ini yang aku kurang selesa. Bila dah minum air, mesti akan kerap kencing kan? Office dengan tandas amatlah jauh. Office dekat tingkat atas pulak tu. Nak turun bawah semata-mata nak kencing, punyalah malas! Ada tak pampers dewasa? Erks. Hehehehhe.

Baik, sekali lagi, jerebu di malaysia seakan-akan menunjukkan semakin teruk. Oleh yang demikian, gandakan perhatian anda kepada kesihatan diri dan keluarga. Kurangkan aktiviti luar dan lebihkan minum air. Bersama-samalah kita menjaga antara satu sama lain ya! Pesanan daripada jabatan kesihatan malaysia. Hehehehehe

Lokasi percutian luar negara yang ada di malaysia!

Tadom 6

Lokasi percutian luar negara yang ada di malaysia. Bagi sesiapa yang mencari lokasi percutian yang menarik, sesuai untuk keluarga dan murah, nah, disini lokasinya, Tadom Hill Resorts. Viral mengenai lokasi percutian ini yang seakan-akan lokasi percutian di luar negara, walhal ianya terletak di dalam malaysia.

Dengan nilai pertukaran ringgit yang dilihat semakin meruncing, ini adalah jalan terbaik bagi mereka yang gemarkan percutian. Lokasi yang terletak di banting selangor ini, sememangnya menjanjikan kepuasan kepada pengunjungnya. Apa yang menariknya di sini adalah airnya yang kehijauan akibat daripada refleksi daripada tumbuhan dan pokok di sekitarnya. Selain menawarkan percutian gaya desa.

Lupakan tentang kesejukan penghawa dingin dan keselesaan ketika berada di dalam hotel, Tadom Hill Resorts menawarkan penginapan semulajadi, dengan menawarkan penginapan di dalam khemah dan berbentuk terbuka. Pengunjung sudah pasti dapat merasakan kelainan apabila berkunjung ke sini.

Tadom 4

Tadom 5

Tadom 3

Selain daripada itu, anda boleh berakit dan menikmati keindahan alam semulajadi disini. Air yang tenang dengan bunyi-bunyian fauna, pasti memberikan anda ketenangan daripada kesibukan kerja harian anda.

Tadom 9

tadom 3

tadom 4

tadom-7

tadom-8

tadom-14

Apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimana dengan bayaran yang dikenakan. Jangan takut, harga yang di tawarkan tersangatlah berpatutan. Jadi tidak hairanlah jika Tadom Hill Resorts merupakan lokasi percutian keluarga pilihan utama anda.

Tadom 10

Jadi apa tunggu lagi? Masukkan dalam kalendar percutian dan nikmatilah percutian semula jadi terhebat anda. Jadikan ia sebagai pengalaman percutian terindah anda. Tidak perlu percutian ke luar negara jika di dalam negara ada menawarkan percutian yang sama hebat seperti di Tadom Hill Resorts ini.

Kerja petik buah anggur di australia.



Kerja petik buah anggur di australia (Work picking grapes in australia). Adakah anda bercita-cita ingin bekerja di luar negara dan memperolehi pendapatan yang tinggi hampir setiap minggu? Nah, peluangnya kini dibuka, bekerja sebagai pemetik buah di autralia dengan pendapatan luar biasa. Hubungi kami sekarang!




Aku bukan nak buat iklan ya, tetapi aku menerima mesej seperti di atas. Katanya, kerjaya pemetik buah di australia ini menjanjikan pendapatan yang tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan di malaysia. Mungkin ada logiknya. Melalui bacaan aku di sebuah blog, pendapatan mingguan bagi seorang pemetik buah di sana adalah bersamaan RM1400. Ini adalah bersamaan dengan "basic" gaji aku sekarang!

Bayangkan, 1 minggu mereka boleh dapat pendapatan sebanyak itu, kalau sebulan? Kita yang bekerja disini, boleh dikatakan berpendapatan RM2000 *mengikut basic RM1400* sebulan. Itu adalah mengikut kadar pertukaran lama. Jika kita kira dengan nilai tukaran ringgit terkini, sudah pasti nilai pendapatan yang diperolehi lebih tinggi! Hmm, bunyinya seperti menarik kan?

Sebenarnya, perkara/isu ini dah lama bermain di fikiran dan minda aku. Aku sememangnya ingin mencari sesuatu yang baru *juga pendapatan yang baru* di dalam kehidupan aku. Tetapi hingga kini, aku masih kekal dengan kerjaya lama. Tidaklah aku tidak bersyukur dengan kerjaya aku sekarang, tetapi ada masalahnya. Baik, bayangkan diri korang di tempat aku. Korang dah bekerja hampir 10tahun. Sekali lagi, 10 tahun, dan basic gaji korang sekarang adalah RM1400! Apa perasaan korang? Bekerja selama 10 tahun dengan basic gaji RM1400? Suka?

Kerjaya sebagai pemetik buah di australia ini sebenarnya cukup famous di kalangan rakyat malaysia. Sebabnya? Aku punya saudara di sana. Tetapi mereka tidak bekerja sebagai pemetik buah, sebaliknya sebagai kelasi kapal. Baru-baru ni, ada lagi saudara aku ke sana. Dan memilih kerjaya sebagai pemandu teksi. Perihal kelancaran kehidupan di sana, aku kurang pasti. Yang aku pasti mereka memang bekerja di sana.

Orang kita ni lebih memikirkan kelancaran hidup. Atau dalam kata lainnya, lebih selesa berada di dalam zon selesa. Yang akhirnya, membawa kepada kehidupan biasa sepanjang hayat. Cuba tengok rakyat asing yang datang bekerja di malaysia ni. Mereka tu langsung tak tahu apa. Cakap melayu pun langsung tak betul. Punah ranah. Tapi cuba tengok kehidupan mereka. Kalaulah kerajaan malaysia membenarkan rakyat asing yang bekerja di malaysia ni beli rumah, confirm kebanyakkan rumah di sini akan dibeli oleh mereka.

Ada yang datang ke malaysia sehelai sepinggang. Ambil masa beberapa tahun di sini, akhirnya menjadi antara yang terkaya di kampung mereka. Pelik juga sebenarnya aku, mereka datang ke sini, bekerja dan menjadi kaya, rakyat malaysia bekerja puluhan tahun, kenapa tak semuanya kaya? Itu aku pelik. Argghh, malas nak fikir, sekarang point utama aku adalah, adakah aku akhirnya akan memilih kerjaya sebagai pemetik buah anggur di australia? Ataupun apa sahaja kerjaya yang ada? Itu aku akan fikirkan nanti. Kalau korang, macamana?

Masih lagi dengan masalah invalid security token error 403.


Masih lagi dengan masalah invalid security token error 403. Ingatkan bila masuk log in blog pagi ini semuanya dah kembali kepada asal, rupanya masih sama. Semalam aku berhadapan dengan masalah error 403 yang tidak diketahui puncanya. Cuba tanya pakcik google, dia pun tak tahu. Bila dia tak tahu, ini bermakna ini adalah kes terbaru! Kes yang tak pernah berlaku *kalau biasa berlaku, mesti banyak dekat google search*.

Aku lihat ramai juga yang masuk ke dalam blog ceritaejoy *dari luar negara* mencari apakah penyelesaian kepada masalah ini. Ini bermakna, mereka juga mengalami masalah yang sama. Masalah invalid security token error 403 yang tidak diketahui puncanya. Tiba-tiba je ada. Bila aku search, ada yang berhadapan dengan, pelawat tidak boleh tinggalkan komen, tapi ada sahaja rakan-rakan blog ceritaejoy yang datang tinggalkan komen. Ini aku pelik!

Ada juga aku tanyakan pada sifu HH, katanya ianya mungkin melibatkan code yang aku masukkan ke dalam template blog. Seingat aku, last aku edit template blog adalah dengan memasukkan code Popads. Ya. Inilah code terakhir yang aku masukkan. Kata sifu, mungkin terdapat masalah dengan code tersebut. Kena register balik dan masukkan semula dalam template. Aku dah buat, ternyata masalah invalid security token error 403 ni masih kekal! Arghh!

Ada rakan baharu, katanya dari brazil. Juga mengalami masalah yang sama. Dia nasihatkan aku untuk tambah author blog ceritaejoy. Masukkan email baharu. Sudah juga aku buat. Masih tak hilang error 403 ni. Dah kenapa weh? Apa masalahnya ni? Aku betul-betul tertekan sekarang ni. Sekarang aku dah kembali kepada template blog yang asal. Simple template. Dengan harapan masalah aku ini akan selesai. Akhirnya, tahu apa terjadi? Ada paparan ini pada blog ceritaejoy: Invalid security token error 403.

Aku dah mula tension dan pening. Bila semua benda aku dah cuba dan usaha, masih lagi memberikan keputusan yang sama. Dengan langsung tiada bantuan dan sumber di pihak google, aku memikirkan jalan terakhir adalah dengan "Delete blog ceritaejoy" dan mula semula membina blog baharu. Ini sahaja jalan terakhir yang aku nampak. Hmm. Sedih juga memikirkan kalau aku terpaksa delete blog aku ni.

Apa pun, itu adalah jalan terakhir, aku masih lagi memberi masa dan perlu usaha untuk selesaikan masalah ni. Mana ada masalah yang tidak boleh diselesaikan? *kata-kata semangat untuk diri aku*. Semoga masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini. InsyaAllah. Jika korang ada penyelesaian or if you know how to fix invalid security token error 403. Silalah kongsikan dengan aku yer!

Monday, September 7, 2015

Viral Kisah seekor beruk hadiri majlis ilmu.


Viral kisah seekor beruk hadiri majlis ilmu. Mulanya terbaca kisah ni dekat laman sosial facebook pagi tadi. Hairan dan pelik juga. Katanya ini beruk liar. Beruk adalah spesis haiwan yang terkenal dengan sikap agresifnya. Tetapi melalui cerita yang disampaikan, beruk ini hanya duduk diam sambil mendengar kuliah yang di sampaikan.

Kes ini terjadi di Pondok Gajah Teriak, Jitra, Kedah pada jam 9.30 pagi. Waktu ini, di adakan majlis ilmu yang mana dengan secara tiba-tibanya, masuk seekor beruk ke dalam masjid dan kemudiannya berlegar-legar di dalam kawasan masjid. Beruk ini dikatakan sangat jinak dan langsung tidak menganggu orang.

Viral juga gambar beruk ini memanjat badan seorang jemaah, dan hanya dibiarkan sahaja oleh jemaah tersebut. Mungkin inilah kekuasaan Allah yang mana ingin diperlihatkan kepada manusia, haiwan juga hadir ke majlis ilmu yang dipenuhi banyak malaikat. Beruk ini dikatakan telah di tangkap oleh jabatan pertahanan awam selepas orang ramai membuat aduan berikutan takut sesuatu yang lebih buruk berlaku.





Ok. Boleh nampakkan wajah jemaah yang cool je. Soalan aku, apa pula perasaan korang kalau berhadapan dengan situasi semacam ini? Tak usah cakap beruklah, monyet. Ha, monyet. Bagaimana atau apakah situasi korang kalau berhadapan dengan segerombolan monyet? Hahaha. Korang janganlah pergi cari sekumpulan monyet untuk jawab soalan aku ni, tapi dengan teknologi dunia kini, korang boleh mengetahui situasi korang dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah ni. <Ketahui situasi anda bila berhadapan dengan sekumpulan monyet>.

10 kombinasi terbaharu makanan paling sedap dan mesti cuba!

10 kombinasi terbaharu makanan paling sedap dan mesti cuba! Zaman serba moden ni kan, semua nak baru, semua nak unik, termasuklah kombinasi makanan ini. Nampak macam pelik tapi jangan tak tahu ya, ia menghasilkan rasa yang sungguh enak! Jom kita terjah apakah 10 kombinasi makanan ini.

1. Nasi lemak + crème brûlée.

88f7

Hidangan nasi lemak dengan puding kelapa dan sambal berry.Hmm, apa rasanya ye?  Makanan ini anda boleh dapatkan di Ecole P,Damansara Uptown.

2. Teh tarik + white coffee.

7a46

A757

Ini memang unik+memang sedap. Fuh, terliur juga aku memandangnya. Bayangkan rasa kopi bercampur dengan rasa manis teh tarik. Apa macam? Mau tak? Hehehehe.

3. Banana cake + peanut butter

E8ea

Baik, ini betul-betul mengugat keimanan aku. Hahahaha. Boleh tak anda semua bayangkan rasanya? Fuh, kena pulak waktu-waktu petang macam ni, pergh, mengancam!

4. Karipap + mee hoon

02f1

Biasa makan karipap kentang? Atau karipap sardin? Pernah kan? Tapi aku confirm yang korang belum pernah makan karipap berintikan meehun. What? Huhuhuhu, inilah menu yang paling rare setakat ni. Ini mesti cuba! Mesti!

5. Watermelon + buffalo wings.

4c08

Sayap ayam pedas di tambah dengan rasa manis tembikai? What da combination?

Aku rasa aku dah tak mampu nak habiskan entry ini. Tangan dan perut aku dah mula mengigil tengok kombinasi terbaharu ni. Memang tak terfikir pun sebelum ni ada menu semacam ni. Korang boleh sambung tengok 10 kombinasi terbaharu makanan paling sedap dan mesti cuba ni. Aku nak siap-siap, nak pergi cari dan makan. Banana cake+peanut butter dengan karipap meehon. Pergh. Sedap. Sedap.

Sunday, September 6, 2015

Tips menghadapi jerebu.


Tips menghadapi jerebu. Baiklah, kalau tadi aku ada kongsikan Tips menghadapi peperiksaan, kali ini aku nak kongsikan pula apakah tips untuk berhadapan dengan jerebu. Kalau korang perasan, cuaca di negara kita sekarang sangat panas dan berkabus. Ada dua jenis kabus ya, 1 kabus yang dekat kawasan pergunungan tu, itu kabus elok, ini kabus jerebu, boleh mendatangkan penyakit.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, jom kenali dengan lebih mendalam apa itu jerebu. Ia adalah 1 fenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan terapung-apung di udara. Ianya terjadi atas 2 sebab. yang pertama adalah secara semulajadi dan yang kedua adalah kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke bumi sekaligus mengurangkan jarak pandangan mata.

Punca kepada jerebu yang melanda *hasil daripada aktiviti manusia* adalah berpunca daripada pembakaran secara terbuka, asap dari kilang dan asap daripada kenderaan. Untuk keadaan sekarang, mesti korang dah tahukan dari mana puncanya jerebu?


Kesan yang bakal dialami jika terdedah terlalu lama/secara berterusan dengan jerebu.

- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
- Sukar bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal
- Terasa sakit dada.

Tips menghadapi jerebu.

- Sentiasa basuh muka dengan bahagian kulit yang terdedah dengan jerebu dengan air bersih.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti luar.
- Sentiasa gunakan mask (penutup hidung dan mulut) bagi mereka yang bekerja di luar atau perlu berada di kawasan terbuka.
- Gunakan penghawa dingin ketika menaiki kenderaan (4 roda).
- Minum banyak air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya jerebu semakin teruk, mereka yang berisiko tinggi adalah di nasihat keluar daripada kawasan tersebut.

Indeks pencermaran udara.

Adalah suatu yang amat penting untuk anda ketahui IPU di kawasan anda. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk halus dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengukur atau mengetahui kualiti udara dan kesannya kepada kesihatan.

Nilai IPUStatus
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya

Tips menghadapi peperiksaan dan doa.


Tips menghadapi peperiksaan dan doa. Esok, pelajar-pelajar darjah enam akan mula menduduki peperiksaan UPSR. Jadi, aku nak ucapkan semoga maju jaya dan dipermudahkan menjawab semua soalan. Disini, aku ingin kongsikan beberapa tips menghadapi peperiksaan. Bukan sahaja untuk peperiksaan UPSR sahaja ya, malah untuk semua jenis peperiksaan yang ada. InsyaAllah.

Tips menghadapi peperiksaan.

1. Bersedia dan datang awal.

Pastikan kita datang awal dan bersedia dengan kelengkapan untuk menghadapi peperiksaan. Kelengkapan itu adalah, pen, pensil, pemadam, kakulator, pembaris dan lain-lain. Bila semua ini tersedia, anda akan lebih bersemangat untuk menjawab soalan.

2. Bersikap tenang.

Perasaan gementar hanya akan membuatkan anda berasa tidak yakin ketika menjawab soalan. Jadi sentiasa bersikap tenang.

3. Lihat dahulu soalan dan sediakan jawapan ringkas.

Ambil masa untuk melihat kesemua soalan yang diberi. Kemudian buat satu rumusan/kata kunci untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. Idea menjawab soalan tidak datang setiap masa. Jadi buat dahulu rumusan mengenai semua soalan yang diberi.

4. Jawab soalan yang paling mudah dahulu.

Jangan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang sukar. Ini hanya akan membuatkan anda berasa tidak yakin untuk menjawab soalan seterusnya. Jadi, jawab soalan yang paling senang dahulu. Apabila kesemua soalan ini telah di jawab, anda boleh mula menjawab soalan yang sukar.

5. Sediakan kata kunci untuk menjawab soalan karangan.

Ambil kertas kosong dan sediakan point utama karangan anda. Sesudah selesai menyenaraikannya, anda boleh mula menjawab soalan berdasarkan point-point yang telah anda senaraikan.

6. Periksa semula jawapan-jawapan anda.

Selesai menjawab soalan, ambil masa untuk periksa jawapan-jawapan anda. Bagi soalan karangan, periksa semula ejaan perkataan.

7. Yakin.

Akhir sekali, anda mestilah yakin dengan apa yang telah anda lakukan. Anda sudah pasti telah melakukan pelbagai perkara sebelum menghadapi peperiksaan ini. Jadi jangan takut dan bersedialah untuk kertas seterusnya. Ya!


Doa menghadapi peperiksaan.

Bagi orang muslim, doa adalah senjata utama di dalam pelbagai perkara, termasuklah ketika menghadapi peperiksaan. Berikut adalah koleksi doa yang boleh anda amalkan.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Review blog secara percuma : Blog anajingga


Review blog secara percuma : Blog anajingga. Orait. Aku sambung lagi sesi review suka-suka aku. Kali ini aku mulakan dengan blog anajingga. Sebenarnya kak ana dengan aku boleh dikatakan kerap jugalah berinteraksi *kerap ke?*hehehe. Dah macam akak dengan adik dah. Kak ana suka memberi pendapat dan idea kepada sesiapa sahaja. Dia juga adalah pemberi "like" kepada status anda di laman sosial. Hahahahha.

Lihat pada banner blog anajingga ini. Ada gambar bunga ros. Cantik tapi ada duri yang mampu melukakan jari anda. Tapi bukanlah bermaksud kak ana akan menyakiti anda ya. Tetapi itulah wanita. Mereka nampak cantik dan lembut, tetapi jangan sesekali menyangka mereka lemah. Pernah dengar ayat ini, tangan wanita yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia? Ha, fikir-fikirkan sejenak ya.

Aku suka dengan template yang menggunakan latar belakang berwarna putih. Template ini mampu mewujudkan suasana tenang kepada pembaca. Sekaligus membuatkan pembaca akan kekal lama di blog kita. InsyaAllah. Blog anajingga lebih kepada penceritaan kisah harian kak ana. Ini dalam kategori blog personal la kan?

Blog ini juga ada menceritakan lokasi-lokasi menarik di malaysia. Terbaharu, rumah terbalik di port dickson. Kalau aku tak baca entry ni, agaknya sampai bila-bila pun aku tak tahu ada rumah terbalik dekat PD. Hello, port dickson dengan melaka, jauh mana je pun, aku boleh bawa anak-anak mandi pantai dekat sana, berkelah kemudian balik. Dekat kan? Hehehe.

Hmm, kalau tengok dekat blog ni, banyak juga cerita drama, Ayaks. Minat drama juga ke? Sama geng dengan sayidahnapisah la ni kan? hehehhe. Sebenarnya, nak kata tengok drama, aku pun tengok, tapi tidaklah terlalu minat. Kadang tu, televisyen pun aku tak bukak. Ha, sungguh tau. Cerita betul ni.

1 je yang aku tak suka tentang blog kak ana ni. Sebabnya bila aku terbaca entry kacang rebus telok intan. Ala kak, mana saya nak cari kacang rebus waktu-waktu macam ni? Sedap tu! Hmm, nak belanja saya tak makan kacang rebus? Hehehehe.

Anyway *cakap orang putih tu* adalah sangat tak rugi untuk korang berkenalan dan berkawan dengan kak ana dari blog anajingga ini. Orangnya sangat peramah dan sporting ya! Seorang yang suka memberi nasihat dan juga pendapat. Aku senang dengan kak ana. Dan aku juga anggap kak ana ni sama macam akak aku. Ok. Jom terjah blog anajingga sekarang. 

Saturday, September 5, 2015

Malapetaka besar bakal melanda September 2015.


Malapetaka besar bakal melanda September 2015. Ya. Inilah yang banyak diperkatakan di laman sosial ketika ini. Katanya akan ada ombar setinggi/sejauh 5km akan melanda. Dan mereka yang berada di kawasan tinggi seperti gunung sahaja yang akan selamat. Selain meminta orang ramai mula mencari perlindungan dengan segera.

Cerita ini aku baca di facebook aku awal pagi semalam. Sudah tentu bila terbacanya, hati aku sedikit takut. Bila kita baca, kita akan bayangkan. Bila kita bayangkan, pasti pelbagai perkara yang timbul di dalam minda kita. Lokasi yang selamat disebutkan hanya di kawasan pergunungan tanahair. Hanya di beberapa lokasi di malaysia.

Ramalan mengenai malapetaka yang akan melanda september 2015 ini, akan menghancurkan ramai umat manusia. Ianya berlaku disebabkan pergerakan bawah tanah yang sangat extreme. Katanya lagi, akibat daripada kejadian ini, akan menghasilkan ombak besar yang sekaligus akan menghancurkan tanah rata. Ini katanya.

Dalam mesej yang disebarkan juga, mengaitkan dengan kejadian gempa yang berlaku di sabah. Tak siapa yang tahu gempa bumi boleh terjadi. Negara malaysia dikatakan berada di luar lingkaran gempa. Tetapi, bila Allah menghendakinya, maka jadilah ia. Gunung sebesar gunung kinabalu juga boleh runtuh dan berubah bentuk. Oleh yang demikian, katanya lagi, kejadian ini pasti berlaku, cuma dirahsiakan sahaja daripada masyarakat umum. 


Persoalan sekarang adalah, apakah perkara ini benar-benar akan berlaku? Jika di tanya pada aku, jika ia sudah ketentuan Allah, ianya pasti berlaku. Tetapi usahlah percaya 100% dengan kabar angin seperti ini. Jika berlaku sekalipun, ianya secara kebetulan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada seorang pun manusia yang boleh terlepas daripadanya. Hanya mereka yang terlalu cintakan kehidupan dunia sahaja yang akan lupa akan perkara ini. Beribadatlah selagi mampu, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri juga.

Review blog secara percuma : Blog akifimtiyaz.

❤ Akif Imtiyaz

Review blog secara percuma : Blog akifimtiyaz. Ada juga yang bertanya, aku review blog orang ni, aku ada buat segmen ke? Sebenarnya tidak. Aku cuma pilih mana-mana blog dan kemudian buat review dengan pendapat aku sendiri. Blog yang aku pilih pula, boleh dikatakan mereka yang kerap singgah dan komen dengan blog ceritaejoy. Ala, tak singgah dan komen pun takpa. Tapi beritahulah nak suruh review, insyaAllah, jika berkesempatan, aku buatkan. Ya.

Baik. Blog akif imtiyaz ini bersempena dengan nama anak bongsu kak lya. Tu, yang ada lesung pipit tu. Besar nanti mesti handsome macam pakcik ejoy. Hahahahaha. Kak lya boleh dikatakan aktif blogger juga. Banyak perkongsian ilmu di blog yang menjadikan warna hijau sebagai warna tema. Susun atur yang sangat kemas dalam blog ini amat-amat menyenangkan aku. Segala benda yang ingin kita cari mudah di capai. Cuma aku tak jumpa colum search je. Atau aku yang mungkin tak nampak? Hehehehe.

Kak lya juga boleh dikatakan sebagai seorang yang friendly. Mudah memberi pendapat atau pandangan jika diminta. Janganlah minta pendapatan pula ya! Hehehe. Blog yang banyak bercerita mengenai hal anak-anak kak lya ni memang tak bosan nak baca. Keletah anak-anak kak lya, kadang-kadang mampu membuatkan kita tersenyum. Ya, anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.


Terbaharu, kak lya ada buat giveaway sempena ulang tahun penubuhan blog akifimtiyaz. Masih belum terlambat untuk join giveaway ini. Di samping boleh memenangi hadiah, kita boleh berkenalan dengan blogger baru. Kan? Ok, kalau nak join, bolehlah klik pada banner di atas ya! Baiklah, disini saya menyeru dan mengajak semua ke blog kak lya di http://www.akifimtiyaz.com *hehehe, url penuh lagi*. Banyak yang boleh korang pelajari di blog kak lya. Ya! Terima kasih kerana sudi baca dan singgah ke bloh ceritaejoy. 

Manusia terpendek di dunia meninggal pada usia 75 tahun.

Chandra Bahadur Dangi

Manusia terpendek di dunia. Chandra Bahadur Dangi pemegang rekod lelaki paling pendek di dunia dalam Guinness Book of Records meninggal dunia pada usia 75 tahun. Bagaimanapun, penyebab kepada kematian lelaki ini tidak diketahui kerana penyakitnya di rahsiakan. Hmm, kenapa kena rahsia ek? Ini pelik.

Sedikit mengenai Chandra Bahadur Dangi, ketinggiannya cuma 54.6cm. Tinggal di sebuah kampung kecil di Kathmandu. Beliau mula mengembara ke seluruh dunia selepas sahaja diisytiharkan sebagai lelaki terpendek di dunia. Boleh tak korang bayangkan, betapa rendahnya beliau? Kalau tak berapa nampak, sila ambil pita pengukur dengan segera.

Chandra Bahadur Dangi

Chandra Bahadur Dangi

Chandra Bahadur Dangi

Melihat kepada gambar-gambar di atas, mesti korang dah boleh bayangkan bagaimana sukarnya kehidupan Chandra Bahadur Dangi ni kan? Mesti, mesti ada yang terkejut jika berjumpa dengan beliau pada waktu malam. Kalau orang kampung takdelah kan, ini orang luar. Walaubagaimanapun, setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya. Buktinya, dengan "kecacatan" yang beliau alami, beliau mampu untuk mengembara ke seluruh dunia. 1 perkara yang tidak boleh dilakukan semua orang yang sempurna di muka bumi ini. Kan?

Selepas daripada kematian manusia terpendek di dunia ini, sudah pasti Guinness Book of Records akan kembali mencari siapakah pengantinya. Nama Chandra Bahadur Dangi akan disemadikan di dalam kenangan sebagai salah seorang manusia terpendek di dunia. Satu kekurangan yang memberi banyak kelebihan.

Friday, September 4, 2015

Berani merubah kehidupan.


Berani merubah kehidupan. Semua orang pun ingin menjadi kaya. Tetapi berapa ramai yang berani mengubah hidup mereka? Kita lebih selesa berada di dalam zon selesa. Tidak perlu memikir bagaimana untuk mencari dan menambah pendapatan. Tetapi sedarkah kita, pendapatan yang terhasil daripada titik peluh kita itu bukanlah hak mutlak kita? Aku dah lama memikirkan akan hal ini. Dan ianya di tambah lagi selepas aku membaca artikel di blog top bloggers malaysia, Tuan denaihati.

Semua orang ada keinginan nak jadi kaya. Kalau di tanya pada aku, aku juga nak jadi kaya dan menjadi seorang jutawan. Tetapi adakah dengan bekerja dari jam 9 hingga ke lewat petang atau membawa hingga ke malam mampu menjadikan kita mencapai apa yang kita inginkan? Adalah suatu perkara gila jika kita mempunyai impian seperti itu.

Kita tak suka tapi kita tetap teruskan untuk bertahun lamanya. Malahan hingga ke hujung hayat kita. Inilah yang berlaku dalam kehidupan hari ini. Malah, tak terlalu keras kalau aku cakap, kehidupan kini semakin tertindas berbanding 5 atau 10 tahun lepas. Persoalan sekarang, siapa yang berani keluar daripada kehidupan selesa dan mula mencari kehidupan yang mereka inginkan?


Kalau di tanya pada 10 orang. Siapa yang dengan beraninya, berhenti kerja serta merta dan mula berniaga. Berkemungkinan hanya 1 daripada 10. Atau langsung tiada. Apa yang mereka fikirkan? Takut segalanya menjadi susah dan lebih teruk. Bayaran rumah, kereta, anak-anak, insurans, belanja harian, dan macam-macam lagi. Dan tahulah akan perkara inilah yang menghalang ramai orang daripada menjalani kehidupan yang mereka impikan.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa ramai yang merungut dengan kehidupan mereka tapi masih lagi berada dan melakukan perkara yang sama setiap hari, bulan, tahun dan selama-lamanya. Orang cakap dah tak boleh nak buat apa. Ini ketetapan. Sebenarnya salah! Ini bukan ketetapan. Ini adalah pilihan. Anda yang memilih untuk terus hidup seperti ini.


Tak siapa yang boleh mengubah kehidupan kita melainkan diri kita sendiri. Kita yang menentukan bagaimana jalan kehidupan kita. Pilihan di tangan kita. Jangan disebabkan kita tak mahu berubah, keluarga dan anak cucu kita terkesan. Jalan meniti kejayaan memang sukar dan banyak rintangannya. Tapi ketahuilah akan manisnya yang menanti.

Krisis pelarian syria : Aylan kurdi.

Aylan Kurdi, left, and his older brother, Ghalib.

Krisis pelarian syria : Aylan kurdi.. Umum masyarakat dunia mengetahui situasi yang berlaku di syria. Kisah ini banyak diperkatakan samada di media sosial ataupun media cetak. Namun, apa yang menarik perhatian baru-baru ini, mengenai kisah pelarian syria yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik di canada menemui ajal kerana bot yang mereka naiki karam akibat ombak besar.

Sebelum kita berbicara lebih lanjut akan hal ini. Mari kita ketahui terlebih dahulu definisi pelarian (refugee definition). Pelarian adalah berbeza dengan pendatang. Pelarian adalah bermaksud, mereka yang terpaksa meninggalkan negara mereka atas kerana takut kepada penganiayaan yang berkaitan dengan agama, bangsa, kewarganegaraan, ataupun politik.

Baik. Kita dah tahu kenapa penduduk syria menjadi pelarian. Kembali kepada kisah bot yang karam tadi. Kisah ini menjadi tumpuan dunia apabila mayat seorang kanak-kanak kecil, yang dikenali dengan nama aylan kurdi, ditemui di persisir pantai turki. Keluarga pelarian ini dikatakan dalam perjalanan ke Vancouver, Canada.

syrian refugees aylan kurdi

syrian refugees aylan kurdi

Ketika di dalam perjalanan, bot yang mereka naiki, telah karam akibat ombak besar. Bagaimana seorang anak kecil seperti  aylan kurdi ini ingin berhadapan dengan air ombak?? Ini yang menimbulkan banyak kemarahan rakyat dunia termasuklah aku! Siapa yang sanggup melihat anak syurga ini berada di dalam keadaan sedemikian??

Anak syurga ini baru berumur 3 tahun! Masih belum mengetahui akan kehidupan dunia. Tetapi mereka turut sama di heret ke kancah krisis kehidupan manusia. Apa yang mampu kita lakukan? Melihat? Dan hanya meluahkan rasa simpati?

syrian refugees aylan kurdi

Mungkin ini sudah menjadi ketetapan ilahi. Mungkin juga pengakhiran anak syurga ini adalah di dalam keadaan seperti ini. Namun disebalik apa yang berlaku ini, ia telah membuka "banyak mata" untuk melihat kepada apa yang sedang berlaku di syria. Dalam pada kita merasakan kehidupan kita terlalu tertekan, ada yang lebih merasakannya. Ini terbukti dengan kejadian yang menimpa aylan kurdi. 

Mata masyarakat dunia telah tertutup dengan kehitaman. Hanya mampu meluahkan rasa simpati tanpa mampu berbuat apa-apa. Tak usah persoalkan kenapa banyak bala yang menimpa. Ianya mungkin atas kesalahan manusia itu sendiri. Cuba bayangkan jika yang di dalam gambar itu adalah mereka yang anda kenal atau mungkin daripada waris anda sendiri. Apa perasaan anda? Tepuk dada, tanya hati.

syrian refugees aylan kurdi

Syurga menantimu aylan kurdi. Sesungguhnya Allah mengetahui dengan setiap apa yang berlaku. Ada kehidupan yang lebih bahagia yang telah disediakan buatmu anak kecil. Berseronoklah kamu di sana. Ini telah dijanjikan olehnya. Kami yang masih hidup ini, hanya mampu berdoa untuk kamu. InsyaAllah. #KiyiyaVuranInsanlik. #HumanityWashedAshore.:

Gambar Belangkas