Krisis pelarian syria : Aylan kurdi.. Umum masyarakat dunia mengetahui situasi yang berlaku di syria. Kisah ini banyak diperkatakan samada di media sosial ataupun media cetak. Namun, apa yang menarik perhatian baru-baru ini, mengenai kisah pelarian syria yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik di canada menemui ajal kerana bot yang mereka naiki karam akibat ombak besar.
Sebelum kita berbicara lebih lanjut akan hal ini. Mari kita ketahui terlebih dahulu definisi pelarian (refugee definition). Pelarian adalah berbeza dengan pendatang. Pelarian adalah bermaksud, mereka yang terpaksa meninggalkan negara mereka atas kerana takut kepada penganiayaan yang berkaitan dengan agama, bangsa, kewarganegaraan, ataupun politik.
Baik. Kita dah tahu kenapa penduduk syria menjadi pelarian. Kembali kepada kisah bot yang karam tadi. Kisah ini menjadi tumpuan dunia apabila mayat seorang kanak-kanak kecil, yang dikenali dengan nama aylan kurdi, ditemui di persisir pantai turki. Keluarga pelarian ini dikatakan dalam perjalanan ke Vancouver, Canada.
Ketika di dalam perjalanan, bot yang mereka naiki, telah karam akibat ombak besar. Bagaimana seorang anak kecil seperti aylan kurdi ini ingin berhadapan dengan air ombak?? Ini yang menimbulkan banyak kemarahan rakyat dunia termasuklah aku! Siapa yang sanggup melihat anak syurga ini berada di dalam keadaan sedemikian??
Anak syurga ini baru berumur 3 tahun! Masih belum mengetahui akan kehidupan dunia. Tetapi mereka turut sama di heret ke kancah krisis kehidupan manusia. Apa yang mampu kita lakukan? Melihat? Dan hanya meluahkan rasa simpati?
Mungkin ini sudah menjadi ketetapan ilahi. Mungkin juga pengakhiran anak syurga ini adalah di dalam keadaan seperti ini. Namun disebalik apa yang berlaku ini, ia telah membuka "banyak mata" untuk melihat kepada apa yang sedang berlaku di syria. Dalam pada kita merasakan kehidupan kita terlalu tertekan, ada yang lebih merasakannya. Ini terbukti dengan kejadian yang menimpa aylan kurdi.
Mata masyarakat dunia telah tertutup dengan kehitaman. Hanya mampu meluahkan rasa simpati tanpa mampu berbuat apa-apa. Tak usah persoalkan kenapa banyak bala yang menimpa. Ianya mungkin atas kesalahan manusia itu sendiri. Cuba bayangkan jika yang di dalam gambar itu adalah mereka yang anda kenal atau mungkin daripada waris anda sendiri. Apa perasaan anda? Tepuk dada, tanya hati.
Syurga menantimu aylan kurdi. Sesungguhnya Allah mengetahui dengan setiap apa yang berlaku. Ada kehidupan yang lebih bahagia yang telah disediakan buatmu anak kecil. Berseronoklah kamu di sana. Ini telah dijanjikan olehnya. Kami yang masih hidup ini, hanya mampu berdoa untuk kamu. InsyaAllah. #KiyiyaVuranInsanlik. #HumanityWashedAshore.:
No comments:
Post a Comment