Friday, September 11, 2015

[TERKINI] LAPORAN KEJADIAN KREN TUMBANG SUDAH DIKENAL PASTI



Kren yang tumbang lewat petang semalam di kawasan Masjidil Haram, Mekah sehingga menyebabkan puluhan kematian dipercayai telah dipanah petir sebelum itu.

Sekeping gambar yang diambil tepat ketika petir berkenaan menyambar memperlihatkan dengan jelas kejadian itu.

Ada laporan menyebut, panahan petir itu berlaku sehari lebih awal dari kejadian. Ada pula yang mendakwa hanya beberapa detik sebelum kren berkenaan tumbang.

Setakat ini, faktor cuaca buruk termasuk tiupan angin yang kuat turut menjadi punca kren berkenaan tumbang.

Wartawan Bernama yang melaporkan proses Haji tahun ini turut melaporkan bahawa ketika kejadian, hujan turun dengan sangat lebat.

Ketika berita ini ditulis pukul 2.40 pagi, jumlah kematian sudah pun mencecah 87 orang.

Tabung Haji pula mengesahkan seramai 6 jemaah Malaysia turut cedera dalam kejadian berkenaan.


Turut tersebar di Youtube adalah sebuah video yang dikatakan diambil ketika kejadian kren berkenaan tumbang.

Kedengaran para jemaah melaungkan syahdah ketika berlari menyelamatkan diri.

Kesahihan video itu bagaimanapun belum dapat dibuat sepenuhnya.

Selain itu, beberapa video lain turut mula viral memperlihatkan kejadian berkenaan dari sudut-sudut yang lain.-MYNEWSHUB.CC


KLIK SINI
>>DETIK-DETIK KREN TUMBANG DI MASJIDIL HARAM<<

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas