Kedai gunting rambut di johor bahru.
Mengimbau nostalgia kehidupan rakyat malaysia dalam bentuk hitam putih. Bila tengok gambar-gambar di bawah ni, teringat filem-filem Tan sri P ramlee. Hingga kini, filem-filemnya *dalam bentuk hitam putih* masih ditayangkan dan mampu mencuit hati kita. Hingga ke hari ini juga, aku masih menyimpan gambar-gamabr aku sewaktu kecil dahulu dalam bentuk gambar hitam putih. Sememangnya ianya memberi 1001 makna kepada aku.
Mengimbau sejarah malaysia atau lebih tepatnya, perjalanan kehidupan rakyat malaysia dahulu, benar-benar membuatkan kita berasa sangat bersyukur dengan kehidupan kita sekarang. Pemandangan ini sememangnya sangat sukar untuk dilihat sekarang. Hampir kesemua lokasi-lokasi yang ada telah dibangunkan dengan bangunan pencakar langit. Anak-anak muda kini, sudah pasti tidak akan berhadapan atau mengalami pengalaman indah ini.
Georgetown, Pulau Pinang
Suasana pengeringan buah pinang.
Sejarah kemerdekaan malaysia menceritakan bagaimana perit jerihnya orang terdahulu di dalam mencari pendapatan. Kalaulah proses mencari pendapatan dahulu kala sama seperti harini, ambil contoh jana pendapatan melalui online, sudah pasti kenangan seperti ini tidak ada. Dan sudah pasti juga tiada cerita yang boleh kita kongsikan dengan anak cucu kita. Pengalaman sememangnya bukanlah suatu yang boleh di jual beli. Pengalaman adalah suatu perjalanan yang mesti dilalui.
Suasana jalan raya di Jesselton (kini Kota Kinabalu)
Melaka.
Kalau nak dibandingkan kehidupan lalu dengan sekarang, ternyata sangatlah berbeza. Kehidupan kini boleh dikatakan semuanya berada di hujung jari. Berbeza dengan zaman dahulu yang dilihat lebih kepada kemasyarakatan. Suasana inilah yang menjadi kenangan terindah kepada sesetengah orang. Jika anda melawat ke melaka, jangan lupa untuk singgah ke "jonker walk". Situasi seperti di dalam gambar-gambar ini masih lagi anda boleh jumpa, cuma "suasananya" pasti berbeza.
Jika di tanya pada aku, aku lebih gemarkan suasana dulu. Teringat waktu aku ikut ayah ke kedai minum. Meja bulat, kerusi kayu, kipas siling yang aku sendiri tak pasti samada kukuh atau tidak, suasana bising dengan perbualan, ada meja khas tuk main dam dan lagu-lagu yang di pasang di radio juga klasik. Kenangan inilah yang mengimbau nostalgia aku semasa zaman kecil dahulu.
Petaling street.
Public phone.
Banyak sebenarnya memori yang tersimpan bila melihat kembali gambar hitam putih ni. Aku pasti, korang juga teringat nostalgia lama yang mungkin di abadikan pada gambar-gambar ini. Ini sebenarnya, sebahagian sahaja. Banyak lagi koleksi-koleksi gambar hitam putih yang ada. Mungkin salah satunya, adalah gambar yang sudah lama anda cari, mana tahu, kan? Oklah, cukuplah perkongsian aku setakat ini, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy. Daa~
No comments:
Post a Comment