Tips menghadapi jerebu. Baiklah, kalau tadi aku ada kongsikan Tips menghadapi peperiksaan, kali ini aku nak kongsikan pula apakah tips untuk berhadapan dengan jerebu. Kalau korang perasan, cuaca di negara kita sekarang sangat panas dan berkabus. Ada dua jenis kabus ya, 1 kabus yang dekat kawasan pergunungan tu, itu kabus elok, ini kabus jerebu, boleh mendatangkan penyakit.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, jom kenali dengan lebih mendalam apa itu jerebu. Ia adalah 1 fenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan terapung-apung di udara. Ianya terjadi atas 2 sebab. yang pertama adalah secara semulajadi dan yang kedua adalah kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke bumi sekaligus mengurangkan jarak pandangan mata.
Punca kepada jerebu yang melanda *hasil daripada aktiviti manusia* adalah berpunca daripada pembakaran secara terbuka, asap dari kilang dan asap daripada kenderaan. Untuk keadaan sekarang, mesti korang dah tahukan dari mana puncanya jerebu?
Kesan yang bakal dialami jika terdedah terlalu lama/secara berterusan dengan jerebu.
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.- Sukar bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal
- Terasa sakit dada.
Tips menghadapi jerebu.
- Sentiasa basuh muka dengan bahagian kulit yang terdedah dengan jerebu dengan air bersih.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti luar.
- Sentiasa gunakan mask (penutup hidung dan mulut) bagi mereka yang bekerja di luar atau perlu berada di kawasan terbuka.
- Gunakan penghawa dingin ketika menaiki kenderaan (4 roda).
- Minum banyak air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya jerebu semakin teruk, mereka yang berisiko tinggi adalah di nasihat keluar daripada kawasan tersebut.
Indeks pencermaran udara.
Adalah suatu yang amat penting untuk anda ketahui IPU di kawasan anda. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk halus dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengukur atau mengetahui kualiti udara dan kesannya kepada kesihatan.
Nilai IPU | Status |
---|---|
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak Sihat |
201 - 300 | Sangat Tidak Sihat |
301 - 500 | Berbahaya |
No comments:
Post a Comment