Tuesday, September 8, 2015
Masih lagi dengan masalah invalid security token error 403.
Masih lagi dengan masalah invalid security token error 403. Ingatkan bila masuk log in blog pagi ini semuanya dah kembali kepada asal, rupanya masih sama. Semalam aku berhadapan dengan masalah error 403 yang tidak diketahui puncanya. Cuba tanya pakcik google, dia pun tak tahu. Bila dia tak tahu, ini bermakna ini adalah kes terbaru! Kes yang tak pernah berlaku *kalau biasa berlaku, mesti banyak dekat google search*.
Aku lihat ramai juga yang masuk ke dalam blog ceritaejoy *dari luar negara* mencari apakah penyelesaian kepada masalah ini. Ini bermakna, mereka juga mengalami masalah yang sama. Masalah invalid security token error 403 yang tidak diketahui puncanya. Tiba-tiba je ada. Bila aku search, ada yang berhadapan dengan, pelawat tidak boleh tinggalkan komen, tapi ada sahaja rakan-rakan blog ceritaejoy yang datang tinggalkan komen. Ini aku pelik!
Ada juga aku tanyakan pada sifu HH, katanya ianya mungkin melibatkan code yang aku masukkan ke dalam template blog. Seingat aku, last aku edit template blog adalah dengan memasukkan code Popads. Ya. Inilah code terakhir yang aku masukkan. Kata sifu, mungkin terdapat masalah dengan code tersebut. Kena register balik dan masukkan semula dalam template. Aku dah buat, ternyata masalah invalid security token error 403 ni masih kekal! Arghh!
Ada rakan baharu, katanya dari brazil. Juga mengalami masalah yang sama. Dia nasihatkan aku untuk tambah author blog ceritaejoy. Masukkan email baharu. Sudah juga aku buat. Masih tak hilang error 403 ni. Dah kenapa weh? Apa masalahnya ni? Aku betul-betul tertekan sekarang ni. Sekarang aku dah kembali kepada template blog yang asal. Simple template. Dengan harapan masalah aku ini akan selesai. Akhirnya, tahu apa terjadi? Ada paparan ini pada blog ceritaejoy: Invalid security token error 403.
Aku dah mula tension dan pening. Bila semua benda aku dah cuba dan usaha, masih lagi memberikan keputusan yang sama. Dengan langsung tiada bantuan dan sumber di pihak google, aku memikirkan jalan terakhir adalah dengan "Delete blog ceritaejoy" dan mula semula membina blog baharu. Ini sahaja jalan terakhir yang aku nampak. Hmm. Sedih juga memikirkan kalau aku terpaksa delete blog aku ni.
Apa pun, itu adalah jalan terakhir, aku masih lagi memberi masa dan perlu usaha untuk selesaikan masalah ni. Mana ada masalah yang tidak boleh diselesaikan? *kata-kata semangat untuk diri aku*. Semoga masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini. InsyaAllah. Jika korang ada penyelesaian or if you know how to fix invalid security token error 403. Silalah kongsikan dengan aku yer!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment