Thursday, September 17, 2015
[VIDEO] 4 JAM PARKING KERETA DI MALL RM12K - JANGAN TERKEJUT TENGOK MALL MANA
Seorang Datin dan rakannya terkejut apabila melihat jumlah caj parking yang perlu dibayarnya mencecah RM12,000 atau secara tepatnya, RM12,177.
Dia meletakkan kenderaannya untuk tempoh empat jam ketika meraikan majlis hari jadi di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Menurut mangsa, Datin Ira Ghani, caj tersebut ternyata jauh lebih tinggi dari biasa dan tidak masuk akal.
Menurutnya, caj sebanyak itu bersamaan dengan caj parking selama 408 hari.
“Pada hakikatnya kami berada di situ tidak lebih empat jam dan perkara itu menambah kemusykilan kami,” memetik laporan myMetro.
Insiden pelik itu dikatakan mula terjadi apabila dia dan rakannya keluar meninggalkan tempat berkenaan setelah selesai majlis yang dihadirinya. Dia mula merasa pelik apabila rakannya berpatah balik dan mengajaknya melihat sendiri harga bayaran tiket di mesin pembayaran automatik.
“Saya hairan kenapa dia berpatah balik dan mengajak saya untuk melihat sendiri harga bayaran tiket berkenaan.
“Kami terkejut dengan jumlah harga tiket yang terpapar di skrin mesin pembayaran automatik,” ceritanya sambil tertawa.
Mereka berdua kemudian membuat aduan ke pusat aduan parking disitu dan ternyata ada berlaku kesilapan teknikal pada mesin yang terbabit.
“Perkara itu diselesaikan dengan bantuan pihak pengurusan parkir terbabit dan bayaran tiket parkir terbabit hanyalah sebanyak RM12 saja,” katanya.
Ira Ghani kemudiannya memuat naik video berkenaan ke laman Instagramnya yang kemudian menjadi viral di media sosial. - Siakapkeli.my
ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment