Wednesday, September 9, 2015

4GAMBAR!! PELAWAK ABAM BOCEY TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA!!


Pelawak Abam dari kumpulan Bocey telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya semalam. Kemalangan berlaku di Gombak pagi semalam.


Dikatakan kejadian berlaku kira-kira 8 pagi, yang mana kereta Perodua Myvi milik Abam bertembung dengan sebuah kereta Saga.

Kereta Myvi milik Abam remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan.

Menurut saksi, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Abam ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Firdaus dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara.

Keadaan Abam dan pembantunya itu sihat sahaja tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.

Ini komen Abam:

“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,”

“Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan,” 

Ini gambarnya:






No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas