Sebagai pengguna lebuhraya yang agak kerap juga, selalu berulang-alik KL - Johor - KL , kawasan rehat di sepanjang lebuhraya sememangnya mnejadi isu utama. Ini adalah kerana waktu perjalanan yang panjang menuntut beberapa perkara yang mesti dilakukan dalam perjalanan.
Pertama - berhenti solat,
Kedua - qada hajat
ketiga - makan
keempat - rehat untuk melepaskan kepenatan memandu lama (termasuklah tidur sebentar)
dll -
Sejak saya pulang dari belajar di luar negara pada penghujung 1980an, banyak perubahan dan peningkatan telah berlaku disepanjang lebuhraya.
Jika dahulu, sepanjang KL - Johor hanya ada 1 tempat perhentian rehat (kalau tidak silap lah...nanti marah pula orang PLUS), sekarang sudah ada banyak. Dipanggil R&R, Rehat & Rawat.
Kemudahan yang disediakan juga sudah banyak berubah, sudah tentunya semakin baik.
Terutamanya TANDAS!
Alhamdulillah. Rata-rata tandas di R&R sekarang boleh dikatakan tip-top ... sentiasa ada orang membersihkannya...*thumbs up!*
tempat solat juga sudah semakin bersih dan cantik ... dengan kemudahan pili-pili mengambil wudhuk disediakan berdekatan tempat solat...