Showing posts with label Himpunan Makanan Warisan Negeri Perak Hampir Pupus. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Makanan Warisan Negeri Perak Hampir Pupus. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Telur Dadar Ikan Loma


Telur Dadar Ikan Loma
Telur Dadar Ikan Loma
Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Rotan Bakar
Ikan Masak Belotak

Selagi tak habis..... selagi tu la blog awok yang tak seberapa ni akan bercerita Makanan Hampir Pupus Perak .......
kali ni awok nak kenalkan kome dengan sejenis lauk-pauk yang rasanya makin pupus......
kalo ditanya pada budak2 muda sekarang ni....
awok percaya deme pun tak pernah lagi dengo.....

Telur Dadar Ikan Loma....
Makanan ini disediakan dengan menggunakan telur ikan loma yang dicampur dan digaul dengan putih telur sebagai bahan pengikat supaya telur yang digoreng tidak pecah......
Ikan Loma merupakan sejenis ikan yang banyak didapati di Sungai Perak ataupun tasik.....
Selain telur putih, ianya juga akan dicampur dengan daun kunyit,bawang dan lain-lain bahan untuk menaikkan rasa....
Makanan ini biasanya dijadikan bekalan para nelayan darat dan juga petani apabila keluar bekerja.....

Telur Dadar Ikan Loma
Bahan-bahan Telur Dadar Ikan Loma yang telah dicampur sebelum dimasak

Sumber/Bahan-bahan:
Ikan Loma
Telur Ayam Kampung
Bawang Merah/Kecil
Kunyit
Cili Padi/Api
Daun Kesum
Asam Jawa
Garam
Rupa Ikan Loma (sumber dari http://mediashahalam.blogspot.com)
Cara Membuatnya:-
Telur Ikan Loma dibasuh dan direndam dengan air asam jawa dan garam selama setengah jam.....
Kemudian basuh dan toskan....
Bawang Besar dimayang halus dan sebahagian lagi ditumbuk lumat bersama cili......
Semua bahan disatukan dan digaul sebati...
Dan tuang dan ratakan didalam kuali leper yang telah panas dan  disapu minyak masak......
Masak sehingga 10 - 15 minit.. Hendaklah dibalik-balikkan supaya ikan masak rata....










Tuesday, June 9, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Ikan Masak Belotak

Ikan Masak Belotak
Ikan Masak Belotak yang telah masak



Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Sambal Serai
Kerabu Umbut Rotan Bakar

Kita teruskan lagi penjelajahan kita dengan Makanan Hampir Pupus Negeri Perak....
Kali ini awok nak memperkenalkan kepada kome sejenis lauk-pauk yang awok rasa dah lama atau kome tak pernah jumpa lagi sebelum ni....

Ikan Masak Belotak
Masakan ini popular di kalangan pesawah kerana ikan yang digunakan adalah ikan yang diperolehi di sawah seperti haruan, keli dan puyu.....
Belotak adalah inovasi masyarakat terdahulu bagi mengelakkan ikan yang telah medak atau separa rosak terbuang begitu sahaja....
Ikan yang telah medak akan dibasuh menggunakan daun bebuas atau kunyit bagi menghilangkan bau hanyir atau medak.....
Setelah dicuci barulah direbus dan seterusnya dihasilkan belotak....

Sumber/Bahan-bahan:
Ikan Haruan
Ikan Puyu
Bawang Merah/Kecil
Serai
Cili Padi/Api
Kunyit
Santan Kelapa
Asam Gelugur/Keping
Garam

Cara Membuatnya:-Masakan ini berasaskan ikan dari sawah yang dibasuh dengan daun bebuas, direbus dan diambil isinya sahaja.......Bahan-bahan pelengkap seperti bawang merah, serai dan cili padi yang ditumbuk halus, hirisan daun kunyit, santan kelapa, asam gelugur dan garam.....Kesemua bahan dicampur dan dimasak atas api yang sederhana sehingga masak!!!

Monday, June 8, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Kerabu Umbut Rotan Bakar



Kerabu Umbut Rotan Bakar
Kerabu Umbut Rotan Bakar
Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Sambal Serai


Sejenis lagi Makanan Hampir Pupus Perak awok akan perkenalkan pada kome semua....
awok pasti tak ramai yang pernah makan lauk ni.....

Kerabu Umbut Rotan Bakar
Makanan ini menggunkan umbut rotan yang dibakar sebagai bahan utama sebelum dicampur dengan bahan lain untuk dijadikan kerabu.....
Bahan-bahan campurannya tidak banyak beza dengan bahan campuran lain untuk membuat kerabu....
Rotan kebiasaannya diperolehi dari dalam hutan dan perlu terlebih dahulu dibakar untuk melembutkannya...
Ianya dimakan bersama nasi sebagai sayuran.......

Kerabu Umbut Rotan Bakar
Antara Bahan-bahan utama

Kerabu Umbut Rotan Bakar
Bahan-bahanya termasuk rotan yang telah dibakar...
Sumber/Bahan-bahan:
Cili padi
Kerisik
Kelapa
Belacan
Udang Geragau
Serai
Lengkuas
Bawang
Santan Kelapa
Limau Kasturi
Garam

Cara Pembuatannya:-Batang rotan muda perlu dibakar dan disiat kulitnya dan diambil umbutnya yang lembut.....dipotong satu ke dua inci panjang....Cili padi, kerisik, belacan, serai, lengkuas, garam dan serbuk perasa ditumbuk sehingga lumat....Umbut digaul bersama bahan yang telah ditumbuk tadi bersama bawang kecil yang dimayang.....Sedikit pati santan dan perahan limau dimasukkan untuk rasa yang lebih enak.....

Sunday, June 7, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Sambal Serai


Makanan Hampir Pupus Perak
Rupa Sambal Serai

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini


Setelah berehat dua hari kita sambung lagi dengan sejenis lagi Makanan Warisan Hampir Pupus Perak.....
kali ini makanan tersebut merupakan sejenis sambal ..... iaitu:-


Sambal Serai
Makanan ini merupakan sejenis sambal yang disediakan menggunakan serai sebagai bahan utama disamping udang kering, bawang merah  dan lain-lain.....
Penyediaannya agak mudah walaupun tidak ramai yang mengetahuinya...
Ianya dimakan bersama-sama dengan nasi....
Sambal Serai ini boleh disimpan lama serta boleh dimakan seperti serunding....


Makanan Hampir Pupus Perak
Antara Bahan-bahan dalam pembuatan Sambal Serai

Sumber/Bahan-bahan:
Serai
Udang Kering
Cili Padi 
Garam
Gula
Bawang Merah
Limau Nipis

Cara Membuatnya:-
Semua bahan-bahan kecuali limau ditumbuk sehingga lumat.....
Kemudian diperah limau dan dikacau rata..... dan sedia untuk dimakan!

Thursday, June 4, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur



Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur yang telah siap 

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Bayas 
Kulat Sisir
Penjan Ubi
Ikan Pindang Daun Seniar
Kebebe
Gulai Kemahang
Nasi Lemuni

Sejenis lagi lauk gulai yang hampir payah nak jumpa sekarang ni...

Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Antara bahan2 untuk Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur

Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Masakan  in imenggunakan pucuk asam gelugur yang masam dan telah diolah menjadi satu hidangan yang enak.....
Hidangan ini sesuai dijadikan sajian pada waktu tengahari.....
Rasa gulainya agak masam, namun ada kalanya menjdai pilihan sebagai pembuka selera.....
Ianya biasa dicampur dengan udang atau ikan bilis bagi menaikkan rasa....
Namun tidak ramai mengetahui bahawa pucuk asam gelugur juga boleh dimakan mentah....

Bahan-Bahan:
Pucuk Asam Gelugur
CIli Padi
Kunyit Hidup
Serai
Santan
Ikan Bilis
Garam

Cara Membuat:
Cili Padi, kunyit hidup dan garam dikisar....
Bahan yang telah dikisar dimasukkan kedalam periuk....
Masukkan santan dan ikan bilis dan masak sehingga mendidih....
Masukkan pucuk asam gelugur dan biarkannya untuk seketika.....
dan Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur telah siap untuk dimakan.....

Wednesday, June 3, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Nasi Lemuni

Nasi Lemuni
Nasi Lemuni yang telah siap dan sedia untuk dimakan

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Bayas 
Kulat Sisir
Penjan Ubi
Ikan Pindang Daun Seniar
Kebebe
Gulai Kemahang

Moh kome, kali ni awok nak kome kenal dengan sejenis Nasi yang hampir pupus di Perak.....

Nasi Lemuni
Nasi Lemuni masih boleh ditemui semsa bulan puasa disekitar Kuala Kangsar dan Lenggong....
Ianya tidak dimasak seperti menanak nasi biasa disebabkan nasi ini perlu dimasak dengan menggunakan daun lemuni yang sukar diperolehi....
Nasi ini sesuai dan sering disediakan untuk wanita didalam pantang selepas bersalin...

Nasi Lemuni
Antara bahan dalam pembuatan Nasi Lemuni

Sumber/Bahan:
Beras
Daun Lemuni
Santan Kelapa
Halia
Bawang Merah
Serai
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Lada Hitam
Halba
Garam

Cara Membuatnya:
Bawang merah dan halia dimayang halus....
Daun Lemuni ditumbuk lumat dan direndam didalam secawan air, ditapis dan diambil airnya....
Kemudian beras dibasuh bersih sebelum digaul dengan santan dan air daun lemuni....
Masukkan semua bahan dan digaul dengan garam secukup rasa.....
Kemudian ianya dimasak dengan api sederhana...
Apabila mendidih, hendaklah dikacau dan ditutup semula...
Kecilkan api dan biar seketika hingga masak.....

Tuesday, June 2, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Gulai Kemahang

Gulai Kemahang
Rupa Gulai Kemahang yang telah siap


Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Bayas 
Kulat Sisir
Penjan Ubi
Ikan Pindang Daun Seniar
Kebebe
Nasi Lemuni

Sejenis lagi lauk yang makin sukar dijumpai adalah Gulai Kemahang...

Gulai Kemahang
Gulai Kemahang menggunakan tumbuhan dari keluarga keladi sebagai bahan utama...
Keladi Kemahang adalah sejenis keladi liar yang gatal jika tidak diproses dengan sempurna....
Batang atau tangkai daun keladi perlu dibuang kulit luar sebelum dipotong spenajang lebih kurang 3 inci....
Untuk mengurangkan rasa gatal, Keladi Kemahang terlebih dahulu perlu direbus dan ditoskan atau direndam dengan air bergaram sebelum dimasak....
Selain itu, menurut petua orang tua lama di Lenggong, Kemahang yang hendak diambil hendaklah tidak bertindih bayang si pengambil dan bayang pokok tidak bertindihan bayang.....
Elakkan juga mengambil Kemahang yang sedang berbunga kerana kebiasaanya adalah gatal.....
Masakan ini pernah dimasak dan dijadikan hidangan istimewa untuk santapan salah seorang SUltan Perak yang telah mencemar duli bertandang ke perkampungan di Lenggong....

Sumber/Bahan:
Keladi Kemahang
Pucuk Paku
Pucuk Salang
Daun Kesum
Cili Padi
Bawang Merah
Serai
Ikan Bilis
Kunyit
Santan Kelapa
Asam Keping
Garam

Cara Membuat:
Kemahang disiat kulitnya dan direbus bersama isi buah pinang sehingga empuk untuk menghilangkan gatal.....
Kisar cili padi, bawang merah dan serai seterusnya dimasak bersama ikan bilis...
Seterusnya masukkan Kemahang didalam periuk bersama santan, garam, kunyit dan asam keping...
Apabila mendidih masukkan pucuk paku, pucuk salang dan daun kesum....




Monday, June 1, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Ikan Pindang Daun Seniar


Ikan Pindang Daun Seniar

Ikan Pindang Daun Seniar

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Bayas 
Kulat Sisir
Penjan Ubi

Kita teruskan lagi penjelajahan kita dengan Makanan Warisan Negeri Perak yang Hampir Pupus....
Kali ini awok nak kenalkan pada kome sejenis lauk yang makin payah nak jumpa sekarang ni.....


Ikan Pindang Daun Seniar ....
Penyediaan makanan ini memerlukan dua proses utama.....
iaitu merebus ikan yang dibalut dengan daun seniar sebelum dimasukkan santan seperti membuat gulai.......
Makanan ini jatang dibuat disebabkan tempoh masa yang lama, sekurang-kurangnya 2 hari untuk dimasak....
disebabkan ikan yang dibalut dengan daun seniar tadi perlu direbus untuk selama 24 jam.....

Tujuan ikan yang direbus dengan tempoh 24 jam adalah untuk melembutkan tulang ikan.....
Rasanya enak hasil sebatian isi ikan telah diperap dna menyerap segala rasa dari bahan-bahan semasa merebusnya......
Selain itu, tulang ikan yang telah lembut boleh dimakan begitu sahaja.....



Ikan Pindang Daun Seniar
Antara bahan-bahan utama Ikan Pindang Daun Seniar


Sumber/Bahan:
Ikan Sungai
Bawang Merah / Kecil
Cili  Besar Hijau/Merah
Cili Padi/Api
Serai
Lengkuas
Daun Kesum
Daun Kunyit
Daun Seniar
Asam Gelugur/Keping
Gula
Garam


Ikan Pindang Daun Seniar
Ikan Pindang Daun Seniar yang telah siap dimasak.....
Cara Membuat:Ikan darat atau ikan sungai yang dibalut dengan daun seniar perlu direbus untuk tempoh 24 jam.....
Semasa merebus kesemua bahan-bahan tadi perlu dimasukkan bersama untuk menjadikan rasanya sebati.....
Setelah itu, ikan tersebut dimasukkan santan dan dimasak dengan api yang sederhana sebelum ianya sedia untuk dihidangkan.....


Sunday, May 31, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Kebebe



Kebebe
Rupa Kebebe yang siap untuk dimakan
Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Bayas 
Kulat Sisir
Penjan Ubi
Ikan Pindang Daun Seniar

Kebebe
Makanan tradisi ini disediakan berasaskan putik buah-buahan yang ditumbuk kasar....
Biasanya ia dimakan segar sebaik sahaja ia disediakan dan kurang sesuai disimpan lama...
Kebiasaannya ia dimakan begitu sahaja semasa waktu senggang pada belah petang.....
Rasanya yang masam manis dan masin juga boleh dimakan bersama dengan nasi seperti sambal.....
Makanan Kebebe ini popular dikawasan Lenggong dan masih boleh diperolehi di Lenggong....


Kebebe
Antara bahan2 dalam pembuatan Kebebe

Kebebe
Antara bahan2 dalam pembuatan Kebebe
Sumber/Bahan:
Nangka
Pisang
Jambu Batu
Nenas
Buah Cermai
Buah Cedung
Belimbing Buluh
Buah Kelempung
Jantung Pisang
Keresek Kelapa
Belacan
Gula
Kelapa
Cili Burung/Padi
Buah Ara

Cara Membuat:
Masukkan Cili Padi, Garam dan Belacan untuk ditumbuk hingga lumat didalam lesung.....
Kemudian masukkan Nangka Muda, Jambu Batu, Belimbing Buluh, Buah Cermai, Buah Kelempong,, Buah Cedong, Jantung Pisang, Buah Nenas, Kelapa, Buah Ara dan gula secukup rasa.....
Kesemua bahan tadi ditumbuk kasar dan telah sedia untuk dimakan.....

Wednesday, May 20, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Kerabu Umbut Bayas

Kerabu Umbut Bayas
Kerabu Umbut Bayas...
Masa ni banyak lagi.....
Kerabu Umbut Bayas
Dah tinggal banyak ni je....
Kerabu Umbut Bayas
Umbut Bayas agak popular suatu ketika dahulu kerana pokoknya banyak meliar di dalam hutan....
Umbut Bayas agak sinonim dengan masak lemak atau dibuat sebagai kerabu...
Untuk lebih enak, umbut bayas yang siap ditebang perlu segera dipotong seterusnya dimasak tanpa membiarkan ianya terlalu lama, dibimbangi telah dimasuk angin dan hilang rasa keenakkannya....

Kerabu Umbut Bayas

Sumber/Bahan :
Umbut Bayas
Bawang Merah
Lada Hitam
Udang Kering
Santan Kelapa
Kerisik
Garam dan Gula Secukupnya....

Kerabu Umbut Bayas
Antara bahan untuk pembuatan Kerabu Umbut Bayas
Cara Membuatnya:
Umbut Bayas dicelur sehingga lembut dan kemudian ditoskan...
gaulkan umbut bersama bawang merah, lada hitam dan udang kering.....
Tambahkan santan pekat, kerisik dan bahan-bahan secukupnya....
Gaulkan dengan rata dan sedia untuk dihidangkan.....


Sumber : Jabatan Warisan Negara

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini...

Tuesday, May 19, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Kulat Sisir

Kulat Sisir
Rupa Kulat Sisir yang dah dimasak....

Kulat Sisir
Antara bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat Kulat Sisir....

Kulat Sisir
Ini le rupa Kulat Sisir tu...
banyak ada kat batang kayu mati....
Kulat Sisir atau cendawan kukur biasanya tumbuh dibatang pokok getah yang telah mati...
tak kira le kena tebang ke... tumbang atopon patah....
paling mudah didapati masa musim hujan.....banyak!!!
(agaknya inile sebab ngape ada pepatah : seperti cendawan tumbuh dimusim hujan) .....

Kesukaran untuk mendapatkan bahan utama bagi masakan ini menjadikan masakan ini salah satu menu yang hampir pupus....
Bahkan juga, kulat ini harus dibersihkan dengan betul kerana ianya mempunyai racun.....
Kulat Sisir ini juga banyak khasiatnya, serta dipercayai mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser....

Ia juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan...
Selain itu , ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang......
Khasiat yang terdapat dalam Kulat Sisir mampu melindungi dan mengawal hati....

Sumber/Bahan :
Kulat Sisir, Santan Kelapa, Cili Merah, Bawang Merah/Kecil, Udang, Ikan Bilis, Kunyit dan Garam

Cara Membuat :
Kulat Sisir direndam dan dibuang pangkalnya....
Cili ditumbuk lumat....
Kemudian, semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak bersama di atas api kecil sehingga masak.....

Sumber : Jabatan Warisan Negara

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini ...
Penjan Ubi

Monday, May 18, 2015

Makanan Hampir Pupus Perak - Penjan Ubi


Penjan Ubi
Penjan Ubi 

Pejan Ubi merupakan sejenis kuih manis yang terkenal di Perak....
tapi awok pasti golongan muda sekarang ni kompem tak kenal kuih ni....
awok pun kecik2 dulu selalu le jumpa kuih/manisan ni....
sekarang ni dah payah nak jumpa.....

Bahan-bahan untuk pembuatan Penjan Ubi ni.. tak banyak...
Ubi Kayu, Gula Kabung, Daun Pandan dan Gula.....

Cara Membuatnya...

Ubi Kayu dikupas, dibersihkan dan dipotong 2 inci.....
Setiap ketul ubi dibelah dua dan direbus empuk serta disejukkan....
Masak gula kabung bersama gula putih dan air sehingga menggelegak....
Masukkan sehelai daun pandan....
Apabila air gula menggelegak, masukkan ubi dan dibalik-balik supaya semua ubi bersalut dengan gula...

itu dia..... dah siap.... mudah..... tapi tak ramai yang rajin nak membuatnya!!...

Sumber : Jabatan Warisan Negara

Sunday, May 17, 2015

Himpunan Makanan Warisan Negeri Perak Hampir Pupus

Hampir Pupus

Alhamdulillah...
pada 16 Mei 2015 (Sabtu) yang lepas...
bertempat di Pavilion Zoo Taiping.......

awok berkesempatan mengikuti program Himpunan Makanan Warisan Negeri Perak yang Hampir Pupus.....
program ini merupakan salah satu acara dalam Program Perak Food Festival 2015.....
anjuran kerajaan Negeri Perak melalui Perak Tourism Management Berhad....

Sementara program Himpunan Makanan Warisan Negeri Perak yang Hampir Pupus pula....
merupakan acara anjuran Perak Tourism Management Berhad dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara.......

awok nak highlight kan disini.....
bukan pada acara pada hari tu....
tapi Makanan Warisan Negeri Perak yang diketengahkan pada hari tu....

memang marvelous ....
ada yang jarang kita dengo nama makanan tu...
dan ada jugak yang kita tak pernah dengo.....
dan ada jugak yang dah lama kita tak tengok dan rasa kuih/lauk tu......

Insyallah....
bermula dari esok....
awok akan ketengahkan senarai Makanan Warisan Negeri Perak yang hampir Pupus untuk tatapan semua....
dari Penjan Ubi ......sehingga ke Telur Dadar Ikan Loma....... tungguuuu.......
oh ye....makanan tu tak semestinye Kuih ye.... Lauk Pauk pun termasuk jugakkk...



Gambar Belangkas