Rupa Sambal Serai |
Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Setelah berehat dua hari kita sambung lagi dengan sejenis lagi Makanan Warisan Hampir Pupus Perak.....
kali ini makanan tersebut merupakan sejenis sambal ..... iaitu:-
Sambal Serai
Makanan ini merupakan sejenis sambal yang disediakan menggunakan serai sebagai bahan utama disamping udang kering, bawang merah dan lain-lain.....
Penyediaannya agak mudah walaupun tidak ramai yang mengetahuinya...
Ianya dimakan bersama-sama dengan nasi....
Sambal Serai ini boleh disimpan lama serta boleh dimakan seperti serunding....
Antara Bahan-bahan dalam pembuatan Sambal Serai |
Sumber/Bahan-bahan:
Serai
Udang Kering
Cili Padi
Garam
Gula
Bawang Merah
Limau Nipis
Cara Membuatnya:-
Semua bahan-bahan kecuali limau ditumbuk sehingga lumat.....
Kemudian diperah limau dan dikacau rata..... dan sedia untuk dimakan!
No comments:
Post a Comment