Sticky Post
“Saya telah buat blog sendiri,tapi bila saya search google masih tak jumpa.dimana silapnya”.Demikian lah antara soalan yang selalu timbul bagi anda yang baru dalam membuat sebuah blog.Sebagai sebuah blog yang baru cuma anda saja yang tahu kewujudannya.Ia akan terperap begitu sahaja jika anda tidak mengorak langkah untuk memperkenalkannya pada umum.Yang akhirnya akan tersebar di alam siber.
Langkah langkah yang perlu dibuat setelah berjaya membuat sebuah blog“Saya telah buat blog sendiri,tapi bila saya search google masih tak jumpa.dimana silapnya”.Demikian lah antara soalan yang selalu timbul bagi anda yang baru dalam membuat sebuah blog.Sebagai sebuah blog yang baru cuma anda saja yang tahu kewujudannya.Ia akan terperap begitu sahaja jika anda tidak mengorak langkah untuk memperkenalkannya pada umum.Yang akhirnya akan tersebar di alam siber.
1.Memperkenalkan blog pada google
Langkah awal ini adalah bagi memasukkan alamat blog anda pada google agar blog anda dapat diindeks pada senarai google.
Masuk ke web Add URL-Google
Masukan alamat blog anda pada ruangan URL,taipkan teks catcha yang dipaparkan dibawahnya dan klik butang submit request.
2.Ping blog anda
Tujuan ping adalah untuk memberitahu search engine seperti google bahawa anda baru saja update blog.Ping perlu dibuat setiap kali anda membuat artikel baru pada blog.Laman web untuk ping blog adalah seperti pingomatic,feedshark dan sebagainya
3.Berkongsi artikel blog.
Terdapat banyak laman web bagi berkongsi artikel seperti pingbusuk,pingje.org, blogr dan blogged.my.Pingbusuk akan ping entri anda secara automatik(dengan memasang widget diblog anda),sementara yang lainnya perlu dibuat secara manual.Anda akan menerima banyak trafik(pengunjung) dengan berkongsi artikel di laman web tersebut.Artikel anda akan mula tersenarai dalam carian google
4.Blogwalking
Blogwalking adalah satu cara untuk mempopularkan blog anda dan menerima trafik.Caranya ialah dengan berkunjung kelaman laman blog dan meninggalkan pesan atau sapaan di chatbox yang ada diblog tersebut.klik link pengunjung yang ada dichatbox tersebut untuk keblog seterusnya.Pasang juga widget(chatbox) tersebut di blog anda.
Demikian lah antara cara cara yang dapat mempopularkan blog anda dan memudahkan tersenarai di search engine.Anda akan dapat lihat hasilnya dalam beberapa hari sahaja.
No comments:
Post a Comment