Friday, June 26, 2015

DS Najib Akan Melakukan Pengumuman Penting Isnin Ini

Khabarnya esok (Isnin) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan membuat penjelasan berhubung beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan kini terutamanya apa yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kali ini Najib tidak lagi akan bersikap mempertahankan dirinya semata-mata tetapi akan turut sama menyerang Dr Mahathir.



Mungkin pendedahan maklumat sulit pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji didalangi oleh "Team Mahathir" untuk memburukkan "Team Najib". Dan ternyata tindakan tersebut berhasil. Sehingga pimpinan UMNO sendiri menyerang pembelian tersebut yang dianggap seperti "menyerang" Najib Razak. 

Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. "Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib," begitulah maklumat dari satu sumber yang dipetik dari blog Sayuti Omar. 

Mengikut maklumat tersebut, Najib Razak akan menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir secara terbuka dan opensif. Dikhabarkan juga Najib akan turut mendedahkan apa yang Tun M telah lakukan selama 22 tahun menjadi perdana menteri. Ianya mungkin satu kejutan besar dan akan mengeruhkan lagi keadaan UMNO yang semakin lama telah nazak ini. 

Mengenai Isnin ini, apakah ia mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri? Apa yang difahamkan apa yang ingin Najib umumkan Isnin ini bagai sesuatu yang sangat penting mengenai dirinya dan bakal meletup dalam UMNO. Adakah Najib Razak akan mengumumkan perletakan jawatannya? Atau Najib Razak akan memecat Timbalannya dan sesiapa yang "meninggalkan kapal yang hampir karam" ini?

Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. Muhyiddin melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.

Bukan itu sahaja, edah untuk Najib sudah pun tamat. Sebelum Dr Mahathir katanya memberi tempoh untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas selesai menguruskan perkahwinan anaknya. Katanya Najib setuju dengan pelan penurunannya daripada kerusi perdana menteri tetapi meminta tangguh kerana tidak mahu terjadi seperti bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, di mana berkenduri kahwin anak tanpa jawatan menteri besar. 

Sebenarnya Datin Seri Rosmah Mansor yang mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri negara. Muhyiddin semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa isu yang berlegar di sekitar perdana menteri itu menjadi-jadi ketidaktentuannya. Antara isu ialah 1MDB, dan terbaru terbongkarnya "skandal" pembelian tanah oleh Tabung Haji bernilai RM188.5 juta sebagai "bail out", untuk menyelamatkan 1MDB.

Muhyiddin mungkin kesal dan kecewa kerana sebelum ini beliau sudah memberi amaran agar wang awam tidak digunakan untuk selamatkan 1MDB. Amaran Muhyiddin tidak dipedulikan dan Najib rakus menggunakan kuasanya, apabila suntikan sebanyak hampir RM100 juta kepada 1MDB.

Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka terlibat sehingga syarikat pelaburan itu menanggung kerugian sehingga RM42 bilion tidak dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun ahli lembaga pengarahnya dipecat. Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan beliau juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib sudah pun bermula.

Serangan terbaru Muhyiddin kepada Najib itu dilihat munasabah kalau Isnin ini Najib membuat pengumuman mengejutkan mengenai kedudukannya. Banyak ramai yang berharap Najib menjawab Dr Mahathir itu secara rakaman tetapi secara “live”. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman dari Bapa Pengumuman Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas