Thursday, June 25, 2015

Mutiara Damansara, band metal dari Perancis tiba-tiba menjadi terkenal di Malaysia


HANYA kerana nama Mutiara Damansara, sebuah band metal dari Perancis tiba-tiba menjadi terkenal di kalangan rakyat Malaysia.

Mutiara Damansara adalah sebuah kumpulan indie yang memperjuangkan muzik metal dianggotai oleh Charlize Ann Myers, Cyanure Nevermore dan Grumpy Woodcutter berasal dari Caen Perancis.

Menerusi tinjauan di laman Facebook rasmi kumpulan ini, nama kumpulan ‘Mutiara Damansara’ tidak memberi apa-apa maksud di dalam bahasa Perancis dan diperoleh ketika ahli kumpulan berkenaan membuat carian di internet dan menganggap nama itu unik.

Sementara itu, komen di laman Facebook mereka dibanjiri dengan komen dari rakyat Malaysia yang kebanyakan teruja dengan pemilihan nama tersebut dan mengajak kumpulan itu untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.

"Bagaimana anda mendapat nama untuk kumpulan ini? ...dan alangkah bagus jika dapat mengadakan persembahan di The Curve Mutiara Damansara," tulis Fariz Faruk.

Namun, menerusi kenyataan dalam Facebook kelmarin, kumpulan berkenaan tidak mempunyai dana kewangan untuk membuat persembahan di Malaysia.

"Dan untuk soalan bilakah kami akan bermain di Malaysia, seperti yang dijangkakan, kami kekurangan dana untuk ke sana, tetapi akan meminta beberapa bantuan bagi merealisasikan permintaan peminat metal di Malaysia," tulisnya.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas