Saturday, June 27, 2015

TERKINI: Putrajaya Akui 1MDB Tak Stabil, Suntik Rm 1 Billion lagi Kepada 1MDB

Tindakan Putrajaya memohon bantuan syarikat pelaburan asing membantu menyelesaikan hutang syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah amat memalukan..

Tindakan itu menunjukkan tiada lagi syarikat kewangan yang ingin meminjam dana kepada 1MDB.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat pelaburan petroleum Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1MDB dalam usaha membantu syarikat sarat hutang itu membayar hutang berjumlah AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi.

Bayaran AS$1 bilion itu tidak datang secara percuma dan dipenuhi dengan syarat-syarat tertentu. Apakah syaratnya? Adakah 1MDB mengorbankan lebih banyak dana pembayar cukai pada masa akan datang untuk mendapatkan pinjaman ini?

Husni berkata, pembayaran daripada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

Ini bukan kali pertama IPIC menyelamatkan 1MDB, syarikat itu pada 2012 juga pernah menjadi penjamin kepada 1MDB apabila ia memerlukan dana bagi membeli pengeluar tenaga bebas (IPP) Tanjong Power dan Genting Sanyen.

Jaminan masih diperlukan walaupun harga bond 1MDB begitu menarik sekitar 5.99% kadar kupon,

Jaminan yang diberikan IPIC kali ini juga tidak datang percuma sebaliknya perlu dibayar dengan harga-harga tertentu.

Syarat-syarat luar biasa yang dilampirkan memberikan kesan besar terhadap kadar faedah hutang dan aliran tunai 1MDB,

1MDB akan meletakkan sekurang-kurangnya 40% pinjaman kepada IPIC sebagai deposit keselamatan, yang mana di anggarkan, berjumlah RM4.47 bilion seperti didedahkan dalam laporan kewangan syarikat sarat hutang itu pada Mac 2014. 

Ini bermakna, 1MDB membayar 5.99% kadar faedah pada kadar hutang AS$3.5 bilion walaupun mempunyai akses kepada hanya 60% dana, atau bernilai AS2.1 bilion.

Keduanya, 1MDB perlu menawarkan pilihan kepada Aabar untuk memiliki sehingga 49% pegangan ekuiti dalam Powertek Investment Holdings (PIH) dan 1MDB Energy (Langat) yang mana bagi mendapatkan jaminan.

Berdasarkan penyata kewangan terkini, 1MDB mendedahkan, anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited mengambil hutang pada AS$250 pada Mei 2014 untuk membeli kembali apa yang ditawarkan kepada Aabar,.

Malah, sejumlah AS%250 juta (atau lebih) ini mewakili bayaran kepada IPIC bagi mendapatkan jaminan korporat untuk anak syarikat 1MDB bagi meningkatkan AS$3.5 bilion, atau sekurang-kurangnya 7.1% daripada dana yang dikeluarkan.

Husni dalam kenyataannya semalam berkata, bayaran AS$1 bilion itu akan digunakan membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa.

"Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pihak tertentu, butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Husni berkata 1MDB akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dua syarikat berasingan sebagai sebahagian langkah rasionalisasi mengurangkan beban RM42 bilion syarikat sarat hutang itu.

Katanya, kedua-dua projek hartanah itu akan diberi autonomi penuh untuk operasi dan prestasi kewangan.

"Husni perlu menjelaskan kos 'bantuan' AS$1 bilion ini kepada 1MDB, kerajaan dan pembayar cukai,"

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas