Tuesday, June 30, 2015

Filipina, Kerajaan Islam Nusantara Yang Dimurtadkan


Filipina adalah merupakan antara gugusan pulau dalam kepulauan Melayu yang mempunyai berbagai sejarah dan keunikan sendiri bahkan berkongsi banyak persamaan dengan masyarakat di malaysia dan indonesia umumnya. Umum mengetahui bahawa masyarakat filipina merupakan sebahagian daripada kelompok darah melayu austronesia dan sudah pastilah ini merupakan antara bukti kita dahulu dalam satu rumpun dan kelompok yang sama di nusantara.


 Filipina asalnya adalah sebuah kerajaan islam yang hebat pada zaman dahulu, namun keadaan berubah sekelip mata selepas kedatangan sepanyol ke filipina pada tahun 1565, ketika itu, Filipina mencapai populasi penduduk muslim seramai 98% dan hanya 2% masyarakat bukan islam.

Asal nama kepada ibu kota Filipina sekarang Amanillah yang berasal daripada perkataan arab ‘Fi Amanillah’ yang bermaksud dibawah perlindungan ALLAH S.W.T namun akhirnya telah diubah ubah  menjadi Manila sehingga sekarang oleh Penjajah Salib Sepanyol.

Sebelum ditawan oleh Sepanyol, penduduk Amanillah telah berjaya menjadikan Kota ini sebagai salah sebuah kota islam terbesar di Asia Tenggara. Mereka sudah berabad lamanya menerapkan syariat islam dibawah payung daulah islamiyah Timur dan barat. rata-rata masyarakat muslim ketika itu bekerja sebagai pedagang, peniaga dan lain-lain.


DIJAJAH SEPANYOL


Pada tahun 1565, Sepanyol datang ke nusantara yakni ke Filipina dengan misi Gold Dlory dan Gospel yang membawa maksud menjajah kota kota islam di timur sebagai akibat daripada lanjutan kempen Perang salib antara islam dan kristian. 1565 jugalah dimana Kota Amanillah direbut, dibantai dan ditawan oleh Sepanyol yang kemudiannya nama Filipina tercipta hasil daripada nama raja mereka ketika itu iaitu King Philipe. Setelah menakluk Amanillah, Sepanyol  telah berjaya menjalankan kempen mengkristiankan penduduk di wilayah filipina tengah dan utara melalui ancaman, paksaan dan berbagai-bagai lagi cara untuk memurtadkan masyarakat islam ketika itu.


 Terdapat sebahagian orang islma telah melarikan diri ke Selatan Filipina demi menyelamatkan akidah mereka. Di Selatan Filipina, masyarakat islam ini berjaya membentuk pasukan tentera untuk mempertahankan diri mereka sendiri demi menyelamatkan maruah dan akidah kaum mereka yang ditawan oleh Sepanyol dengan melawan tentera Sepanyol melalui perang gerila. Sepanyol kemudianya menamakan Masyarakat islam yang lari ke selatan Filipina ini dengan gelaran Orang Moro yang diambil daripada sebutan orang arab Sepanyol yang beragama islam yang dahulunya menguasai Andalusia iaitu orang Moor.

Namun, dasar penjajah kafir, mereka tidak duduk diam terhadap masyarakat islam di Selatan filipina, mereka telah berjaya mengrekrut orang indo kristian(orang filipina yang telah dikristiankan) untuk berperang melawan orang islam yang asalnya adalah bangsa mereka, saudara mereka dan mungkin juga ibu bapa mereka sendiri.


MENYERAHKAN FILIPINA KEPADA AMERIKA SYARIKAT.


Akhir abad ke 19, imperialisme Sepanyol mulai menurun, hal ini disebabkan  oleh berbagai pemberontakan telah berlaku di wilayah jajahan Sepanyol yang lain. PAda tahun 1898, Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerik Syarikat untuk mengganti Sepanyol sebagai kuasa penjajah. Tumpuan kaum muslim di Filipina kini terarah kepada Amerika Syarikat, namun  ternyata Amerika Syarikat lebih kuat berbanding Sepanyol, Amerika Syarikat kemudianya kembali menakluk wilayah islam di selatan filipina dan hanya tinggal Mindanao sahaja sebagai pertahanan terakhir kaum muslimin daripada direbut oleh amerika Syarikat.



Sumber: mentaritimur.wordpress.com 

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas