Friday, June 26, 2015

Gorila kacak tarik perhatian wanita Jepun

Shabani, gorila yang kini popular di zoo Higashimaya, Jepun

NAGOYA - JEPUN. Seekor gorila digelar 'ikemen' yang bermaksud 'lelaki kacak' selepas menarik perhatian warga tempatan dan laman sosial, baru-baru ini.

Menurut Dailymail, gorila tersebut yang bernama Shabani itu berasal dari Zoo Taronga, Australia dan telah dipindahkan ke Jepun pada 2007.

Jurucakap Zoo Taronga memberitahu, Shabani merupakan antara gorila terawal yang diperkenalkan di zoo Higashimaya.

Difahamkan, jumlah pengunjung wanita ke zoo tersebut juga bertambah, baru-baru ini.

Foto-foto Shabani juga dikongsi ke laman sosial, antaranya kelakuan haiwan tersebut 'menunjuk otot', bermain dengan gorila muda dan termenung.

Tinjauan Sinar Online mendapati, rata-rata pengguna laman mikro Twitter yang berasal dari Jepun memuji 'ketampanan' Shabani.

"Dia terlalu kacak," kata Ikumi.

"Saya sudah pergi ke Zoo Higashimaya. Orang ramai kata Shabani kacak, dan dia terbukti kacak!," kata Natsu.

"Sya pergi ke zoo semata-mata untuk melihat Shabani. Dia memang sangat popular kini," kata pengguna Twitter, Yellow.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas